Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

14 October 2012

K.A.W.A.N






     
Last week, hari sabtu aku pergi Asian Extreme Sport Village. Extreme ke? haha.. pada kami yang tak berapa nak aktif ini boleh la anggap extreme..

Sewa kereta, tak tahu jalan, bawa kereta ikut GPS, isi minyak cukup-cukup, gerak pagi-pagi, itu semua rutin biasa untuk student macam kitorang kalau nak berjalan. Bila dah usaha menebalkan muka untuk pinjam kereta tak berjaya, well haruslah menyewa. 

Aku tak berapa minat nak cerita keseronokkan bermain di sana. Sebab, tak boleh nak ungkap hanya dengan kata-kata pembacaan dalam blog ni. Kalau betul nak tahu, kene cerita face to face. Kene tengok reaksi muka dan gaya kitorang bercerita. Baru ar maha gempak keseronokkan journey ke sana. 

Haha.

Suka hati..






Apa yang lebih aku hargai? Bergelak ketawa dalam kereta, sesat dua tiga kali pada jalan yang sama, berbalah dalam kereta, ejek mengejek, bahan membahan. Well, serius, ini membuatkan kita lebih kenal antara satu sama lain. Selfish ke, care ke, belagak abang ke, pendiam ke, garang ke, cerewet ke, tenang ke, play safe ke. Ada saje. 



Aku berpijak pada bumi yang nyata. Memang semua tu ada di kalangan kawan-kawan. Opps, di kalangan manusia. Memang itu lumrah hakikat sifat manusia. Sekolah rendah saje aku ada 2, sekolah menengah ada 3. Kejiranan, tuisyen lagi.. Aku ada ramai kawan. So-called “kawan”.

Dan setiap kawan yang aku ada ni, aku boleh kategorikan di bawah title yang berbeza-beza. Aku tak lah hebat mana nak label-label orang. Tapi, please admit, memang setiap dari kita pun punya  hak untuk letak kawan kita pada standard yang mana.

Dan standard itu berbeza-beza. Kita tak boleh ada title kategori untuk kawan-kawan kita sama dengan orang lain. Paham ke ni? Haha.. blog aku, suka hati aku..





Bila sebut tentang kawan, aku suka beralah. Beralah ke kalah? Entah. Dengan kawan, baru aku tahu macam mana rasa ada adik beradik perempuan. Macam mana rasa ada makhluk yang punya sama sifat dengan kita. Macam mana rasa ada orang yang lebih pengemas dari kita. (Sebab kat rumah adik beradik lelaki tak berapa pemgemas..). 

Banyak kot yang aku belajar dari kawan. Daripada belajar shopping menghabiskan duit loan, sampailah jangan lupa doa makan sebelum makan and puasa sunat isnin khamis. Nak dengan tak nak buat je. Round satu Malaysia dari Johor ke Perlis lalu Kelantan pun jadi. Ke Sabah, ke HongKong, ke Kemboja, ke Singapura. Juga dengan kawan. Ah! Jangan cakap ke tempat berseronok yang lain, memang dengan kawan saje. Hahaha.. 

Apa lagi alasan untuk aku tak hargai kawan? Apa lagi alasan untuk aku khianat kawan? Apa lagi alasan untuk aku tak teruskan berkawan?

 

Tak ada..   





Selepas family yang ada ikatan darah, aku letakkan kawan. As I said, dalam kawan tuh ada banyak kategori. Tapi, selagi dalam rangkuman kawan, aku menghargai setiap perasaan. Hormat dan gelak tawa apatah lagi bermuka manis dan senyum, semua orang layak dapat dari aku.

Kawan sekelas, kawan sebilik, kawan semahallah, kawan semakmal, kawan setadika, kawan sesekolah, kawan sepermainan, kawan sekatil, kawan sekerusi, kawan sepersatuan, kawan seusrah, kawan sesocial network, kawan gaduh, kawan senyum, kawan tengok movie, kawan berjalan, kawan bergosip, kawan senegeri, kawan seuniversiti, kawan sekerja, kawan setempat praktikal, kawan sehobi, kawan ke pasar malam.. dan kawan-kawan yang lain.

Semoga berkekalan..

Dan selepas kawan-kawan perempuan ni, baru aku letakkan kawan lelaki. 

Satu makhluk tuhan yang aku kenal sejak kecil lagi. kenal? Ermm.. boleh laa…






Dan suatu hari nanti, kawan-kawan perempuan ni akan aku tinggalkan. Susah untuk aku hang out bersama lagi. Aku pasti yang itu. Sama ada aku, atau korang yang tinggalkan.. Almaklum la, nanti-nanti dah sibuk dengan suami dan anak-anak. Pasti hang out bersama kawan adalah priority yang terakhir.

 Aku paham. 


Kita sama-sama paham.

















