08 March 2011

PART 2: Kerana Cinta itu Tidak Buta



Lepas  je entri kerana cinta itu tidak buta part 1, aku mulalah terfikir. Aku kene update kisah abang aku nih sampai beranak pinak ke ? Sebab kalau dah ada part 1 mestilah ada part 2 dan seterusnye, kalau tak tak payahlah tulis part 1 kan? Entahlah. Ikutlah sampai mana nak cerita.  Manalah tahu, nanti dapat anak buah, kegembiraan nak diungkap dalam blog ni, boleh lah teruskan numbering kat bahagian part tuh.



So, 5th disember 2010 kenduri kat rumah aku pula. 1st time family aku buat kenduri kawin. Penatnye. Rumah dah macam R&R yang macam setiap masa ada je orang nak datang. Tak kisah lah dari yang memasang khemah, yang memotong bawang, yang menggoreng bawang sampailah ke kanak-kanak yang hanya memeriahkan dan menggawatkan suasana.  

ok, mereka bukan kanak-kanak~~

Aku memainkan peranan sebagai antara orang penting juga dalam kenduri ni. Al-maklumlah, adik pengantin. Ececece. Semua akan ditanya pada aku. Kat mane bawang? Berapa nak kena kopek kulit. Berapa banyak halia nak kene racik. Dan sebagainye. Macamlah aku tahu sangat. Padahal tukang masak yang order semuanya.










Apa yang seronok sangat berkenduri ni? Penatnye, mashaALLAH. Habis je kenduri mesti kata nak catering je lah next time. Nak buat kat dewan jelah lain kali. Nak beli siap jelah goodie bag. Tak pun, nak kenduri doa selamat jelah. Haha. Tapi, bila rumah dah siap kemas, keadaan kembali kepada normal semula, mesti mak ayah pengantin ni senyum lebar sebab dah berjaya buat satu majlis yang akan dikenang oleh sebuah keluarga baru sampai ke anak cucu. Agaknya lah.





Barakallahulakum. Pagi hari lansung, ada majlis khatam quran. Biasanye belah perempuan yang buat majlis khatam quran. Tapi, atas permintaan umie yang mahukan anak-anak dia adakan majlis khatam quran semasa hari perkahwinan, abang ikutkan je. Apa signifikasinye majlis ni ek? Aku pun tak pastilah. Tapi mungkin orang dulu-dulu nak confirmkan pengantin tahu atau selesai membaca quran sebelum mendirikan rumah tangga dan menggalas tangunggungjwab yang lebih besar.  











Haha, before sampai ke kemuncak hari lansung ini, ada satu perkara yang macam tak boleh dimaafkan bila terjadi hari lansung ini. Huhu. Macam membuka aib pula. Tapi, ok je kalau dijadikan sempadan kami sekeluarga. Boleh pula, bekas telur untuk tetamu tak cukup. Kalau ikut kan budget tetamu dalam 1000 orang. Tapi bekas telur yang ada cume 200 je. Menggelabah seisi rumah. Takkan nak bagi telur bulat-bulat macam tu je kan? Last plan, kalau tak dapat jugak beli di mana-mana kedai, nak bungkus pakai tisu je. Macam dulu-dulu.



  
Tapi, Alhamdulillah, ada sepupu yang baru juga melansungkan perkahwinan ada lebih-lebih. Jimat dah kat situ. Kelakar pula. Orang kedai yang salah atau orang yang order yang salah? Yang penting aku tak terlibat.




Tema kenduri ini hitam putih. Jadi, ramailah sedara mara yang berhitam putih. Tapi tiba-tiba, pengantin tak hitam putih pon. Ikut dan je pengantin ni nak pakai warna apa. Heish.. ! Tambahan pula, kenduri ini tak ada pelamin, jadi pengantin buat ikut suka je nak match dengan colour apa. Terpulanglah, raja sehari.

ok, pengantin buncit.. hahah


 
Pada aku, yang sangat menyoronokkan yang ada pada majlis perkahwinan adalah pengumpulan sahabat handai, sanak saudara. Semuanya datang untuk meraikan dua mempelai yang mendirikan rumah tangga. Adanye majlis yang macam ini, seakan-akan mengeratkan semula hubungan yang terputus, cari semula  kawan-kawan lama untuk mengkhabarkan berita gembira. Baik dari mak ayah pengantin ataupun pengantin itu sendiri. Adik pengantin? Tunggu turn jelah. 


sahabat handai


exschool mates dan pengetua 


 Tak tahu dah nak cerita apa. Just enjoy the pictures.


orang ramai



pakcik, ayah, pakcik, pakcik




So, that is it ! mungkin tak banyak gambar dalam entri ini seperti entri orang kawin yang lain-lain. Pada aku gambar agak privacy sikit. Cukuplah sedikit perkongsian yang tak seberapa dari aku. (^^,)






No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments