31 December 2010

Bila Semua Orang Berkata-kata Mengenai Bola..



Jutaan terima kasih kepada semua pemain bola sepak Negara yang menang piala Suzuki semalam. Memang aku tak pernah pun appreciate player bola sebab aku bukan minat atau menonton bola. Tapi, oleh kerana diorang menang hari itu membuatkan satu Malaysia cuti hari Jumaat ini! 

“eleh, setakat cuti satu hari, tak effect pon hidup aku”


27 December 2010

Pendidikan Seks : Wajar?





Nabi bersabda, “Sungguh, kamu akan mengikuti (dan meniru) tradisi umat-umat sebelum kamu, bagaikan bulu anak panah yang serupa dengan bulu anak panah lainnya. Sampai kalaupun mereka masuk ke lubang dhob niscaya kamu akan masuk ke dalamnya pula.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasranikah?” Beliau menjawab, “Lalu siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Pagi tadi, bangun saja dari tidur hati aku terus tak tenang. Aku rasa gelisah memikirkan apa yang akan jadi dalam 5 hingga 6 tahun akan datang. Ini semua gara-gara aku stay up, blog walking. Ditakdirkan aku jumpa satu blog yang menceritakan kewajaran pendidikan seks disekolah. Masuk entri itu, dah dua kali penulis bercerita pasal ini. Kali ini gambar yang dipaparkan sangat terbayang-bayang di dalam otak aku ini. Blog ini memang agak politik sikit. Tapi aku ambik the positif side. Tak pula ikut mana-mana pihak. Aku tak nak linkkan blog dia. Sebab aku rasa banyak entri dia yang agak keterlaluan. Tapi entri itu, sangat merisaukan aku. 


26 December 2010

Sempit





Sudah 2 minggu kulliyah start. Weekend kedua barulah berpeluang untuk balik rumah. Menjenguk umi dan ayah di rumah. Melihat wajah ibubapa antara 5 perkara yang apabila kita lihat, kita dapat pahala. Mudah kan? Jadi, aku pun mengambil kesempatan yang tidaklah berapa nak sempat untuk balik rumah. 

Aku sedia maklum dah kalau balik hari jumaat, selepas ofis hour keadaan yang sangat sesak pasti akan terjadi di KL central stesen komuter. Kalau difikirkan keadaan ini, memang berat sangatlah kaki nak balik rumah. Tapi tak apa, bukan selalu pun aku bersesak-sesak macam ini. 


21 December 2010

Pemergiannya Terasa


mas afzal dan ibunya


Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan dengan pemergian seorang aktivis Islam yang aku kenali masa hadiri program D.I.A anjuran ataphijau. Entri yang aku pernah tulis tentang camp aku pergi dan kenapa aku tonton cerita Transformer. Dan salah seorang daripada main penceramah adalah Mas afzal. Seorang doctor tempatan yang belajar di luar Negara. Oleh kerana camp ini dianjurkan oleh pelajar Malaysia yang belajar luar negara, mas afzal ini bagaikan tidak asing untuk mereka. Insan yang selalu memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan dakwah Islam walau apa jua keadaan.


19 December 2010

Aurat : Sejauh Mana Kita Bertindak?



Sekarang ini, sudah banyak sangat artikel-artikel atau blog-blog yang menulis, mengutuk, mengeji, menunding jari, tentang aurat wanita, perilaku wanita, atupun mangsa-mangsa rogol  yakni wanita. Pendek kata, segala tentang perkara buruk yang dilakukan oleh wanita. Dan kebanyakkan yang menulis adalah dari golongan lelaki. Don’t get me wrong here. Aku bukan nak jadi feminism, tapi aku agak terkilan. Ini catatan aku. Ini pendapat aku. Aku harap ramai lelaki yang membaca.


16 December 2010

Virtual Desktop






Ada satu hari itu, abang aku cabar untuk aku explore sendiri apa itu “virtual desktop”. Sebab selalu nya apa yang aku nak tahu pasal computer, aku tanya direct je pada dia. Tapi kali ini, bila aku mintak dia ajar dia jawab mudah je, “google it!” memang tak ada peluang lah dia nak ajar aku. Jadi, aku pun curi-curi masa untuk belajar sendiri mengenai virtual desktop ini.

