27 April 2011

Kaki di bumi Hong Kong





20 April hingga 23 April 2010. 3 hari  di bumi Hong Kong. Berjalan di negeri orang adalah satu pengalaman yang sangat best ! bak kata abang aku, biarlah kita ke Negara mana pun, kalau dah namanye tempat orang, memanglah sangat seronok. Educational And Cultural Exchange Programme at Hong Kong, organized by Mahallah Representative Committee Mahallah Ali and Mahallah Halimatus Sa’adiah, IIUM.



Banyak benda yang aku belajar sepanjang pemusafiran di sana. Globalisasi sangat mempengaruhi sesebuah negara itu. Kalaulah sekarang aku masih menduduki SPM, mesti aku boleh menjawab soalan penulisan dengan baik kalau diberi tajuk ni. Haha. Globalisasi membuatkan sebuah negara itu sama je macam negara membangun yang lain. Payah nak cerita isu ini. Sebab pendapat setiap orangkan berbeza-beza. Tapi apa yang aku nampak, globalisasi membuatkan negara kita nampak sama je dengan Hong Kong, atau negara-negara maju lain. Sampai je kat airport, keadaan dan suasananya sama je dengan airport Malaysia. Mungkin seni binanya yang berbeza tapi susun atur, hiasan dalam semua nampak sama. Sama juga halnya dengan jalan raya, lampu isyarat, bangunan tinggi dan juga kesesakkan lalu lintas.  Takkan tak ada yang berbeza?

Mestilah ada ! Suhu yang secara puratanya 23 hingga 25 celcius je setiap hari. Dan ramalan cuaca yang sangat tepat untuk setiap hari. Tourist guide tu kata kalau ramalan cuaca untuk hari esok, 90% is correct. Dan memang terbukti, katanya malam ketiga akan hujan, dan memang hujan malam tu ! Nasib baik dah shopping awal. =p





Misi utama kami ke Hong Kong adalah untuk mengenali budaya sebenar hostel di Hong Kong. Bagaimana cara pihak pentadbiran universiti berinteraksi dengan pelajar yang menginap di hostel. Sesuailah dengan rombongan kami yang terdiri dari majlis perwakilan pelajar  kolej kediaman. Bandar yang kami pergi Kowloon. Jelaslah yang kawasan itu memang tak cukup tanah. Memang tak dapat lah tengok kawasan perumahan ada kanak-kanak main basikal atau main kejar-kejar tepi jalan, mak-mak buat mesyuarat tingkap kat depan rumah, ayah-ayah basuh kereta guna buih-buih kat laman rumah. Hanya orang-orang kaya dan ternama saja dapat rumah yang ada laman. 





Limited nya tanah di situ sehingga kolej kediaman hanya di dalam satu bangunan dan di asing-asingkan mengikut aras sahaja. Setiap aras mewakili 1 kolej kediaman. Dan yang seronoknya, satu bangunan itu lengkap dengan pelbagai jenis kemudahan. Yang itu memanglah kalah mana-mana university di Malaysia. Bilik karaoke, punching bag, snooker, dancing room, ball room, dapur, computer lab, table tennis room, dobby dan juga gym. Semua ini ada di kolej kediaman diorang. Tak tahulah kat university lain, tapi di UIA tak ada lah kesemua facilities nih. Kalau nak karaoke kenelah pergi Wangsa Walk.

computer lab



Kalau biasa kita tengok, pemimpin pelajar mesti kita terbayang student yang smart-smart pakai coat untuk yang lelaki, yang perempuan akan pakai baju kurung atau pakaian formal lain. Rambut yang akan disikat rapi, tudung akan dipin kemas. Semua nampak descent. Tapi, pemimpin pelajar yang kami jumpa nie rileks je. 




boleh beza tak?



yang sorang tu pakai hot pants, ok.. x tipu !

Merekalah yang mengiringi kami sepanjang lawatan ke kolej kediaman diorang. Ada juga bagusnya cara penampilan diorang ni. At least diorang tak berpura-berpura macam student kita yang apabila di majlis-majlis rasmi, semua nampak baik, berkaliber dan elok. Tapi diluar appearance adalah sangat jauh berbeza. Mungkin ini erti jati diri mengikut budaya mereka. At the positive side, disebabkan kita ada agama and nilai-nilai ketimuran yang tinggi so, dress code bukan masalah untuk menjadikan satu peraturan di Malaysia nih. Kalau dress code kita apply kat diorang, maunye diorang buat demonstrasi kat Hong Kong tu.  
          

kowloon mosque




ni kawasan solat khas.. kalau orang yang datang solat biasa-biasa kat level bawah.
 

Misi kedua, melawat Kowloon Mosque. Mulanya nak bergotong royong kat masjid tu, tapi menurut mengurus masjid tuh, tak perlu dah nak mengemas masjid sebab dah tak ada apa yang perlu dikemaskan kerana penjagaan yang rapi dari pihak pengurusan masjid. Jadi, hanya penyerahan Quran dan melawat sekitar masjid je. Masjid ni terletak betul-betul di tengah-tengah pekan Kowloon tu. Satu perasaan yang aku rasa betapa kuatnya brotherhood among muslim bila berada di negara orang terutamanya, negara bukan Islam. Manager masjid ini mengalu-alukan kedatangan kitorang tanpa pengetahuan pihak-pihak lain atau melalui pelbagai procedure lain untuk lawatan masjid. Alasan dia hanyalah kerana saudara sesama Islam. Tak perlulah nak ikutkan sangat procedure yang ada. Simple kan?
 

he can speak 8 languages....
     



Ada dua masjid je yang kami datang melawat. Masjid yang kedua ada cafe. So, kat situ antara destinasi yang kitorang pergi untuk dapatkan halal food. Walaupun cafe yang terletak di masjid, tapi tukang masak dan tukang serve adalah dari orang cina. Dah memang Negara cina kan? Makanan? Eish! Payah juga nak nampak makanan yang halal. Dan tempat-tempat yang kami makan adalah cadangan dari agensi yang bawa kami ke Hong Kong ni. InsyaALLAH  ditanggung halal.












Rasanya cukup sampai sini je. For all the guys in the picture, such a great thing to explore the Hong Kong with all of you. Sweet memories will always in my mind. Apologies and appreciation for all of you, willingly enjoy the trip with me.  Tak pernah terfikir pun akan spend masa dengan korang hingga ke Hong Kong. Yup! ALLAH dah tetapkan pertemuan kita dan persahabatan kita hingga ke Hong Kong. Dengan menjaga batasan ikhtilat yang betul, insyaALLAH perhubungan sesame kita akan diberkati. Will miss all of you !





Part 2 mungkin? Banyak lagi nak bercerita ni! (^^,)V











No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments