mas afzal dan ibunya |
Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan dengan pemergian seorang aktivis Islam yang aku kenali masa hadiri program D.I.A anjuran ataphijau. Entri yang aku pernah tulis tentang camp aku pergi dan kenapa aku tonton cerita Transformer. Dan salah seorang daripada main penceramah adalah Mas afzal. Seorang doctor tempatan yang belajar di luar Negara. Oleh kerana camp ini dianjurkan oleh pelajar Malaysia yang belajar luar negara, mas afzal ini bagaikan tidak asing untuk mereka. Insan yang selalu memberikan kata-kata semangat untuk meneruskan perjuangan dakwah Islam walau apa jua keadaan.
Antara kata-kata beliau yang aku berlegar-legar dalam kepala otak ini adalah, dia pernah berpesan untuk mengambil tahu tentang apa saja yang berlaku dalam dunia ini. Walaupun sikit je maklumatnye. Termasuklah dunia hiburan. Dia sarankan untuk kita tahu, siapa yang menang AF. Siapa yang tercalon dalam pilihan raya. Artis mana yang berkahwin dengan ahli politik. Semua ini berguna kalau kita tahu. Tahu bukan bermakna fanatic. Tahu sikit-sikit je. Jadi, kalau orang cakap atau bertanya tentang keadaan dan permashalatan, sedikit sebanyak kita boleh bantu.
Satu perkara yang aku impress setelah pemergian dia, aku rasa seluruh dunia merasainya. Lebih-lebih lagi Malaysia lah. Ramai pelajar luar Negara yang kenal dia. Dari UK, Ireland, Kork. Termasuklah dalam blog saifulislam pun ada satu entri tentang pemergian nya. Dia juga antara penulis ILUVISLAM. Ada satu tulisan dia mengenai camp D.I.A di ILUVISLAM.
poster rasmi D.I.A |
Dia jugalah yang membuka minda aku untuk mengkaji siapakah itu Kamal Attaturk yang menghilangkan jejak tamadun Islam di Turki. Aku semakin ingin tahu, siapalah si Kamal ini. Dan aku sedar, semakin aku tahu musuh Islam, semakin aku cintakan Islam. Aku juga lebih mengenali penubuhan Ikhwan, tokoh Syed Al-Kutub, Hassan Al Banna dan tokoh wanita, Zainab Al-Ghazali. Yup, memang aku tahu sikit-sikit je. But, at least, aku pernah tahu pasal tokoh Islam ini.
Aku baru sekali jumpa dia. Macam mana pula orang lain yang selalu jumpa dia. Mesti lagi banyak perkara yang boleh belajar. Hal Islam satu hal, hal untuk menghadapi hidup dengan kata-kata doctor “u only have few years to live,” itu hal yang lain. Dalam pada kesusahan dia melawan penyakit yang membarah dalam diri dia, dia masih sempat menabur jasa untuk Islam dan ummah. Kita macam mana? Sihat wa’afiat pun malas nak pergi usrah.
Cubalah baca blog dia sementara masih ada ini. Banyak sangat kata-kata semangat untuk kita terus maju dalam hidup. Janganlah rasa kehidupan atau keadaan kita dah cukup susah sebelum kita tahu masalah orang lain yang lagi besar dugaan nya.
No comments:
Post a Comment