16 February 2012

Universal Studio Singapore








“tekan button like adalah merendahkan taraf mental korang.....
jgn like status orang...”

-egois-





 

Aku pernah sampai ke tanah bumi hongkong. Dan hari ini aku adalah rasa menyesal sikit-sikit kenapa aku tak berusaha betul-betul untuk pijak kan kaki ke Disneyland Hong Kong.




Yup, ada je orang kata..

“ah ! beriya la pergi hiburan-hiburan, tempat yang ada ibrah agama tak nak pulak pergi..”

Errkk…

Bila ada dengar suara-suara macam ni, aku pun, ok, tak ada nak nyesal sangat tak pergi tempat-tempat macam tuh.

Lepas tuh, hari raya aku jumpa seorang pakcik aku yang dah ada 5 orang anak. Dia kata… 




“kenapa tak pergi Disneyland alang-alang dah sampai ke Hong Kong tu?”

“aalaa, bukanya kita pergi tu nak enjoy sakan tak ingat dunia. Kita pergi tu untuk tengok teknologi yang ada. Teknologi yang Negara-negara luar ni ada untuk tarik pelancong. Kita tak ada lagi teknologi-teknologi tuh. Orang luar buat hiburan je…”


Nganga gak aku dengar macam tu. Betul jugak. Tapi dah balik Malaysia pun time tu.

So, bila ada member yang ajak aku pergi ke USS. Aku pun usaha-usaha lah ikat perut untuk simpan duit pergi sana.






Yup ! teknologi kat singapura pun dah cukup mengagumkan. Yang paling aku suka gile-gile, bila masuk ke movie ride transformer 3D. wah ! rasa macam jadi optimus prime dah masa ride tuh. 



Ok, kalau siapa yang dah naik je boleh rasa betapa rasa macam real bila naik movie ride tuh. Ada lagi satu. Shrek 4D. Gempak gak. 

Agak-agak dalam wayang tu watak keldai tengah terbersin, terasa jugak tempias ke muka kita. Kalau rambut Fiona ditiup angin, kita pun akan rasa angin dalam panggung tu.

Memang ddi Malaysia setakat 3D ni dah biasa dalam wayang-wayang kita. Tapi, cubalah rasa dulu 3D di tempat orang, lepas tu baru compare. Atas nama je 3D sama, tapi level atau standard effect 3D tu berbeza-beza. Memang jauh kita ketinggalan dengan teknologi mereka.

Dan namanya pun universal studio, macam-macam jenis kartun ada di tepi-tepi jalan itu. Ada kungfu panda, pussy cat dan kartun-kartun lain. Aku pun tak tahu sangat. tapi kitorg tak lah excited sangat nak bergambar. Eh, yeke? 

nie castle far far away...~~



ni kat under water nye scene.. gempak gile main tembak-tembak air..


Kalau nak berjalan dalam USS nih, elok ar dari pagi. Barulah boleh merasa semua jenis mainan dalam USS ni. 

aku tak suka makan coklat sangat.. tapi kedai coklat ni sangat kreatif.. ada ke pokok tumbuh coklat?






Aku boleh cakap, USS atau tempat yang yang seumpama dengannya adalah 1st class fun fair. Teknologi yang canggih dan juga keselamatan yang lebih terjamin.


nie penyanyi jalanan.. twwiissttt sket..


Kalau pergi dengan keluarga lah paling terbaik. Dapat pulak dengan adik beradik yang dalam lingkungan 11 hingga 17 tahun. Energetic yang paling perlu untuk habiskan setiap tapak dalam USS ni.


Nak dating dalam ni? Memang salah tempat ar. Dahlah dating tu haram. Tetiba plak…     



nie gambar favourite.. tapi, tu ar, seksi sket..



Ini entri yang paling banyak gambar rasanya. Huurrmm, kalau tetiba bukak semula chempaka berbisik ni dah tak ada entri ni, maaf lah. 


Dah kene remove.. 




hahaha.. suka hati..




Intense Debate Comments