27 February 2011

PART 1 : Kerana Cinta itu Tidak Buta




Fuh... Fuh !! Berhabuk-habuk dah blog ini! Dengan course work yang melambak-lambak, aktiviti harian yang memenuhi ruang diari, dan juga keinginan diri untuk memanjakan diri bersiar-siar buat aku terlepas pandang nak update blog ini. Aku rasa tidak berkesempatan untuk mencoretkan aktiviti kehidupan harian aku di blog ini. Pada hal, banyak saja hal-hal semasa atau pengalaman yang memang aku hendak share. Tapi tulah, manusia kalau diberi beluang untuk memberi alasan, memang boleh tulis kamus banyaknya. 

Walaubagaimanapun, kali ini entri aku adalah untuk menunaikan janji dan cita-cita aku untuk menceritakan perihal perkahwinan abang aku Disember yang lalu. Dapat orang baru dalam family. Macamana? Aku tak pernah rasa ada kakak. Aku tak pernah berkongsi bilik. Aku tak pernah dapat baju “second hand” dari adik beradik perempuan. Aku tak pernah beli baju buy one free one dengan adik beradik. Dan segala perihal dapur, masak, hiasan rumah dan kecantikan mesti umi bertanya pada aku. Tapi sekarang, ianya seolah-olah satu turning point untuk aku hadapi dalam hidup ini. Adanya seorang wanita lain yang mencampuri urusan harian aku di rumah dan yang paling significant, sedikit sebanyak mencuri kasih sayang abang kepada seorang adik.  Hahaha. Macam drama tak? 

06 February 2011

Dari Mesir ke Tenang menggunakan Minyak



Banyak betul page-page yang membincangkan isu-isu ini sejak kebelakangan ini. Cuti aku seminggu ini dipenuhkan dengan hal-hal semasa ini je. Agak bosan bila masuk hal-hal politik di pilihan raya Tenang. Tapi, perkara baru pulak apabila tahu ada demonstrasi besar di mesir. Hal minyak? Aku macam tak terlibat. Setakat naik passion 125, tak kisahlah kalau RON 97 tue naik harga 10 sen. Family aku pun guna RON 95 je. However, ini kan isu semasa. Isu-isu yang akan jadi sejarah pada suatu ketika nanti, entah-entah, masa anak-anak kita kene temuduga nak sambung belajar ke, nak  mintak kerje ke, soalan-soalan pasal inilah yang akan ditanya. Kan? Yeke? Entahlah.


01 February 2011

ikan terubuk goreng


gambar hiasan


Dulu masa aku balik dari sekolah, aku akan terus ke rumah nenek aku. Sebab sekolah dekat la dengan rumah nenek aku. Lagipun mak ayah aku belum habis kerja lagi. Jadi, pergi mengaji al-quran, makan tengahari, panjat pokok ceri, main rounders, semuanya di rumah nenek aku. Aku panggil nenek aku, wan. Mak cik aku kata, kalau orang-orang Negeri Sembilan pendalaman, Rembau ke, Pilah ke, memang panggil nenek dengan gelaran “wan”.


Intense Debate Comments