 P/S: rasa nak letak banyak gambar, biar semua kawan aku terlibat masuk sekali... tapi apakan daya.. mungkin pada akaun flick boleh upload sume gambar.. mungkin..suatu hari nanti..~~





 

22 July 2012

R.A.M.A.D.H.A.N




“Bertongkat paruh enggang ke mari,
Mencari si anak dara sunti,
Selisih lagi Ramadhan tahun ini,
Di siang hari jangan buka kuali.”


“Selamat berpuasa semua, ya..”



Ucapan pertama yang aku dapat untuk Ramadhan tahun ini.

Ah! Daripada seorang manusia yang suka menyakat. 

Suka mengarah.

Suka membuli.

Suka mengusik.

Ada je benda yang boleh dijadikan bahan untuk digelak-gelakkan.

Semua kawan-kawan aku kenal dia. Kenal dengan sikap dia.


Ah! Jarak memang meransang rindu.





Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam..

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna. 
(^^,)v






23 May 2012

Wordless Wednesday







Amirul Amin
Atiff Amin
Muaz Amin









muaz: kak ain, kak ain!!
kak ain : (monolog) apa la budak ni nak lagi... nak pinjam handphone aku main game la nih..
muaz: kak ain, kak ain, mane??!!
kak ain : ye..! "kak ain... kak ain..." nak mintak main game lah tuh!

muaz: x lah, ni untuk kak ain. tadi dapat time family day..
atiff: atiff pun dapat jugak. nah ! 
kak ain: terharu plak rasa.. rasuah ek?
muaz: heheh... mana ada.. :))













22 April 2012

Gentlemen Bukan Memikat ..



Dulu aku pernah sekolah menengah dari tingkatan 1 sampai 3 sekolah yang majoritinya adalah anak-anak cina. Dari peladang, pemandu lori,  peniaga runcit sampailah bos-bos besar company ada sekolahkan anak kat sekolah nih.

Masa aku tingkatan 1, ketua pengawas ni cina. Mula-mula briefing pasal pengakap, aku kagum sebab ada juga melayu yang berkaliber dalam pengakap. Rupa-rupanya dia ketua pengakap dan dia cina dan dia jugaklah ketua pengawas tu.

Fluent malay.

Ok

Mana melayu?

Kalau waktu perjumpaan kokurikulum buat dalam kelas, mesti tak muat. Pengakap kira badan beruniform yang famous kat sekolah tuh. Mesti ada yang kena berdiri, kena cari kerusi, kena alih-alih meja, sebab nak menampung ahli dalam kelas yang kecik. Kalau yang datang awal, rilexlah. Kerusi ada lagi, siap boleh pilih kalau nak yang bawah kipas. 

Kalau Lau Chai Meng yang conduct meeting, dia akan announce “Yang lelaki bangun, bagi kerusi kat perempuan, pastu pergi cari kerusi kat kelas sebelah”. Well, perempuan boleh senyum lebar. Next-next meeting, lelaki bolehlah siap-siap standby kerusi lebih kat luar.

Pernah satu camping di sekolah, dia datang sekadar meninjau-ninjau anak buah buat kerja, tiba-tiba kedengaran azan maghrib. Dia selamber buat announcement “berhenti kejap, azan tuh”. 

Well, dia cina.

Aku mencari-cari juga sebab kenapa perempuan melayu sekarang semakin hilang rasa malu. Rasa sopan santun, rasa ingin memperlahankan suara di khalayak ramai, rasa ingin menutup aurat dengan sempurna (ini cliche). Rasa ingin bertegas dengan lelaki. Rasa ingin nampak garang depan lelaki. Perempuan tak lagi ada rasa kecik di kalangan lelaki. Tak lagi ada rasa hormat pada mana-mana lelaki.  


Perempuan tak lagi dengar kata lelaki, (ayah abang  suami). Perempuan seboleh daya nak bersaing dengan lelaki.

Aku tak jumpa-jumpa sebab ini. 

Mungkin aku pun tergolong. Alahai…

Selalu je aku ulang alik kampus naik public transport. 

Ada public transport, perlu ada coach wanita untuk lindungi wanita. Tapi still ada lelaki dalam tu, siap dapat tempat duduk. Ironically, perempuan berdiri, bergayut-gayut dengan tiang.

Ada public transport, yang  tiada coach wanita. Ok, semua orang boleh masuk mana-mana coach. Dan akan nampak 2 row tempat duduk yang penuh dengan lelaki-lekai gagah, smart-smart, sasa-sasa dan dikelilingi wanita still bergayut-gayut pegang tiang. Ada je scene lagi sedih, wanita tua berkedut sana-sini pun berdiri sandar kat pintu LRT.

Tak payah kira lagi lelaki yang potong line masa beratur nak naik bus, lagilah jauh nak bagi lalu dulu.

Owh, nie semua belum masuk lagi isu-isu, sexual harassment, buat-buat terlanggar, mata melilau-lilau, mencopet, tetas benang beg orang.

Ok


Aku masih lagi mencari sebab dan alasan.




Gentlemen Bukan Memikat ..









Intense Debate Comments