Petang tadi kami berempat berkumpul membincangkan aktiviti seterusnya untuk saudara Muslim di Kemboja. Nampak baik kan? Haha. Awal tahun 2010 yang lalu kami berkesempatan ke Siem Reap untuk melawat dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk sana. Lebih khusus lagi, kepada pelajar Darul Ulum. Sebelum pergi melawat ke sana, aku tertanya-tanya juga, buat apalah pergi jauh-jauh untuk tolong orang miskin, di Malaysia ini ramai lagi yang belum terbela. Tapi, ada seorang ustaz ini menerangkan betapa miskin nye mereka begini, “kalau di Malaysia, orang miskin boleh diberi pancing untuk mereka berusaha tetapi di Kemboja, pancing pun tiada untuk diberi”. Memang terjawab betul bile ustaz itu menerangkan macam itu.
Setelah aku sampai ke Kemboja, barulah aku tahu, muslim di sana agak tertindas. Al-maklumlah, Kemboja bukanlah Negara Islam yang mengutamakan orang Islam dalam pembangunannya. Rata-rata orang Islam disana perlu bantuan luar untuk mendapat pendidikan yang sempurna.
asrama pelajar Darul Ulum |
Kawasan yang aku jejaki ini samalah mundurnya. Beratap rumbia dan berdindingkan getah saja. Kebanyakan penduduk kampung akan ke selatan Thai untuk berkerja disana. Ada orang bercerita, seandainya tiada wang untuk tambang pulang, mereka akan terus bekerja hingga cukup duit untuk balik. Sekolah yang aku lawati ini hasil daripada titik peluh seorang pensyarah tempatan untuk membela nasib anak bangsa. Ramai juga dermawan yang menyumbang untuk membangunkan sekolah ini.
Apa yang kami bincangkan? Kami bercadang untuk menganjurkan kelas bahasa Kemboja untuk kami sendiri. Supaya, cita-cita dan bual kosong kami untuk ke sana semula tercapai. Memang komunikasi menjadi masalah pada kami semasa menganjurkan aktiviti bersama pelajar disana. Bahasa yang mereka gunakan adalah bahasa Khmer dan bahasa Champa. Menggelabah jugalah committee untuk menyampaikan arahan kepada para pelajar. Tapi kreativiti mereka terserlah bile arahan yang disampaikan mampu difahami oleh semua.
Di dalam masjid hasil sumbangan Ustaz Harun Din |
kanak-kanak di kampung berdekatan |
Pada aku, biarlah ramai orang dah mula menubuhkan NGO untuk membela nasib muslim di kemboja, aku ingin menjadi salah seorang dari mereka. Walaupun sikit, aku yakin usaha yang akan ALLAH pertimbangkan suatu hari nanti. Target kami ke sana untuk kali kedua ini berbeza sedikit. Biar pun agak jauh lagi untuk ke sana, tapi tak salah ada target kan? Kami harap kami dapat memberikan perkhidmatan pada mereka berbanding sumbangan. Kami cuba untuk membina “pancing” itu, agar suatu hari hari nanti, mereka tahu memancing. Mungkin kami akan menjadi tenaga pengajar di sekolah itu secara percuma nanti, insyaALLAH. (^^,)V
taadaaa... |
No comments:
Post a Comment