10 April 2011
Flaming steamboat (Danau)
Ok, entri kali ini adalah antara serangan hendap untuk saudara Izwan di atas entri beliau yang bertajuk “Gathering Mechatronics eng. student IIUM ”. Entri jelah serangan hendap, tapi tujuan utama activity kami adalah ikhlas, jujur dan amanah untuk memupuk nilai-nilai murni dan merapatkan silaturrahim di antara kami: pelajar perempuan tahun dua Biochemical-Biotechnology Engineering IIUM.
Ini adalah aktiviti kedua kami selepas berkelah di Sungai Pisang, Gombak pada semester pertama. Kiranya ini program kedua setelah sama-sama pilih majoring dalam engineering ni. Dengan bayaran RM30 seorang termasuk pengangkutan dan makan. Malam itu sahaja kami telah menghabiskan RM375.00 untuk MAKAN sahaja! Wawawawa. Nampak mewah kan? Untuk seorang student yang masih menggunakan pinjaman dari banyak sumber, boleh habis beratus-ratus untuk makan sahaja.
Yup! Memang macam membazir. Tapi, untuk sebuah kenangan yang takkan dilupakan pada zaman belajar, priceless. Seramai 15 orang sanggup turun padang sama-sama menghabiskan makanan di kedai itu. Bukan selalu macam ini. Dan ianya bukanlah kemewahan untuk kami, tetapi setelah berjimat disana sini barulah dapat rasa hasil satu malam.
“Apa pentingnya spend masa dengan kawan-kawan? Kan masing-masing ada keluarga yang boleh luangkan masa, curahkan kasih sayang, bergurau senda dan bergelak ketawa? Lagi jimat kos!”
"Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya."
(Hadis Riwayat Muslim)
Maknanya, perlulah jugak berkawankan? Kawanlah yang lebih mencorakkan nilai-nilai dalam diri kita apabila kita tidak bersama dengan keluarga. Mungkin sebab itu juga, seseorang itu boleh keluar dari Islam atau masuk Islam kerana ajakan atau pengaruh kawan. Kan?
Dan orang kata, kenangan yang paling best adalah kenangan berada di pengajian tinggi. Yup! Aku setutju, sebab setiap kali cuti semester aku merasa sedikit kehilangan dikelilingi sahabat-sahabat yang mengajar banyak erti kehidupan. Sayang, rindu, kelakar, benci, cemburu, marah, sakit hati, tikam belakang, talam muka, dan seribu satu lagi jenis emoticon emosi yang kita boleh dapat dari sahabat-sahabat. Kalau hanya dengan keluarga, ada ke sikap tikam belakang? Ada ke sikap pentingkan diri? Take all the attitudes as a positive thing, then we will appreciate more.
Mungkin sebab itu kadang-kadang kita tak nak ibu bapa kita jadi kawan kita. Just be as a mother or a father. There are variety types of friends out there. Explore it !
Last but least, sedikit perkongsian tentang kategori sahabat. Sambil-sambil aku blogwalking, dapat jugak aku copy paste something yang sangat sesuai untuk entri kali ini.
Ketahuilah bahawasanya sahabat itu terbahagi kepada 3 kategori:
1. Umpama makanan yang tak dapat tidak kita memerlukannay setiap waktu.
2. Umpama ubat yang diperlukan ketika sakit dan tidak diperlukan ketika sihat.
3. Umpama penyakit yang kita tidak memerlukannya sekali-kali bahkan perlu menjauhinya.
[kitab hidayatus-salikin karangan Syeikh Abdu Somad Al-Palembangi]
So, anda di kategori mana?
For all the girls in the picture, bounty of appreciation for a great night! Tak sabar rasanya for the next activity. All the memories will be strongly, permanently, tightly, inside my head ! Being a part of the family such a great things in my life. Let us mastered in our field and treasured all the best things in this life ! Inilah yang baru dikatakan, ukhuwwah fillah ! THANKS GIRLS ! (^^,)v
"Ya Allah, kurniakanlah kami sahabat yang mengasihi kami kerana-Mu, kurniakan juga untuk kami kekuatan untuk mengasihi mereka dalam mencari redha-Mu dan bantulah kami untuk bersama mentaati-Mu. Amin,ya Rabbal 'alamin!"
No comments:
Post a Comment