29 June 2011

Wordless Wednesday

~~My first Wordless Wednesday ~~









p/s: org wordless, dia pun sibuk nak wordless.... heish ! thankz ezhan ! ^^,

28 June 2011

:: SEGMEN: LETS LEARN FROM THE BEST::












“Apabila salah seorang di antara kalian akan tidur, maka kebutlah tempat tidurnya dengan hujung kain sarungnya kerana sesungguhnya dia tidak tahu apa yang bakal menimpanya.”
(Riwayat Bukhari)


Sampai ke perihal tidur pun Nabi nak ingatkan kita something kan? Kebut atau kibas tempat katil ni membuktikan Rasulullah amat prihatin akan persediaan tempat tidur agar kita dapat menjauhi sebarang bahaya sebelum tidur. Nice kan ? Simple je pun sunnah. Dah dapat pahala. Sebab tu lah Nabi SAW adalah dikalangan manusia juga. Kalau tak, kan susah nak follow sunnah. 

Good idea Cik Salwa ! Keep up ur good work ! ^^, 






Selalu kalau time-time exam, bila dah ngantuk tahap tersengguk atas meja study barulah beralih ke katil. Masa tu tak kisah dah ada apa atas katil tu, terjun je terus lelap mata. Memang tak patut betullah kan… ? Berubahlah cik CB !  (=.=”)







Marah




Ada orang kalau marah sangat buruk rupanya. Ada orang kalau marah pun, cool je muka dia. Tak dapat nak detect marah ke tak dia nih. Ada jugak jenis orang yang marah tapi tak pernah mengekspresikan kemarahan itu. Hebat betul kawal kemarahan.

Sekarang dah ada bermacam-macam medium untuk lepaskan kemarahan. Social network je dah berlambak-lambak untuk bagitahu satu dunia yang dia tengah marah. Tue baru social network, tak kira roommate yg boleh jadi tempat luah kemarahan. Diari tahunan untuk di conteng rasa marah, laut yg terbentang luas untuk menjerit-jerit. Konon-konon jerit-jerit tu boleh lah reda sikit kemarahan itu. Banyak lah cara nak meluah kan rasa marah.

14 June 2011

Tidak Tergenggam






Cinta, ditaburkan dari langit
Lelaki dan wanita menengadahkan tangan
Berebut-rebut menangkapnya
Banyak yang mendapat secupak
Banyak yang mendapat segantang
Semakin banyak
Semakin tidak tergenggam   




Cinta di Dalam Gelas - Andrea Hirata













13 June 2011

Punctuality: Skema Lah Datang Awal !






Kalau janji jumpa pukul 2 petang, agak-agak pukul berapa patutnya dah ada di tempat yang dijanjikan ? 1.50 petang ? 2.00 petang sharp ? 2.10 petang ? atau 2.30 petang ? Worst ! masalah on time atau pun datang awal selalu membelenggu semua lapisan masyarakat. Tak kira lah dalam mesyuarat para pemimpin atasan sampailah ke temu janji sepasang kekasih. Semua orang bersangkut dengan masalah punctuality. Semua orang akan menjadikan masa atau “pukul” sebagai pengikat sesuatu perjumpaan. 

“pukul berapa nak jumpa?”

 “dalam 10 minit lagi kita pergi !”

“seten gah jam je perjalanan ke sana.”

“pukul 5 ye !”

08 June 2011

Masalah Sosial: Ibu Bapa Perlu Dipersalahkan !



Bila ada je masalah-masalah yang timbul, semua orang pasti menunding jari. Biar apa pun masalah itu. Biar terjadi di mana-mana pun. Setiap manusia pasti ada sikap defensive. Kalau kanak-kanak bergaduh pun, pasti pada asalnya yang bersalah tetap akan menunding jari dahulu atau memberi alasan terlebih dahulu daripada terus mengaku bersalah. Masalah sosial dah membarah dalam masyarakat kita. Isu ni aku dah pernah tulis suatu ketika dulu. Tapi, entah aku suka betul kupas isu-isu yang sering terjadi di depan mata dan di sekeliling.

Intense Debate Comments