Menulis untuk kesekian kalinya. Aku baru habiskan movie “Transformer”. Haha. Ketinggalan zaman betul lah. Cerita itu entah-entah dalam pembikinan yang ketiga, aku baru habis tengok yang pertama. Malu sikit jadi budak engineering.
Yes! Engineering student jatuh tahap wajib mazhab aku untuk tonton movie ini. Movie yang penuh dengan inspirasi. “No scarify no victory”. Kenapa bukan masa baru-baru keluar movie ini aku tak tengok? Masa ala-ala pisang goreng panas nye hot cite ini, tak pula aku pergi tengok. Pastu, aku pun dah terlupe yang aku ada je softcopy movie ini dalam PC tercinta ini. Dan sekarang ini, gap dua hari untuk exam subjek Microbiology, aku sempat habiskan “Transformer” sampai tengah malam. Boleh gitu?
Dulu masa cuti short semester tiga bulan aku sempat join satu camp “Summer Camp with AJ” anjuran ataphijau.blogspot.com. Satu perihal yang aku sangat impress dengan camp ini ialah, pihak penganjur membawa satu tema keseluruhan yang lengkap untuk camp ini. Dan tema nye ialah “Rise of the Fallen”. Masa camp itu biro technical yang mencipta tema ini. Antara sebab kenapa mereka pilih tema ini ialah, diorang samakan umat Islam sekarang ini dengan Megatron yang dalam movie ini. Boleh gitu? Kan dalam movie nie Megatron watak jahat. Berani pula diorang samakan ngan umat Islam. Kata camp Islamiah.
Sabar-sabar. Bagaimana dalam movie ini menunjukkan betapa Megatron bersungguh nakkan kembali kekuasaan untuk menakluk “earth” begitu juga lah pihak penganjur nak instill semangat itu dalam diri setiap peserta. Camp itu seolah-oleh tengah menjerit di setiap telinga peserta “ye, kite tengah kalah sekarang! Wake up! Wake up!” dan kite plak terus-terus tarik selimut untuk tidur. Tapi semua peserta dah wake up dah la bila balik dari camp itu. Yeke? Yang tak join tak tahu lah dah bangun ke belum. Boleh gitu? Pastu, kalau kite pandang lebih dalam lagi, Optimus Prime cuba sedaya upaya untuk selamatkan dunia. Bukan ke kite sebagai hamba ALLAH kene kejarkan akhirat berbanding dunia. Who with me? Silent. And who with Optimus Prime? Ramainye angkat tangan. Takpe, ini padangan aku je.
Dah tu apa yang ghairah nye? Eish. Setakat tengok movie yang dah basi ini tak ada apa-apa perasaan pun. Haha. Aku tengok transformer yang kedua kat Astro baru tergerak nak tengok yang pertama. Itu pun sebab nak paham betul-betul, apa itu “Sector Seven”. (^^,)V
No comments:
Post a Comment