13 April 2011

Bila Kita DiUji






Lepas satu, satu hal yang perlu dihadapi. Ada orang kata, hidup ini hanyalah menyelesaikan masalah. Kalau kat dunia ini dah tak ada masalah untuk di selesaikan, tak perlu lah kita hidup. Entah. Aku tak tahu. Dengan suasana kampus yang semakin kosong, kegusaran result-result exam yang aku dah buat, keadaan yang berminggu-minggu dah tak balik rumah, dan cuaca yang selalu mendung. Aku bersedih.



Tak layak ke untuk bersedih? Memang airmata dicipta untuk tujuan menangis kan? Bila kita mengeluh, pasti orang akan kuatkan kita dengan contoh-contoh musibah yang lebih besar menimpa orang lain. Tapi bila bergelak sakan, orang kata ketawa itu akan gelapkan hati. Arrghh, ada je alasan untuk semua perbuatan aku.

Kalau selalu baca Al-Mathurat, ada bait-bait doa yang mengatakan “tidak ALLAH menguji hambanya di luar kemampuannya”. Jadi, aku deserve untuk bersedih dengan dugaan yang diberikan pada aku. Dan andai kata aku tak mampu bersedih untuk dugaan orang lain, jangan salahkan aku, kerana dugaan itu hanya layak dan sesuai untuk dia.





Ada kata-kata para sahabat Nabi yang mengatakan “antara ibadah yang mudah adalah bermanis muka apabila bertemu dengan saudaranya.”  Yup, perlu diamalkan selain daripada awet muda, kita tak dilabel sebagai sombong. Tapi, untuk aku sekarang, bermanis muka dan selalu riang dihadapan kawan-kawan membuatkan tak ada sesiapa yang detect akan masalah yang di hadapi.  

Ah, buat apa memperbesarkan hal kecik. Masalah akan menjadi mudah kalau difikiran kita ianya adalah mudah. Orang yang berhati kecik akan memandang setiap masalah adalah besar, tetapi orang yang berhati besar memandang masalah adalah peluang. Huh, berkata tak semudah melakukan. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul!





Sememangnya nasihat adalah kata-kata yang kita sudah sedia tahu, namun perlu disampaikan berulang kali oleh orang lain. Itulah baru namanya nasihat. Nasihat perlu dicari atau diberi dan ditabur pada tempatnya? Kalau perlu dicari, nak cari kat mana. Tapi kalau perlu ditabur, mana nak tahu di mana perlu di tabur? Bila kita bersedih dan menyalahkan takdir, jauh disudut hati, kita sendiri akan berhujah dengan fikiran negative itu. Dan kadang-kadang, kita sendiri ada jawapan untuk semua masalah kita. Tapi kalau kita lemah, kita akan kalah. Maka bersorak gembiralah syaitan-syaitan yang berjaya menghasut sekeping daging, hati.  

Ah, menyerabutkan kepala otak dengan bisikan-bisikan halus syaitan yang sentiasa mengundah-gulanakan fikiran, mengganggu ketenteraman hati, berputus asa dengan rahmat tuhan. Berputus asa? 

Takkan !




“Allah itu lebih dekat dari urat leher kita
dan perhatianNya tidak pernah terputus walaupun sesaat
Sesungguhnya, Dia tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita
kecuali menggantikan dengan yang lebih baik
namun itu terjadi apabila kita redha dengan segala ketentuan
yang telah ditakdirkan..."




Maaf, entri serabut. Aku bersedih……………….










Passion 125 rosak lagi. Dah 2 minggu di bengkel, bila pergi melawat, katanya  RM400 paling kurang.






*sigh
















No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments