05 July 2011

Rock kapak : Unggul Sepanjang Zaman ?



Sebelum ke tajuk asal. Di UIA ni ada Convocation Fiesta (CONVEST) untuk meraikan pelajar-pelajar yang akan tamat pembelajarannya di UIA ni. InsyaALLAH pada bulan 10  ni. Dari pihak publication and promotion bureau, bercadang untuk mempromosikan event ini dengan menjemput bloggers dari UIA sendiri untuk buat entri atau update untuk program ni. Satu hi tea juga akan diadakan bersama semua bloggers yang terlibat dan kemungkinan akan diberikan sedikit  cenderahati kepada bloggers. Nice kan ?! Good idea !

******
Dengan rambut ala-ala alfro, seluar skinny pastu jeans atau kulit material baju. Baju tu mesti kemeja butang kat tengah ke bawah. Kalau boleh, butang baju 3 ke atas biar bukak je.  Berkasut mesti, takkan lah pulak nak rock pakai selipar jepun. Jangan lupa pulak dengan cermin mata hitam bingkai besar. Haa… lengkap lah mood rock kapak dulu-dulu.. baru boleh bukak cerita.




Kalau pergi rumah orang kawen mesti dengar lagu-lagu rock kapak. Nak-nak lagi kalau majlis kawen kat kampung-kampung. Kalau majlis kawen ala-ala grand kat dewan siap tema negeri kayangan bersalju bagai memang tak dengar ar rock kapak. Tapi, bukak jelah lagu-lagu rock kapak yang agak-agak popular dinyanyikan oleh kumpulan yang juga agak-agak legend, semua orang pasti tahu lirik atau paling tidak pun sedikit irama lagu-lagu tuh.


Dan ianya tak kira umur. Of course lah pemuda-pemuda kampung memang layan habis rock kapak ni. Pastu berjangkit pulak pada adik-adik diorang yang sekolah-sekolah rendah tuh. Pakcik-pakcik yang ala-ala veteran pun jangan diragui kebolehan diorang. Selain pop yeye, memang rock kapak lah yang dijadikan ayat mengayat makcik-makcik dulu-dulu. Hahaha.





Yang pemudi dan gadis-gadis ada tak yang minat rock kapak? Mestilah minat kan ! kan banyak lagu-lagu rock kapak itu memuji-muji kaum hawa. 

kau umpama bunga yang mekar di hati ku
ku harap kau mekarlah selama-lamanya
kau umpama bintang menyinari hidup ku
ku harap kau terus bersinar

May-Cintamu Mekar di Hati

 Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella
Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella
Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Search- Isabella....

Engkau di mataku adalah cahaya
Perjalanan ku
Terang menyuluh segala
Yang tersembunyi
Lama kucari
Sudah pasti ada jawapannya
Kemungkinan itu

Bumiputra Rockers- Dari Sinar Mata 





Tapi untuk beberapa lagu yang aku kaji untuk entri kali ini, kebanyakkan lagu rock kapak adalah lagu yang dinyanyikan oleh lelaki yang sedih-sedih sebab ditinggalkan kekasih. Tak kiralah sebab dua darjat yang berbeza atau kekasihnya dirampas orang ataupun, lelaki tu lambat sangat masuk meminang sampai dah kena pinang dek orang lain. 

Dapat ku bayangkan kau mula berubah
Bila di puncak menara gading
Sedangkan aku hanya mampu bermimpi
Untuk ke puncak seperti mu

UK's-Kekasih Ku Di Menara    

Sedih rasa tak terperi bila ku ketahui
Andai kasih yang kau beri tak sepenuh hati
Dalam manis kata mesra aku terpedaya
Engkau ada teman lain lebih istimewa


Sweet September-Hatiku Kau Guris Luka


 Pintamu keterlaluan
Mahligai puncak kayangan
Tak bisa ku tunaikan
Hanyalah syair sendu
Yang dapat kudendangkan
Untukmu...

Iklim-Gerhana Cinta Luka

Anyway, apa yang cuba untuk aku nukilkan kali ini untuk diri aku bukanlah pasal rock kapak sangat sebenarnya. Aku bukan tahu sangat pun dengan rock kapak. Cuma suka dengar lagu-lagu yang sememangnya dah popular dan sedia sedap didengar oleh telinga orang lain. Aku bukanlah yang sanggup beli album comeback Ekamatra atau sweet September atau Febian. Tapi, nak cakapnya, rock kapak ni ada satu sentimental value yang tak ada pada lagu-lagu lain. Rock kapak pernah ada suatu zaman kegemilangannya tapi sampai sekarang ia tetap unggul. Ok, akui memang layan rock kapak.




Tak macam lagu dari genre hip hop, rap atau irama Malaysia yang hanya unggul pada satu zaman dan lenyap begitu sahaja. Rock kapak bukanlah genre yang hanya attack sebilangan tahap umur sahaja. Kalau level tonton boleh bagi U ar untuk umum. Haa… 

TAPiiiiii….!!! Tak menjadi alasanlah untuk dengar rock kapak sehingga melalaikan diri sendiri dan dibuai lena dengan cinta dunia dan cinta manusia. Juga tak menjadi alasan untuk manusia terlalu memuja-muja sesama manusia dan frust menonggeng macam dalam kebanyakkan lirik lagu ni. Mencintai dan dicintai adalah lumrah sesama manusia tetapi siap sedia harus mengikut guideline yang ada. Dan bercinta itu bukanlah tertakluk pada cinta pakwe kepada makwe sahaja. Ianya adil untuk semua. [chewah !]         
  

Semoga cinta abadi milik kita semua..  ^^,





 ~~ kalau lagu ini pun boleh di anggap sebagai rock kapak ~~ best !


Satu
kasih nan abadi
Tiada tandingi dia yg satu

Dua

sayang berpanjangan
Membawa kesyurga
Kasihnya ibu

Tiga

lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah

Empat

mudah kau ketemu
Berhati selalu
Beza antara kasih dan kekasih

Ibu

kuingat dahulu menyisir rambut ku kemas selalu

Ayah

menghantar ke sekolah bergunalah ilmu bila dewasa

sayang

Dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan pahit terus dibuang
Itu bidalan
Harus kau renungkan

Andai kau beroleh bahagia ingat itu bukan untuk selamanya

Andai kau dlm sengsara ingat itu bukan untuk selamanya

Hidup ini sementara








No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments