Showing posts with label iium. Show all posts
Showing posts with label iium. Show all posts

03 October 2012

Sembang-sembang Pilihan Raya Kampus IIUM





Kalau entri lepas aku kata aku jiwa kosong. Tak tahu dan tak nak amik tahu pasal pilihan raya kampus (PRK) kat uia ni. Tapi lepas je tahu ada re-election untuk semester kali ni, errmmm, kenapa tidak aku terlibat sekali walau memerhati.

Ini unik. Aku tak pernah dengar ada re-election kat mana-mana. Kalau ada re-election kat pilihan raya umum (PRU) tu mesti sebab kematian atau pun tarik diri. Ini kampus je. Nak re-election jugak?

Masih ramai lagi kawan-kawan aku yang tak tahu, tak nak amik tahu, tak nak tahu dan tahu-tahu yang lain mengenai PRK ni. Tapi sesetengah yang lain pula, PRK adalah satu event yang sangat besar. Perlu bersatu, amik tahu, kaji..

Sebab ramai kawan-kawan aku yang tak tahu, aku dengan sedikit ilmu pasal PRK ni berpeluang la nak jual-jual temberang, tambah-tambah info pasal PRK.. hahaha. Suka hati.






Aku pernah tahu kalau di UM, ada parti yang sampai dibaling telur waktu bentang manifesto umum. Sepanjang di UIA aku pernah tahu pasal simbah cat je. Macam along pun ada. Haha..

Tapi mind set aku untuk UIA senang je “ala uia, sah-sah dah tahu sapa yg menang”. Anggapan aku senang je kot. Entah. Mungkin sebab sebelum kenal dan tahu apa itu PRK, abang aku dah tolong set kan dalam kepala, kata nya “uia memang pembangkang je menang selalu. Satu-satunya university yang pembangkang je menang”. Well, time tu aku acuh tak acuh je dengar. Aku tak kisah sangat. Tengah pikir nak start hidup ala-ala asrama pun dah gerun, apatah lagi nak cite pilihanraya.

Sekarang tahun empat, lebih paham tanggungjawab pada diri, dan masyarakat. Sepatutnya ke tempat lain, tapi tunjuk muka je sekejap curi-curi ke tempat pengumuman election. Terlambat, tapi still rasa aura orang-orang lain. Yeke ke? ye kot.

Dikelilingi student perempuan yang rata-rata berjubah dan bertudung labuh. Tak kurang juga berniqab. Ermm, mula pandang diri sendiri dari atas sampai bawah. Ok, pas! Still tutup aurat dengan sempurna. Walaupun tshirt dan seluar. Kalau siang, nampak aneh dah kami di kelompok tu.

Selesai semua diumumkan, semua, diulangi, semua yang ada kat situ berkumpul dan buat saf untuk sujud syukur. Aku tahu ini perkara biasa. Haruslah sujud syukur kalau dapat sesuatu yang menggembirakan (bukan lepas akad nikah je). Tapi, kesatuan itu yang aku kagum. Di ikuti dengan doa dan memuji-muji ALLAH. 

Mungkin aku je yang pelik. Pada mereka ini perkara biasa. Ye, aku rasa keislaman itu ada. Fully submission itu ada pada ketika itu. Tapi kalau masih ada orang macam aku yang rasa pelik, aku rasa raaamai lagi yang duduk dalam bilik tak tahu apa-apa lagi pelik.

Perjuangan PRK bukan pada tinggi nilai undi saje. Bukan pada nilai berapa yang keluar mengundi dan bukan juga pada undi rosak. Berapa kali election pun, siapa yang menang pun, aku sebagai student biasa, yang hanya melakukan tanggungjawab mengundi ini inginkan perubahan dan pembelaan. Itu saja. 

Andai kata yang menang si A dari pihak yang kurang islamnya, tapi personally dia memimpin dengan penuh keislaman aku tetap sokong. Andai kata si B dari pihak yang tinggi nilai islamnya menang, tapi memimpin dengan tidak islamnya, maaf tiada undi dari aku. 

Entri aku sebelum ini, mungkin bukan kerana jiwa aku kosong. Kosong yang benar-benar kosong. Tapi aku saja mengosongkan jiwa ini. Biar tak serabut dengan tipu helah dan fitnah dunia. 



mereka hero-hero aku. sampai.... sampai... aku dah bersuami.. #kbai


Jangan balas semula “pandai cakap je, test ar bertanding”. Sangat tak adil. Memang perlu ada yang mengkritik. Dan setiap raja itu perlu ada rakyat. Andai semua bertanding, siapa jadi rakyat? Fitrah raja rakyat, tiada. 

Semoga yang menang akan terus berkobar-kobar. Bukan akan sibuk dengan program-program tahunan yang diwarisi. bukan hanya sibuk dengan perwakilan pelajar ke luar kampus. Tapi focus dan lebih faham setiap masalah pelajar. Menjadi yang tengah untuk pelajar dan admin, membawa perubahan hingga terasa pada student yang hanya melekat punggung di kerusi belajar. 

Masih menunggu ketokohan adam adli versi uia. Kene buang kampus bukan isu besar andai di pihak yang betul.

Once dah jadi pemimpin, sebelah kaki di syurga, sebelah kaki di neraka. Ingat..~


Confession: aku tak mampu untuk bertanding untuk apa-apa kerusi. Aku hanya mampu berbisik..~    









07 April 2012

Bermain Dengan Minyak dan Air



Dalam UIA ini, semua pelajar tahun 3 perlu ambil satu subjek Skill. Apa Skill yang di tawarkan boleh dibelajar dengan free nya. Ada kelas memanah, berenang, tennis, badminton, dan sebagainya.

Aku? Aku pilih khat. 

Aku pun tak tahu kenapa. Tapi aku suka. Walaupun tiada cabaran fizikal disitu, tapi cabaran mental tahap agung. Haha.

Sem nih, belajar khat khufi. Aku suka juga, sebab dalam kelas tu, selalu aku je yang boleh buat khat ni. #ehyeke? 


Jom tengok gambar ~


 


 

 daripada bekas yang besar ni, kita alih ke bekas yang lebih kecik-kecik. supaya boleh dikongsi dengan seluruh kelas.






 kene campur sikit dengan turpentine sebagai pelarut.









 lepas dah bancuh yang ala-ala tak cair sangat dan tak pekat sangat, boleh la titiskan ke dalam air. gambar titis dalam air tak ambik pulak. riang sangat main cat-cat ni, terlupa.

dan hasil nya..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




 taadaaa....!





 dan, tadaaaa....!



ok, tipu... 






 ini lah antara hasil group aku.



 group aku menghasilkan antara yang paling cantik.
kombinasi warna dan corak yang bukan+senang+nak+buat. hahaha.. masuk bakul angkat sendiri.








mereka panggil kertas ni sebagai marble paper. lepas dah kering, ia akan digunakan sebagai background untuk tulisan khat itu nanti. 

Until next post, 

bye...!~~







13 January 2012

Exam? Apa tuh?



Yup ! Tue yang dah abis exam tuh, jom joget sket...


\(‾▿‾\) \(´▽`)/ (/‾▿‾)/

\(‾▿‾\) \(´▽`)/ (/‾▿‾)/


120112

Habis dah final exam semester 1 aku di tahun 3. Ermm, nak masuk semester 2 tahun 3 dah.


Gusar…..








05 January 2012

E.X.A.M


1 message received
“ain, ada tak simpan petrol dalam tong? Ingat nak sikit”

Reply
“ada je. Tapi kawan punya. Dia tak amik-amik lagi kat bilik ni”

1 message received
“owh, ada kawan ni yang ni yang nak beli sikit, dia tak ada minyak lansung”

Reply
“oo, bleh je, tapi suruh dia amik semua lah, lepas tu isi semula. Senang sikit nak kira. Lagipun bukan ain punya kan..”

