Sekarang ini, sudah banyak sangat artikel-artikel atau blog-blog yang menulis, mengutuk, mengeji, menunding jari, tentang aurat wanita, perilaku wanita, atupun mangsa-mangsa rogol yakni wanita. Pendek kata, segala tentang perkara buruk yang dilakukan oleh wanita. Dan kebanyakkan yang menulis adalah dari golongan lelaki. Don’t get me wrong here. Aku bukan nak jadi feminism, tapi aku agak terkilan. Ini catatan aku. Ini pendapat aku. Aku harap ramai lelaki yang membaca.
Semua lelaki tahu aurat wanita. Semua lelaki tahu yang wanitalah yang perlu banyak menutup bahagian anggota badannya berbanding lelaki. Wanita juga lebih lemah dan emosi daripada lelaki. Wanita juga adalah pelengkap lelaki. Pernah atau tidak seorang lelaki itu memikirkan berapa ramai wanita di bawah jagaannya? Kadang-kadang bila seorang lelaki itu hampir untuk akad nikah, akan keluarlah kata-kata seperti ini, “sudah kutemui tulang rusuk yang hilang.” Wah, sampai macam itu sekali menghargai wanita yang akan menjadi penyeri hidup mereka.
Tapi, bila adanya kes-kes rogol, sexual harassment, meraba, cabul, culik, ataupun ragut semuanya terus menunding jari menyalahkan wanita.
“sapa suruh pakai ketat-ketat”
“tak malu! Pakai lagi skirt pendek, kan dah kene”
“nama je pakai tudung, tapi baju ketat”
“dah tau malam, nape jalan sorang-sorang”
“mesti perempuan itu yang menggedik kat lelaki tu.”
“pakai handbag nak bergaya je.”
Eish, kalau semua orang cakap macam ini, tak sudahlah. Masalah ini akan terus membarah di dalam masyarakat kita kan? Pernah tak kita fikir, tulang rusuk siapalah yang diperlakukan seperti ini. Masa ini, semua orang sibuk tunding jari. Semua sudah tak nak mengaku bersalah, termasuklah PEROGOL itu sendiri.
Ya, PEROGOL pun sudah tak mengaku bersalah. Biarpun dah bersumpah dalam mahkamah. Jadi, siapa perogol itu? Lelaki kan? Takkan lah ada pula perogol wanita. Jadi, siapa yang bersalah sekarang. Bukan lelaki ke? Memang akan ada suara yang berkata, “dia yang pakai seksi, manalah lelaki tak tergoda.” But still, dalam amatan aku lelaki itu tetap bersalah kerana merogol. Perempuan yang seksi berpakaian perlulah diasuh dan dididik bukanya dirogol. Kan? Tetapi lelaki yang merogol, perlu dihukum. Setakat ini, berapa ramai je yang kita dengar perogol ditangkap dan dihukum? Adalah 2 3 kali dalam setahun. Itu pun kalau kes-kes yang dahsyat. Dan aku sangat pasti, mangsa rogol berlipat kali ganda jumlahnya berbanding perogol. Setuju?
Itu kes rogol, kalau kes anak luar nikah lain pulak ceritanya. Selalunya lah kan, bila sebut je anak luar nikah, mesti kita bayangkan perempuan hina yang terdesak untuk jaga anak, jalan perlahan-lahan sebab bersalin dalam keadaan yang tidak sempurna, kan? Jarang sekali kita bayangkan seorang lelaki yang pandai menabur janji, bermulut manis, bersuara lembut, memujuk rayu seorang wanita yang memang dari azali lagi semua setuju iaitu, makhluk yang lemah dan lembut. Mudah di perdaya dan mudah juga kasihankan seseorang.
Bukan aku ingin terus menyalahkan lelaki. Ada bahagian yang sememangnya wanita yang bersalah. Namun, dunia seakan-akan berlaku tidak kisah dengan hanya menyalahkan dan membuatkan wanita terus rasa bersalah dan takut. Cuba kita fikir, pereka baju terkenal, membikin filem terkenal, photographer terhebat ataupun majority memimpin negara. Semua lelaki. Siapa yang mempromosikan wanita yang terdedah auratnya? Siapa yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan dan kejatuhan wanita? Siapa yang tidak membela wanita selain wanita itu sendiri?
Pada aku, pendapat aku, marilah kita mendidik lelaki. Mendidik lelaki untuk menjaga wanita dengan lebih baik. Menegur wanita disekeliling. Buatlah lebih banyak entri menyeru lelaki lebih bertanggung jawab terhadap wanita diseliling. Janganlah hanya terus-terusan mewar-warkan gambar-gambar wanita yang kurang sopan atau terdedah aurat mereka di blog untuk kononnya sebagai pengajaran. Kalau betul gambar perlu sebagai contoh, mengapa Al-Quran tak bergambar atau berilustrasi pula?
google.com |
Tepuk dada tanya iman, sebenarnya tahukah seorang lelaki, wanita mana yang menjadi tanggungjawab mereka? Wanita mana yang boleh mengheret dia sama ke neraka? Wanita mana yang harus dipesan-pesan, ditegur-tegur, dimarah-marah dek kerana perangai yang tidak senonoh. Setiap wanita didunia ini, pasti ada lelaki yang bertanggungjawab untuk menjaganya.
Berkeraslah dengan anak dara anda, ajarlah pernuh hikmah isteri anda, nasihatilah ibu anda, tunjukkan yang benar pada adik dan kakak anda. Pada zaman dan ketika ini, sememangnya wanita seolah-olah alat je pada lelaki. Disepak-sepak, dipaksa-paksa, dipertonton, dan sebagainya. Aku pun sedar, wanita seolah meletakkan martabat diri sendiri sangat rendah, sedangkan Islam tidak pernah merendahkan kedudukan wanita. Bantulah kami wahai kaum Adam. Tegurlah kami secara berhikmah, penuhilah dadamu dengan keimanan dan ilmu untuk mendidik kami. Ketahuilah batas-batas pergaulan yang perlu di jaga agar mudah untuk menasihati wanita. Kalau bukan dengan didikan, bayangan calon isteri solehah yang engkau idam-idamkan pasti berkurangan atau tak ada lagi. kerana, kesemua calon isteri itu adalah lahir daripada seorang wanita juga.
No comments:
Post a Comment