02 April 2011

Dakwah : Aku bukan budak surau ! Usrah apatah lagi !




Payah ke nak berdakwah ni? Kalau orang suruh aku bagi kata-kata mudah pasal dakwah, aku nak cakap macam nih. “Kadang-kadang kita dah berdakwah tanpa sedar !” sebab itulah tanggungjawab berdakwah ni jatuh pada semua umat Islam kat dunia ini. Tak terikat pada tok imam ke, orang arab ke, tok siak bentang sejadah ke, budak IRK (Islamic Revealed Knowledge) ke,  ustaz ustazah ke, makcik cuci toilet ke, mak cik ngajar ngaji kat kampong ke, atau orang-orang tua yang ulang alik pergi surau tu je. Jatuh pada bahu semua orang Islam.



Tapi, bila letak perkataan dakwah, ianya seberat-berat tanggungjawab semua orang rasa. Asal kita buat baik dan orang lain yang nampak rasa nak buat jugak, itu pun dikira sebagai dakwah. Dulu aku pernah join camp DIA ini  yang mana kami perlu approach orang-orang yang sedang beriadah dengan keluarga untuk bercakap mengenai Islam. Wah! Berat tuh. Masa aku mula-mula dengar task tu, rasa macam nak balik rumah dah. Bukan senang kot nak cakap dengan orang pasal Islam. Dahlah Islam dikaitkan dengan terrorist. ada ke patut?







Tapi bila difikir semula, orang yang hendak di approach ini adalah orang melayu Islam. Bukannya aktivis paderi kat gereja mana-mana. Dan bercakap mengenai Islam? Hidup berjiran pun adalah Islam. Adab makan pun, Islam. Adab menjeling bukan mahram pun, Islam. Nak masuk toilet pun ada dalam Islam. Nak bercakap pun ada dalam Islam. Dah tu, apa yang susah ?



Oleh sebab itulah aku sangat nak menyokong usaha murni Atikah Aula ini untuk sama-sama menyokong kempen “Jom jadikan blog sebagai medium dakwah”. Kalau setakat ajak orang ramai sayangkan mak masing-masing, mampu kot aku nak buat. 

“Sayangi mak anda!”

Simple kan? Mesti korang teringat kat mak masing-masing lepas baca frasa tadi kan? ^ ^,  Ok, mengarut sudah.

At least, walaupun aku mengadap pc ni berjam-jam aku bolehlah juga membuatkan orang berfikir mengenai Islam walaupun sikit. Daripada aku lansung tak ada saham dengan blog ini kan? Kalau rugi saham dunia, boleh kumpul duit semula main saham lain. Tapi kalau rugi saham akhirat, dah tak boleh patah balik untuk kumpul bekal kan? 

Tahniah Atikah ! (^^,)V            





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments