Sudah 2 minggu kulliyah start. Weekend kedua barulah berpeluang untuk balik rumah. Menjenguk umi dan ayah di rumah. Melihat wajah ibubapa antara 5 perkara yang apabila kita lihat, kita dapat pahala. Mudah kan? Jadi, aku pun mengambil kesempatan yang tidaklah berapa nak sempat untuk balik rumah.
Aku sedia maklum dah kalau balik hari jumaat, selepas ofis hour keadaan yang sangat sesak pasti akan terjadi di KL central stesen komuter. Kalau difikirkan keadaan ini, memang berat sangatlah kaki nak balik rumah. Tapi tak apa, bukan selalu pun aku bersesak-sesak macam ini.
Sudah nak masuk 4 tahun aku gunakan servis komuter ini. Keadaan tetap sama. Sesak. Sesak. Sesak. Aku tak tahulah siapa yang perlu bertangunggjawab dalam hal ini. Tapi yang aku pasti, belum ada perubahan yang boleh membuatkan komuter ini tak lagi sesak macam sekarang ini. Kalaulah komuter ini terkeluar landasan ataupun lost control, impak yang sangat besar untuk orang yang bersempit dalamnya.
Sempitnya sehinggakan aku tak perlu pegang apa-apa untuk menahan diri dari jatuh. Nasib baik sekarang dah ada coach untuk wanita. Kalau dulu lagi lah teruknya. Bersempit-sempit dengan lelaki-lelaki mana entah. Sampai nak bernafas perlu dongak ke atas. Ini penjelasan untuk orang yang tak pernah naik komuter pada peak hours. Ketahuilah bahawa komuter pada waktu-waktu ini sangatlah menyakitkan hati. Tak perlulah nak cuba sebab akan menysahkan orang lain yang betul-betul nak naik komuter waktu itu. Jadi apa yang perlu kita buat?
Dari dulu aku fikir, kenapalah kerajaan tak buat apa-apa? Tapi sekarang aku rasa aku perlu tukar pemikiran aku, kenapalah aku tak buat apa-apa? Apa sebenarnya kesedaran yang boleh aku buat untuk benda ini berubah. Aku bukannya kaya nak sponsor lagi 2 3 buah train untuk komuter ini. Aku juga bukan pencatat laporan budjet negara tiap-tiap tahun. Dah tu?
Tetap, aku percaya walaupun sikit je perubahan yang kita buat dan tidak memberi impak yang jelas dan besar, cukuplah ianya memberi kesenangan kepada beberapa orang. Antara nya
1. 1. Janganlah tolak-tolak orang masa nak masuk. Walaupun kita juga ada hak yang sama untuk naik, tetapi apalah salahnya beralah dengan orang lain. Nak-nak lagi orang yang lebih tua atau perempuan. Kalau dah habis sebab nak beralah dengan orang, pikirlah macam ini, “apalah salahnya aku beralah dengan orang yang bodoh dari aku” (agak kasar fikiran itu).
2.
2. Penuhkan ruang tengah. Sebab takut tak dapat nak keluar agaknya, semua tertumpu di depan pintu masuk. Kalau macam ini, kuranglah orang yang boleh naik. Itulah sebabnya jadi point yang pertama tadi.
3.
3. Point ini khas untuk lelaki. JANGAN SESEKALI MASUK KOC WANITA. Tak kisahlah apa alasan anda. Dah memang terang dan pink lagi poster kat setiap tingkap koc tengah tu. Tetapi pasti ada je lelaki yang masuk dan DUDUK di dalam itu. Tak malu? Tak jantan? Tak paham? Tak reti baca? Tak tahulah aku.
4.
4. Warga tua, perempuan mengandung. Bagilah lah mereka ni duduk. Kanak-kanak tak apa, mereka ini banyak tenaga lagi. haha. Memanglah nampak poyo baik kalau buat macam ini. Tapi kalau apa-apa jadi kat mereka ini masa berdiri macam mana? Mahunya rasa bersalah seumur hidup. Pedulikan orang lain. Cuba kita bayangkan kalau mak ayah kita yang naik komuter bersesak-sesak tak dapat duduk. Tak pun, isteri atau adik kita mengandung tak dapat duduk. Kesian!
5. Lastly nak cerita, jangan lah pentingkan diri sendiri naik public ini. Nama pun public transport, sharing is caring. Kalau ada tiang pemegang tu, jangan pergi bersandar satu badan pula. Macam manalah orang lain nak pegang. Kang tersalah pegang, marah pula. Dah tahu orang nak keluar, bagilah ruang. Ini tak, berdiri keras je depan pintu. Kalau bawa beg besar pandai-pandailah letak bawah kerusi, ini biar je tengah-tengah jalan. Dahlah makan space. Rasanya beg tak bayar duit tiket untuk dapat space kan?
Actually, apa yang aku cuba sampaikan ini semuanya oang dah tahu. Semua orang di dunia ini ada je perasaan baik dan bersopan santun. Common sense kan? Tapi, biasalah, melayu mudah lupa. Mestilah diingat-ingatkan. (^^,)V
No comments:
Post a Comment