“What??!! U nak hantar I balik?! Agak-agak, la U. Setakat naik motor turun temurun dari abang sulung U. Sekarang U adik ke empat. Lagipun Honda wave je kot. Kalau BMW 5 siries ke, Toyota Vios ke, paling cikai pun Satria Neo ar. Tue pun kene lah ada driver, bolehlah kite borak kat belakang. Tak naklah. U naik lah motor U. I rela jalan kaki je. Lagipun hostel I 200 meter je. Kalau hari-hari I lari ulang alik dah boleh wakil Negara dah track field 200 meter. Johan agaknye”
Ok, first time sketsa dalam blog. Mungkin phentomen.Mungkin ada unsur bongkak, sombong atau poyo atau demand tinggi mungkin. Tapi bukankah bagus kalau semua sifat ini ada untuk seorang gadis sunti menolak ajakkan kawan lelaki untuk naik motor berdua kan? Aku rasa, soal bongkak, sombong atau poyo yang sebegini harus ada untuk lebih memartabatkan standard seorang perempuan itu di mata mana-mana lelaki. Hello? Kami bukan alat yang boleh bawa ke hulu ke hilir untuk kaum lelaki ni berseronok-seronok, ok.
Hahaha. Aku memang suka betul isu-isu gejala social yang berkaitan dengan gender. Macam inilah salah satunya. Gender mana nak disalahkan. Pada orang lain mungkin ini bukan masalah social yang boleh sampai masuk court. “bukanya aku boleh termengandung kalau naik motor dengan mamat tuh”. Dush, dush. Padan muka aku. Sapa suruh jolok sarang tebuan. Dah sah-sah orang tengah hangat bercinta nak gie tegur-tegur pulak.
Inilah masalah kita. Masalah aku jugak. Mencari segala hikmah yang ada untuk aku tegur, bagi amaran atau nasihat kawan-kawan yang sangatlah gemar naik motor dengan mamat mana entah. Pakwe diorang lah. Last-last kita hanya diam dan seolah-olah setuju dengan tindak-tanduk diorang. Aku pun tak tahu. Mungkin sebab aku ada passion 125 aku, sebab tulah aku tak terhingin nak naik Honda wave mamat lain kan? Cuba kalau tak ada. Erkk..
Kali ini tak nak sembang panjang. Sebab semua orang boleh boleh pikir apa yang patut dan apa yang tak patut. Kalau rasa 200 meter berjalan kaki itu lebih perit dari azab neraka, teruskanlah. Mungkin itu yang terbaik. Kita memang akan sentiasa mencari alasan atas segala hukum agama untuk memuaskan hati kita dan kesenangan kita. Islam itu mudah, tapi bukan untuk dimudah-mudahkan.
Sampai disini saja dan selamat beramal ! (^^,)V
No comments:
Post a Comment