Entri kali ini memang dah lama terfikir nak buat, tapi asyik tangguh-tangguh sebab tak dapat feel sebenar untuk recall semula semua kenangan dulu-dulu masa zaman hingusan. Kebetulan masa blogwalking, terserempak dengan “contest Kenangan zaman sekolah rendah” yang agak menarik untuk join dan kena dengan tujuan entri. Kalau ada rezeki and dapat recall semua kenangan masa sekolah rendah dulu dengan baik, ada juga hasil entri kali ini.
Apa bezanya zaman belajar masa kecik-kecik dulu dan zaman belajar sekarang kan? Belajar jugak. Guna pencil juga. Guna buku tulis jugak. Ada cikgu jugak. Dan yang paling penting, guna juga ABC dan 123 yang sama. Tapi mungkinlah font yang berbeza. Masa sekolah dulu, tulisan buruk, sekarang dah pandai tulis surat cinta, lawa lah sikit. Ke gune emel je sekarang? Beratus-ratus font ada.
Kalau sekolah rendah dulu………
Ada rumah sukan ikut warna. Aku suka betul rumah biru. Mana-mana sekolah aku pindah pun aku akan try juga masuk rumah biru. Tapi ada satu sekolah tu, tak ada pembahagian rumah sukan ni guna warna-warna. Confius jugak nak pilih rumah sukan time tuh. Pembahagian dia ikut nama tokoh-tokoh pahlawan melayu, dato Bahaman, mat kilau, tok janggut, dan, apatah lagi. kalau tak silap, aku pilih dato Bahaman kot. Tu pun cikgu sukan tu bagi sebab lambat sangat pilih. Lepas tu, adalah hari sukan. Yang bestnye, hari sukan hari sabtu jadi hari isnin mesti cuti kan? Ada satu tahun tuh, habis hari sukan sampai serak-serak suara balik rumah tapi bukan menang lumba lari ke lontar peluru ke, menang sorak je tepi padang….
Sekarang…….
Mana ada rumah-rumah sukan lagi. dapat rumah terus. Pembahagian lebih pada kolej kediaman. Kalau kat UIA ni, panggil mahallah. Semua mahallah dinamakan dengan tokoh-tokoh Islam. Saidina Ali, abu bakar as-siddiq, khadijah, aminah, hafsa dan byk le lagi. kalau sports day, tak semeriah mana sebab tak boleh sorak-sorak sakan. Dah besar kan?
Kalau sekolah rendah dulu………
Kawan-kawan suka betullah mengejek nama bapak. Tak paham betul lah dulu. Mengejek-ngejek ni macam trend zaman sekolah. Nama ayah aku Mohamed Noh, ada kawan nih punyalah suka ejek, Nampak je aku dia akan cakap macam ni
“ eish! ‘manno’ lah omak den x sampai lagi nih ”..
Padahal masa tu dia bukan tunggu mak dia pun. Memang saja nak mention nama ayah aku tuh.
Ini antara contoh-contoh nama ayah yang dah di transform kan
Haniff zulkaFLI = Hanif zulkaFLY
Riduan HAMdan = Riduan PANdan
Atikah kamARUDDIN = Atikah KamBING
Atikah Osman = Atikos
Riduan Ramli = burger Ramli
Kalau yang mengejek tak tentu pasal lagi banyak. Semua nya mesti ada kisah disebalik yang membuatkan gelaran ini diberi khas.
Yati = tembikai
Fira = buntal
Aisyah = kuda
Fatin = ikan patin
maizura = jepun
Farahin = donat (ok, yang ni aku)
Dan yang pelik nya pada usia-usia macam ni, walaupun marah kawan-kawan bagi gelaran macam ni, bila dipanggil menyahut jugak. Sampai dah sebati pulak sampai ke besar.
“Atikah mana yang nak kawin ni!” “Atikah…lah, atikah kambing!” “oooo, nak kawen dah kambing tuh….!”
Sekarang…….
Belajar dah banyak sampai terjumpe satu ayat ni,
“…..Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim…..”
Al Hujuraat: 11
Bila dah tahu, kenalah amal….kan?
Kalau sekolah rendah dulu………
Ada hari guru and hari kantin! Biasalah, kanak-kanak. Masih suci lagi semua. Sifat pemurah, menghargai, sayang. Semua dicurahkan sepenuhnya pada cikgu yang membakar diri ibarat lilin. Kalau cikgu yang favourite tu, habis je sekolah hari itu, penuhlah kereta dia dengan bunga-bunga, mugs dan kad-kad ucapan. Kesian betul kat cikgu displin. Adalah sekuntum bunga dari kelab guru. Huhuhu.. Hari kantin, rasa macam orang kaya. Mana tak nye, itulah satu-satunya hari ke sekolah boleh habiskan RM5 minimun ! lepas itu, boleh pergi sekolah pakai baju bebas. Masa nilah nak bergaya. Masing-masing bawak beg sandang tepi. Ringan, tak ada buku. Memang istimewa ar hari kantin ni. Konon dah habis bergayalah tuh.
Sekarang…….
Tak pernah pulak dengar hari lecturer. Hari cafĂ© ? errkkk…..
Kalau sekolah rendah dulu………
Lepas je exam akhir tahun, macam-macam mainan boleh bawa pergi sekolah. Kalau anak-anak orang kaya tu, up la sket. Bawa Saidina ke monopoly ke, uno ke.. kalau yang memang jenis budak kampong tu, tak payah bawa apa-apa pun. Datang je sekolah kutip batu. Main batu seremban. Permainan nilah yang paling seronok pun. Simple.
Sekarang…….
Habis je exam, semua orang pakat-pakat balik kampong. Lenganglah kampus masa itu. Kalau nak drive wrong way pun sure tak langgar kenderaan lain. Sunyi yang amat. Lampu jalan pun tak bukak dah. Menghabiskan Karen je..
Aku rasa cukuplah beberapa point ini untuk share kan dengan orang lain. Kalau nak cite kenangan sekolah rendah memng tak pernah habis. Masuk nasyid, jalan itik, kene tengking dengan cikgu math, kene sebat dengan cikgu English, dapat jadi pengawas. Gaduh dengan budak lelaki. Surat layang untuk kawan yang gedik. Injection BCG. Parents datang sekolah amik reort card. Hari check gigi paling takut. Hahha.. mungkin ada part 2.. errmm…
So, that is it ! Tak tahulah nak tag siapa sebab mungkin orang tak minat pun nak kongsi kenangan dulu. Tapi, mungkin saudara Izwan, saudara Ahmad, dan saudari Qielah ada sesuatu untuk dikongsikan? Sila-sila… Tapi, kalau tak sudi tak apa.. No heart feeling.
Kepada Cik Salwa, congrats sebab Berjaya anjuran satu contest yang agak menarik nih !
All the best ! bodek juri sket.
nie dah sekolah menengah... ^^ |
No comments:
Post a Comment