16 April 2011

They are Talking About Us !


 



Hari ini secara rasminye telah tamat semsester 2 tahun 2 aku di UIA Gombak. Bila kira-kira semula hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswi UIA. InsyaALLAH lagi 2 tahun bergelar siswazah UIAM pula.

Semakin melepasi semua peringkat-peringkat pendidkan. Begitu jugalah dengan umur yang semakin meningkat. Untuk menuntut ilmu kejuruteraan sahaja aku akan menghabiskan sekurang-kurangnya 6 tahun. Kepada yang bijak, selama 6 tahun itu akan diisi dengan ilmu sampingan. Soft skill, bahasa ke 3 atau ke 4 dan sebagainya. Maka akan keluarlah siswazah yang lengkap dengan sahsiah diri. 

Anda bagaimana?

Sebelum balik ke rumah, ayah aku singgah ke rumah kawan beliau, seorang pengusaha batik di Gombak. Terkejut juga ada orang buat batik kat Gombak ini. Ingatkan batik hanyalah di Terengganu dan Kelantan. Di pinggir kota ni ada juga orang yang masih gigih melakar dan melukis batik.

Apa yang sangat memberi kesan kepada aku adalah apabila, pakcik ini hanya mengusahakan perniagaan batik itu hanya berdua dengan isterinya sahaja. Bayangkan kalau mendapat tempahan sehingga 50 helai batik, pakcik akan melukis dan isteri nya mewarnakan. Kenapa tak ambil pekerja?




Antara perbualan ayah aku dengan pakcik.

Budak-budak sekarang mana nak kerja macam ni, Noh. Diorang tak minat sangat kerja macam ni. Kalau ada pun setakat bekerja je. Bukanlah dari diri yang memang minat seni. Itu satu hal, dulu ada gak pekerja aku, tengah-tengah membatik, main handphone, mula kerja sekejap, main message. Tak tekun ! Budak-budak ni tak nak kerja yang tak campur orang ni, yang tak popular

Aku amat terguris bila ada nya perkataan “budak-budak sekarang”. Aku rasa aku tergolong.

Ini pula pendapat isteri dia. Mungkin lebih kepada kisah benar, bukan hanya pendapat.

dulu ada seorang pekerja, budak ni, pandailah dia melukis. Amiklah dia kerja sebab nak ringan kan beban sikit. Tapi, hari tu berminggu tak datang kerja. Pastu, semalam datang pulak tiba-tiba. Habis entah gambar apa yang dilukisnya tuh.Rugilah kami kalau macam ni. Ada yang datang mintak part time, tak nak sorang-sorang. Datang nak kerja sekali 6 orang. Berdua pun tak nak. Semua nak dalam geng je, manalah kami nak upah sampai 6 orang. Niaga kecik-kecik je.

Satu lagi sikap dan sifat yang diberi pada “budak-budak sekarang”.

beribu kerajaan habis duit untuk hantar student belajar art and textile ni (terlupe dah nama institusi ni), tapi last-last kerja kat Seven Eleven. Diorang taknak susah-susah macam kita dulu. Nak kerje senang and duit senang. Entahlah, tak tahu sapa nak teruskan kerja nih. Aku dulu start sendiri. Susah payah aku yang tanggung.. yelah, aku memang minat. Tak payah pun masuk kelas nak belajar.

Yup, another shot.



Ada dua perkara je yang aku pikir bila on da way balik ke rumah. Pertamanye, hal ini jadi mungkin sebab pakcik ni memang meletakkan standard yang tinggi pada definisi tekun dia. Untuk orang biasa mencapai standard tekun dia sebagai orang lama dalam bidang ini mungkin agak  payah.

Dan yang kedua, mungkin betul kualiti budak sekarang adalah apa yang seperti pakcik ni cakap.
      
      1.      Handphone
      2.      Geng
      3.      Nak duit senang

Aku malu sendiri. Mereka bercakap tentang generasi aku. Generasi yang akan melopor dunia sutu hari nanti. Handphone, laptop atau segala macam lagi gadjet hari ini yang sememangnya tidak perlu untuk membatik sangatlah kita perlukan. Tanyalah diri sendiri, selama mana sahaja kita boleh berenggang dengan handphone kita? Untuk blogger and FB addicted seperti aku, pc atau laptop juga seolah-olah sebagai alat komunikasi. Bukak mata, bukaklah pc.

Aku kadang-kadang fikir juga, berani atau tidak kita tiba-tiba join satu camping atau program yang tiada siapa yang kita kenal. Kalau betul berani, berapa kali sahaja kita buat atas kerelaan kita sendiri? Kadang-kadang untuk pilih majoring dalam bidang masing-masing pun kita terpengaruh dengan kawan kan? Di mana sebernanya jati diri kita? Try new thing and explore something that only me, myself and I alone without my friends and get the new experience. Then, I have something to tell them ! Monolog.  

Kalau bukan sebab duit senang, popularity, takkanlah AF setiap tahun beratur panjang orang datang audition kan? Takkanlah raja lawak sampai buat Maharaja lawak pulak kan? MLM (multi level marketing) yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan kat IPT-IPT. Pantang dengar duit beranak banyak, semua nak start melabur.



Aku suka petik kata-kata sukarno.

berikan aku 100 orang tua, aku mampu mengubah sebuah Negara, tetapi berikan aku 10 orang muda, aku mampu menggegarkan dunia

Adakah muda yang dimaksudkan ini perlu mempunyai character seperti di atas?

Aku lebih suka bermuhasabah diri. Memang aku tak boleh berenggang dengan handphone. Tapi aku akan cuba mengasingkan diri aku dari handphone semasa bekerja untuk mencapai tahap ketekunan suatu hari nanti. Aku juga akan berani untuk turun kelapangan tanpa kawan di sisi tapi cukuplah ilmu dan jati diri yang lama telah di bina dalam diri. Aku juga akan mempersiapkan diri dengan nilai tabah untuk memulakan kejayaan dalam hidup dari serendah-rendah tahap. Dan selepas itu, aku mampu untuk senyum mengimbas kesusahan yang aku harung. Monolog.

Anda ?

Aku bukan hanya menulis untuk profession seorang pembatik, tapi secara keseluruhan. Segala perwatakkan itu perlu tetapi haruslah bertempat. Berkawan biar beribu kan? Jadi, keluarlah dari kepompong dan cubalah benda baru dan cari kawan baru yang membuat kan kita terfikir “dari planet manalah datangnya dia ni”. Barulah kita dapat merasai betapa variasinya penciptaan manusia itu oleh ALLAH.


“Aku ingin mendaki puncak tantangan, menerjang batu granit kesulitan, menggoda mara bahaya, dan memecahkan misteri dengan sains. Aku ingin menghirup berupa-rupa pengalaman lalu terjun bebas menyelami labirin lika-liku hidup yang ujungnya tak dapat disangka. Aku mendamba kehidupan dengan kemungkinan-kemungkinan yang bereaksi satu sama lain seperti benturan molekul uranium: meletup tak terduga-duga, menyerap, mengikat, mengganda, berkembang, terurai, dan berpencar ke arah yang mengejutkan.”

“Aku ingin ke tempat-tempat yang jauh, menjumpai beragam bahasa dan orang-orang asing. Aku ingin berkelana, menemukan arahku dengan membaca bintang gemintang. Aku ingin mengarungi padang dan gurun-gurun, ingin melepuh terbakar matahari, limbung dihantam angin. Aku ingin kehidupan yang menggetarkan, penuh dengan penaklukan.”

Aku ingin hidup! Ingin merasakan sari pati hidup!

Edensor – Andrea Hirata  




No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments