14 January 2011

Homesick





Yup, aku homesick [nokhtah]

Haha. Ada juga kawan-kawan yang tegur, takkan dah tua-tua pun homesick jugak? Eh, mestilah homesick sampai ke tua. Kalau dah tak homesick, maknanye dah tak ada lah perasaan rindu kat kampung halaman. Tapi mungkin tahap kerinduan kita dirumah itu berbeza-beza. Dan ianya dibeza-bezakan pula dengan aktiviti harian.





Ada je kawan-kawan aku yang lansung tak balik rumah satu sem. Sibuk katanya. Tak tahulah sibuk apa. Berpersatuanlah, berpolitiklah, mengembaralah. Dan aku tak tahu dimana letaknya kerinduan dia pada rumah. Tipulah kalau dia lansung tak ada perasaan rindu itu. Tapi mungkin cara dia menguruskan rindu itu lain. Mungkin kawan aku ini bukan jenis yang mengekspresikan diri mereka. Ataupun, kat rumah mereka tak ada apa pun yang hendak dirindukan. Ada juga kawan aku yang balik rumah tiap-tiap minggu. Kes ini memang aku jeles betul. Tapi mereka ini spesies yang belajar dekat-dekat dengan rumah. Sampai ke tertiary education pun kat sebelah rumah. Haha. Semuanye assumption aku saje.

Persoalannye sekarang, salah ke kalau homesick. Adakah bile dah kita free gile-gile baru rasa nak balik rumah? Takkan nak tunggu ada artis kat rumah kita baru kita rasa nak balik rumah? Sebab ada kawan aku respon “kat rumah ada mak ayah je pon”. Erkk?? Dah tu, nak tunggu tak ada mak ayah kat rumah baru nak balik rumah? Tapi aku taklah jawab balik kat dia macam tu. Kang meraung pula dia terus beli tiket balik rumah. Haha.

Aku rasa banyak faktor membuatkan perasan homesick itu berlainan antara kita. Kalau aku sendiri, aku memang sejak kecik duduk rumah. Tak ke asrama ataupun jadi anak angkat orang lain. Bile masuk university barulah merasa jauh dari rumah. Bile dah 2 3 minggu tak balik rumah mulalah rasa macam-macam. Segala-galanya tak kena. Self esteem turun lah, self confidence hilanglah, rindu masakan mak lah, tak pun alasan paling nak menyorok, rindu kucing kat rumah. Eish! Jujurlah, aku rindu kat mak aku. Haha. Bila tiap-tiap hari kita bersama mak kita, mak kita ada je sentiasa untuk dengar masalah kita, tiba-tiba mak kita jauh dari kita. Macam mana? Tiba-tiba tak ada tersiap makanan atas meja. Biar pun bukan hari-hari kita spend masa dengan mak kita kan. Tapi kebersamaan itu yang terasa bila tak ada disisi. Nak-nak lagi yang anak dara. Waktu-waktu bujang ini sajelah nak mencurahkan segala rasa kasih pada mak. Nanti dah bersuami, lain pula cerita.



Mungkin masalah kewangan juga jadi factor tambahan. Biasalah, student. Kalau nak beli tiket pergi balik tu, bercinta kot! Nak-nak lagi yang tinggal kat utara atau sabah Sarawak. Jangan cerita yang belajar kat overseas pulak. Hati memang nak sangat balik, tapi keadaan menyebabkan kita tolak tepi je perasaan itu. Video conference sudah! 

Kalau lelaki boleh homesick tak? Aku rasa okey je homesick. Tapi tak payah lah berlebih-lebih. Itu dah jadi manja pula. Aku rasa perempuan lagi suka lelaki yang mengutamakan keluarga. Kalau dengan keluarga yang dia born with pun dia sangat mengutamakan, pastilah nanti dengan keluarga yang dia bina pun dia hargai. Tapi tak tahulah kalau sebaliknya. Lelaki kan perlu mengutamakan keluarga. Especially, mak dia. 

Kalau nak disinonimkan dengan life aku, waktu-waktu bujang inilah  masa untuk spend masa dengan keluarga, terutamanya dengan mak ayah. Kalau masa belajar ini kita bagi alasan sibuk, banyak assignment nak kene buat, tak ada masa dan sebagainya, nanti masa kerja nak bagi alasan apa pula? Kalau nak tunggu masa lapang, cuti jelah maknanya. Setahun adalah dalam sebulan ke dua bulan. Agak-agak, cukup ke? Kepada yang berkemampuan untuk balik tu, janganlah mencari alasan leceh pulang ke rumah. Memanglah mak ayah itu tak pula merayu-rayu suruh kita balik. Tapi, faham-fahamlah tanggungjwab sendiri. Hanya dengan melihat wajah ibu bapa je boleh dapat pahala. Senang kan? (^^,)V

1 comment:

Intense Debate Comments