15 December 2010

Sikit-sikit Lama-lama Jadi Amal




Petang tadi kami berempat berkumpul membincangkan aktiviti seterusnya untuk saudara Muslim di Kemboja. Nampak baik kan? Haha.  Awal tahun 2010  yang lalu kami berkesempatan ke Siem Reap untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk sana. Lebih khusus lagi, kepada pelajar Darul Ulum. Sebelum pergi melawat ke sana, aku tertanya-tanya juga, buat apalah pergi jauh-jauh untuk tolong orang miskin, di Malaysia ini ramai lagi yang belum terbela. Tapi, ada seorang ustaz ini menerangkan betapa miskin nye mereka begini, “kalau di Malaysia, orang miskin boleh diberi pancing untuk mereka berusaha tetapi di Kemboja, pancing pun tiada untuk diberi”. Memang terjawab betul bile ustaz itu menerangkan macam itu.


Setelah aku sampai ke Kemboja, barulah aku tahu, muslim di sana agak tertindas. Al-maklumlah, Kemboja bukanlah Negara Islam yang mengutamakan orang Islam dalam pembangunannya. Rata-rata orang Islam disana perlu bantuan luar untuk mendapat pendidikan yang sempurna.


asrama pelajar Darul Ulum

Kawasan yang aku jejaki ini samalah mundurnya. Beratap rumbia dan berdindingkan getah saja. Kebanyakan penduduk kampung akan ke selatan Thai untuk berkerja disana. Ada orang bercerita, seandainya tiada wang untuk tambang pulang, mereka akan terus bekerja hingga cukup duit untuk balik. Sekolah yang aku lawati ini hasil daripada titik peluh seorang pensyarah tempatan untuk membela nasib anak bangsa. Ramai juga dermawan yang menyumbang untuk membangunkan sekolah ini.

Apa yang kami bincangkan? Kami bercadang untuk menganjurkan kelas bahasa Kemboja untuk kami sendiri. Supaya, cita-cita dan bual kosong kami untuk ke sana semula tercapai. Memang komunikasi menjadi masalah pada kami semasa menganjurkan aktiviti bersama pelajar disana. Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Khmer dan bahasa Champa. Menggelabah jugalah committee untuk menyampaikan arahan kepada para pelajar. Tapi kreativiti mereka terserlah bile arahan yang disampaikan mampu difahami oleh semua.



Di dalam masjid hasil sumbangan Ustaz Harun Din

kanak-kanak di kampung berdekatan




Pada aku, biarlah ramai orang dah mula menubuhkan NGO untuk membela nasib muslim di kemboja, aku ingin menjadi salah seorang dari mereka. Walaupun sikit, aku yakin usaha yang akan ALLAH pertimbangkan suatu hari nanti. Target kami ke sana untuk kali kedua ini berbeza sedikit. Biar pun agak jauh lagi untuk ke sana, tapi tak salah ada target kan? Kami harap kami dapat memberikan perkhidmatan pada mereka berbanding sumbangan. Kami cuba untuk membina “pancing” itu, agar suatu hari hari nanti, mereka tahu memancing. Mungkin kami akan menjadi tenaga pengajar di sekolah itu secara percuma nanti, insyaALLAH.  (^^,)V

taadaaa...

14 December 2010

Chaos




Kalau dikira secara purata, lebih kurang sebulan sudah aku tidak menulis. Siap buat entri untuk rehat lagi. Haha. Chaos. Banyak sangat yang chaos masa aku bercuti di rumah. Tapi, aku memang dah bersedia untuk menghadapi kesibukan di rumah. Cuma aku tidak pula bersedia untuk menulis entri semasa sibuk-sibuk itu. Al-maklumlah, menulis blog ini, suatu yang baru untuk aku. Kalau dulu, aku selalu juga ternanti-nanti  update dari blogger yang aku selalu blogwalking. Kadang-kadang aku fikir, mereka yang tak update blog ini, macam bukan blogger sejati. Pada aku, kalau blogger sejati tu, bila-bila masa dan apa jua keadaan pun mesti update. Tapi bila aku dah berada dalam keadaan itu, baru aku paham. Tapi, experience is the best teacher. I’ll try my best not to repeat the same mistake. 

Apa yang chaos dalam cuti aku?
                           

01 December 2010

Rehat

rancangan disney punya logo.. pinjam sekejap..

Just don't believe what am i doing right now. But, I do need time to settle all the chaos. Will definitely be right back! InsyaALLAH...~~

Intense Debate Comments