1 message received
“ok, nanti tanya dia kejap. Thanks ain, muah !”

******

1 message received
“sis, saya yang nak mintak minyak sikit tuh. Sis blok mana ye?”

Reply
“owh, boleh je.blok c. Tp, tahu kan yang minyak tu bukan saya punya, tapi kalau nak jugak amik semua and isi semua. Boleh?”

1 message received
“tak pe lah sis, saya dah ada kat tempat exam”

Reply
“erkk, ok, good luck exam! Kalau nak datang lepas exam pun boleh”

Heh ~~


******

Bila tiba time exam ni buat kita serba salah nak tolong orang. Eh, ke aku je? 

Time consuming. 

Rasa macam sangat berharga setiap minit dan saat yang ada. Tolak time makan, mandi, tidur, borak, chatting, Fb lagi. ada lah tinggal beberapa jam je dalam satu hari untuk study. Bertambah teruk lagi kalau spesies aku yang study last minit.

Dan minit-minit yang ada pun bukan 100% berguna untuk masukkan maklumat dalam otak ni. Alahai….

Berazam untuk tidak study hanya last minit rasanya sejak sem 1 kat matrix lagi. Sampai sekarang dah  jadi habits, still berazam. 

Berazam berzaman jadinya.

Bila fikir mengenai study last minit ni, banyak risiko sebenarnya.

Sakit.

Emergency kat kampung.

Kematian.

Blackout.

Kebakaran.

Orang mintak tolong.

Risiko-risiko ni membuatkan baki-baki masa yang kita ada untuk study last minit tuh burn macam tuh je. Tiba-tiba kena attend exam. Nak jawab apa kat exam? Berbekalkan perhatiaan time kelas je lah. Itu pun kalau tak ponteng kelas and tak tidur dalam kelas. Alahaaii…

******

“assalamualaikum, akak, saya yang mintak minyak tadi”

(suara bangun tidur)“owh, dah abis exam dah? Meh lah datang bilik kalau nak minyak”

“haa, saya dekat depan international school ni”

“owh, ingatkan awak duduk dalam UIA je”

“a’ah, memang saya duduk dalam UIA. Saya nak pergi isi minyak, tetiba dah kering motor dah tak boleh jalan. Akak tolong hantar minyak boleh?”

“Tadi tak datang ambil minyak sebelum keluar tuh kenapa ?! Lepas tuh keluar pergilah isi ! Heish! Kat area mana nih? Depan kedai makan tu?!”

“A’ah. Dekat traffic light ni”

“Yelah, akak datang lepas solat jap lagi. Tunggu situ diam-diam. Akak pinjam motor kawan akak pergi sana”

“Terima kasih akak.”
******

Ikutkan hati memang nak sambung tidur je. Buat-buat tak ada kudrat nak pergi. Tapi sebab aku pun pernah jugak kehabisan minyak. Nasib baik ramai kawan-kawan yang boleh jadi mangsa.
Aku pikir dia junior, tak ramai lagi kawan yang bermotor.

Then, tak reti lagi nak budget minyak sampai ke tak ke stesen minyak paling dekat. Pakai redah jelah tuh.

Tambah lagi, mintak tolong pada orang yang tak kenal, memang dah tak ada usaha lain lah tuh. Silapnya ego sikit tak nak datang lepas exam tu.

Aku pulak,

“Ingat ain, ikhlaskan hati bila tolong orang nih. Kadang-kadang ALLAH saje je buat orang lain mintak tolong kat kita supaya ada kebaikkan yang ko buat untuk ALLAH balas suatu hari nanti. Mudah jawab exam contohnya.”

“Kita tolong orang, ALLAH tolong kita. Jangan risau dengan masa yang kau gunakan tuh”

Monolog….
******

(sambil senyum)

“Nah minyak, nak isi dan pulang hari lain pun boleh. Kawan akak tu belum nak guna lagi”

“Terima kasih akak”

“No prob”

******

Semoga iman terus mengetuk pintu hati…

tuk..tuk..tuk..













Intense Debate Comments