Ada ke patut time-time exam ni, nak usik-usik hati orang. Memang tak patut. Macam manalah aku nak fokus untuk 2 paper lagi ni. Eish ! Bila nak start study je teringat kat dia. Betapa dia sangatlah mempengaruhi hidup aku dua tiga hari ini. Dulu ada jugak orang yang buat macam ini. Tapi bukanlah waktu exam. Yes, I need to be extra focus during exam period. Tapi, nak buat macam mana. Sapa suruh layan movie time-time exam ini. Ermm…huhuhu.. 3 Idiot !
Aku memang selalu ketinggalan. Dulu masa Transformers dah berabad keluar wayang, aku barulah terkedek-kedek nak impress dengan cerita tu. Bila aku punyalah excited nak cerita kat member-member betapa aku kagum dengan cerita 3 Idiot tuh, member-member aku macam dah malas nak dengar. Dah basi kononnya. Haha. Tak apalah, aku bukannye kaki wayang yang nak pergi first show setiap movie.
Bila member-member aku cerita pasal 3 Idiot ini, aku tak terhingin pun nak tengok. Sebab aku tak layan cerita Hindustan. Apatah lagi bile dengar tajuk dia 3 bangang macam ni kan? Lagilah rasa malas nak layan lawak-lawak bodoh yang biasa ada kat cerita Hindustan. Rupa-rupanya, sangatlah bertentangan dengan apa yang aku fikirkan.
Kenapa cerita ini sangat terkesan kat aku? Sejak aku mula-mula sekolah sampailah habis sekolah, aku tak pernah duduk asrama. Sekolah harian je. Tapi bila saat aku masuk ke pusat asasi UIA barulah aku tahu, betapa “robot”nye orang yang duduk asrama ini. Pelajar yang hanya bangun pagi, ke kelas, makan, patang riadah sikit, malam study semula, tidur. Dan perkara yang sama akan berulang dari Isnin sampailah jumaat. Kalau ada yang tahap nerd terlebih tu, sabtu ahad duk study jugak dari pagi hingga malam. Aku rasa tersangatlah menjadi produk dalam university ini. Payah jugak nak adapt 2 3 sem.
Kalau kat rumah boleh lah jugak buat benda lain, keluar jalan-jalan bila-bila masa kita suka. Tengok tvlah yang paling penting. Boleh tengok drama setiap Sabtu, tgk Buletin Utama setiap pukul 8 malam. Tolong umie masak kat dapur. Berkebun dengan ayah petang-petang. Rewang kenduri kawin rumah sebelah. Rebut-rebut toilet dengan adik sebab dah Maghrib. Main lumba troli kat Mall. Pergi pasar pagi-pagi. Main nyorok-nyorok dengan adik-adik. Tapi, bila kat kampus? Semua orang duk study 24 jam. Dan aku tak tahulah apa yang dicarinya dalam buku tu.
Ok, berbalik pada 3 Idiot tadi, betapa Amir Khan ni dah membawakan satu watak yang sangat kontra dengan system pendidikan yang ada di dunia ini. Belajar bukanlah semata-mata nakkan 1st honour degree. Bukan jugaklah untuk menghafal buku teks yang ada. Atau, belajar sebab nak dapatkan kerja yang sedap dimata orang atau bergaji besar.
Belajar apa yang kita suka adalah satu passion. Suatu benda yang bukan boleh dilakon-lakon. Tapi ia memang sebati dalam diri kita. Kita tak perlu nak kejar suatu benda itu kalau memang dah ada dalam diri kita. Bukanlah maksud aku kat sini, kita perlu berhenti belajar pulak. Dalam cerita tu still Amir khan habiskan degree dia kat university tu, tapi, dia cuba sedaya upaya tak jadi seperti orang-orang kat dalam university tuh. Belajar itu perlu, tapi bukanlah semua orang sesuai dengan system pendidikan yang kita ada sekarang ini.
Jadi, kita tak perlu pun ngadap buku tu 24 jam sehari dan abaikan segala minta kita dalam benda sebabkan kita nakkan segulung ijazah yang orang duk kata sangat perlu untuk zaman sekarang ini. Biasa je kita dengar, “kenapa kau belajar medic? Sbb ayah aku suruh. Kenapa kau masuk MIAT? Sebab ayah aku askar.” Sebenarnya, pucuk pangkalnya kita. Kalau memang kita nakkan sesuatu itu, go for it! Kejarlah cita-cita kita untuk hidup kita yang hanya sekali di dunia ini.
Jangan lepas ni melawan cakap ayah pulak. Takut tak berkat nanti belajar. Tapi, perlulah berhikmah dan jelas. Kalau kita memang jenis tak tetap pendirian, ikut je lah nasihat mak ayah tu suruh belajar ekonomi. Parents know best about us.
Jangan lepas ni melawan cakap ayah pulak. Takut tak berkat nanti belajar. Tapi, perlulah berhikmah dan jelas. Kalau kita memang jenis tak tetap pendirian, ikut je lah nasihat mak ayah tu suruh belajar ekonomi. Parents know best about us.
Pada yang dah memang berada di bidang pembelajaran yang tetap, ubahlah diri kita untuk mencintai apa yang kita belajar dan jadikanlah ianya passion yang sentiasa membakar semangat kita untuk belajar dan menjadi umat Islam yang tinggi pendidikan pada ilmu bidang bukan agama. Belajar dan berbakti. Apabila ianya adalah passion dalam diri kita, tak perlu lagi kita menghadap, mencerna bersungguh-sungguh hingga tak peduli dengan masyarakat dan masalah dunia, sebab ianya akan sebati dengan mudah dalam diri. insyaALLAH kita mampu score walaupun malam sebelum exam kita pergi hantar kawan ke hospital. (^^,)V Nasihat untuk diri sendiri.
No comments:
Post a Comment