15 August 2011

Port Dickson






 
Selalu kalau aku ajak kawan datang rumah, mesti kawan-kawan akan tanya semula, “apa yang menarik ada kat PD?”. Pastilah aku jawab laut kan? Laut di Teluk Kemang dan Batu 4 memang tak boleh lawan laut di tempat lain. Sama ada di Melaka, Johor atau Terengganu sekali pun. Kalau dah nama “teluk” mestilah keadaan geografinya yang sangat best. Keadaan laut yang sentiasa airnya pasang. Sentiasa tak menjadi satu kerugian untuk orang yang tinggal jauh-jauh datang ke port Dickson hanya untuk mandi laut di teluk kemang kerana air laut yang sentiasa pasang. Kalau di batu 4, agak berjudi sikit. Sebab ada masanya air akan surut nun jauh ke tengah. Tapi berkejar-kejar dengan ketam-ketam kecik pon ok what? Ketawa. Memang tak ok, sebab agak kegelian kaki terpijak pasir laut yang ada lubang ketam-ketam tuh. Tapi lokasi laut di batu 4 agak strategic kerana berdekatan dengan pasar malam dan deretan kedai yang sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong.






Kenapa laut di PD best? Entah. Aku orang Port Dickson, tapi bukanlah bermakna mandi laut menjadi agenda utama bila di rumah. Tapi mungkin sebab Port Dickson dah di gazetkan menjadi pusat perlancongan, jadi banyak kemudahan dan keistimewaan di bina. Seperti wakaf dan bangku duduk, kedai-kedai cendrahati, maintenance kebersihan dan lain-lain. Kalau hujung minggu sedia maklumlah orang port Dickson malas nak keluar rumah sebab kan kereta orang luar yang melimpah banyaknya. 

Masalah kelengangan di port Dickson akan terjadi macam sekarang ni lah, bulan ramadhan. Macam pelik bila Dataran Kemang agak banyak parking pada hari Sabtu dan Ahad.  Jadi, kalau kawan nak datang melawat Port Dickson di bulan ramadhan ni, mana pula nak bawa ye? 







Muzium tentera terbaik. Walaupun bulan puasa dan agak mendahagakan kalau berjalan banyak, muzium nih taklah mudah terasa bosannya dan rentetan perkembangan kemerdekaan Malaysia memang layan habis ar.





Kereta kebal bleh pilih nak model yang mana. Terowong bawah tanah lagi menambahkan excitement journey. Macam real tuh. Kalau dulu, fikiran aku jumud dengan muzium-muzium yang stereotaip seni bina dia. Boring dan banyak info yang perlu dibaca. Tapi kali ini lebih interactive dan menarik. Personal opinion.

 






















lawatan sambil belajar di tempat sendiri. 

Kalau bukan sebab kawan-kawan yang datang ke Port Dickson, tiada sebab untuk aku ke tempat yang sama sebanyak 2 kali ni.


Tak tahu kenapa entri kali ini macam nak promote muzium tentera darat di Port Dickson. Mungkin sebab semangat kemerdekaan pada bulan ini dan juga peristiwa temuduga UPNM. Hurmm..



Terima kasih pada kak Aneeq yang sudi meluangkan weekend dirumah yang tak seberapa ini. (^^,)  



Moh poie Pee Dee !!!








No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments