04 April 2011

Jodoh: Talk about Jodoh? Eiiuuwww….!





28 March 2011
“Kau nak tahu, ada seorang budak pharmacy kat UIA kuantan dah kawin cuti hari tu. Batch kita kot. Suami dia gune orang tengah je message tanya available ke tak. Dia jawab simple je, kalau elok agamanya, saya nak mula istikharah.”

29 March 2011
“Undangan majlis kesyukuran sempena perkahwinan …” ok, yang lelaki batch aku, yang perempuan junior kat matric.

30 March 2011
Sony Erricson T707
New message received…
“Salam. Korang tahu, minah(bukan nama sebenar) nak nikah bulan 6. Masa cuti panjang nanti. Dia dah jemput korang belum?”

31 March 2011
Sony erricson t707
New message received….
“Ain, umie nak bagi tahu ni kak Wani, (sepupu) nak kawin dah bulan depan. Tapi nikah gantung lah. Hah, weekend nie Hasbul (sepupu yang lain) nikah, balik tak?”





Ok ! fine ! Semua orang nak kawin dan menamatkan zaman bujang. Bila dah 4 days in row aku dengar orang cakap pasal kawin, aku macam dah tak boleh elak untuk tulis entri pasal kawin-kawin nih. Masa mula berazam untuk blogging, tak rasa pula nak tulis pasal perasaan atau transition of life ni. Cukuplah dengan entri majlis perkahwinan abang aku. Lagipun dah melambak blog-blog lain yang bercakap pasal jodoh, cinta, pasangan hidup dan apa-apa saja yang berkaitan dengan cinta. Tapi, akhirnya, aku tewas. Nah! Satu entri pasal jodoh.

Topic ini dah sangat biasa dah dikalangan kawan-kawan aku. Macam-macam idea, angan-angan atau perancangan dah dibuat untuk menetukan jodoh atau masa depan. Tapi, jodoh kan? Ketentuan Tuhan. Apa je yang kita boleh buat? Yeke kite tak boleh buat apa-apa? Entah. Orang kata tanpa keberanian, mimpi tak bermakna. Hahaha. Curi dialog Soal Hati sket. 




Penting sangat ke bercerita pasal jodoh ini? Dah gatal sangat ke nak kawin asyik cakap pasal jodoh ini? Ok, umur aku sekarang dah 22. Kalau bukan sekarang nak tunggu umur berapa boleh cakap pasal jodoh? Ala, kalau cakap pasal jodoh pun, apa saje yang boleh diborakkan? Bukannya berani pun nak pergi meminang anak teruna orang. Berharap dan terus berharap.

Aku tak ada solusi untuk entri kali ini. Saranan pun tak ada. Untuk yang nak kawin atau belum kawin, aku tak ada nasihat pun yang boleh di beri. Sebab aku pun belum kawin. Agak kelakar bila kadang-kadang ada kawan lelaki yang post “kalau ada isteri sekarang ini kan best, bleh ajak borak-borak.” . Haha, nak ajak borak je pun. Rasa macam desperate sangat kawan-kawan yang macam ini.

Tapi, pada aku ini semua lumrah. Dalam era yang bercampur lelaki dan perempuan, pergaulan bebas yang tak terjaga. Media massa yang sentiasa mempamerkan aurat wanita, tuntutan urusan harian yang mesti melibatkan lelaki dan perempuan. Itu semua membuatkan keinginan memiliki pasangan hidup yang halal membuak-buak. Agar ada tempat yang sesuai untuk menyanyangi dan disayangi, atau dirindu-rindu. Ada orang yang sentiasa menyokong dalam apa jua perkara yang diceburi. Ada orang untuk bergurau senda. Ada orang untuk bermanja-manja. Ada orang yang mampu untuk menegur setiap kesalahan yang dilakukan. Dan juga memiliki orang yang menjadi penyejuk mata. Adam memang untuk Hawa kan? Tapi semua orang rasa macam tu ke?

Tak juga. Untuk orang yang memang tak memikirkan batasan ikhtilat. Perempuan yang selumber je bergayut dengan kawan lelaki berjam-jam. Lelaki yang muka tak malu bawa anak dara orang ke hulu hilir tanpa ikatan yang sah. Bercouple dan berdating hari-hari. Atau pun, orang yang dah tak tahu apa itu nikmatnya ikatan yang sah. Meraka akan merasakan perkahwinan adalah last thing after all the successful achievement. “Apa salahnya dating pun, bukan nya tempat sunyi pun”. “Ala, pegang tangan je pun”. “kahwin? Banyak tangungjawab lah nanti, jadi pakwe dulu ar”. “mana bleh kawin dengan awek aku tuh, dia belajar lagi. enjoy lah dulu”. 

Erm. Tepuk dada, tanyalah iman. Sememangnya perkahwinan itu disusuli dengan seribu satu lagi tanggungjawab. Tapi, tanggungjawab adalah untuk digalas, bukan untuk ditangguh-tangguh, sebab suatu hari nanti, pasti perlu di galas juga. Dan tanggungjawab itu tidak sama sekali berkurang dengan dating atau couple. Ok, lastly tahniah kepada semua kawan-kawan dan sepupu aku yang sudah bertemu jodoh masing-masing. InsyaALLAH aku aku akan menyusul beberapa tahun lagi. Anak-anak korang boleh jadi flower girl majlis aku nanti ! (^^,)V

"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
 (Ar-Rum 21)  
  








No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments