27 December 2010

Pendidikan Seks : Wajar?





Nabi bersabda, “Sungguh, kamu akan mengikuti (dan meniru) tradisi umat-umat sebelum kamu, bagaikan bulu anak panah yang serupa dengan bulu anak panah lainnya. Sampai kalaupun mereka masuk ke lubang dhob niscaya kamu akan masuk ke dalamnya pula.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, orang-orang Yahudi dan Nasranikah?” Beliau menjawab, “Lalu siapa lagi.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Pagi tadi, bangun saja dari tidur hati aku terus tak tenang. Aku rasa gelisah memikirkan apa yang akan jadi dalam 5 hingga 6 tahun akan datang. Ini semua gara-gara aku stay up, blog walking. Ditakdirkan aku jumpa satu blog yang menceritakan kewajaran pendidikan seks disekolah. Masuk entri itu, dah dua kali penulis bercerita pasal ini. Kali ini gambar yang dipaparkan sangat terbayang-bayang di dalam otak aku ini. Blog ini memang agak politik sikit. Tapi aku ambik the positif side. Tak pula ikut mana-mana pihak. Aku tak nak linkkan blog dia. Sebab aku rasa banyak entri dia yang agak keterlaluan. Tapi entri itu, sangat merisaukan aku. 





Pada tahun 2011, seawal tahun satu akan di serapkan pendidikan seks dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Ianya meliputi 75% daripada subjek itu. Aku tertanya-tanya, apa syllabus yang akan dirangka untuk subjek ini. Mungkin  fikiran aku tak terbuka secara rasionalnya untuk memikirkan sukatan pelajaran untuk subjek macam ini. Tapi kalau melalui nama subjek itu sendiri, jelas! Nasib baik adik-adik aku semua dah tamat sekolah rendah. Tapi anak-anak aku nanti? Generasi anak-anak kita?

Perkara pertama yang aku risau untuk jangka masa pendek ini ialah, boleh ke aku bergurau senda lagi dengan sepupu sepupu aku yang umur dalam 6 hingga 10 tahun itu? Aku takut, lain pula yang diorang takrifkan. Kemudian, kalau kita buat congakkan, cikgu-cikgu muda hari ini adalah daripada generasi remaja 5-10 tahun yang lepas (let’s say). Pada tahun-tahun yang sememangnya masalah social dah semakin menular dalam masyarakat kita. Tak mustahil, cikgu-cikgu ini juga pernah terlibat dengan masalah social, menonton video lucah, merokok, bergaul bebas, merempit dan sebagainya. Walaupun tak semua, tapi, aku bercakap berdasarkan pengalaman. Sudah bersedia ke kita nak lepaskan kepada mereka ini yang mendidik anak-anak kita? 

Apa puncanya pendidikan seks ini diwujudkan? Melalui amatan aku, ini adalah antara langkah dalam membasmi masalah seks rambang, anak luar nikah, dan juga sumbang mahram. Betul ke dapat menyelesaikan masalah?  Aku masih ragu. Kenapa pendidikan seks? Kenapa bukan pendidikan agama. Kenapa tidak dijadikan pendidikan agama itu termasuk dalam subjek wajib UPSR (yang kata nak dimansuhkan itu).

 Sesungguhnya, Islam itu bukan datang untuk merawat, tetapi, Islam datang untuk mencegah. Turunlah ke lapangan untuk jenguk berapa ramai umat Islam yang tak solat dan tak pernah didik anak-anak mereka untuk bersolat. Berapa ramai anak-anak yang tidak solat kerana mengikut jejak ibu bapa yang tidak solat? Nah! Inilah perkara asas yang perlu ditegakkan sebelum masuk ke tajuk-tajuk yang lain. Kalau tak ada tiang menahan bumbung, jangan mimpilah nak ada bumbung untuk menahan kehujanan. Analogi yang lebih mudah, kebanyakkan ibu bapa mengajar anak untuk berpuasa. Ibarat berpuasa itu adalah asset yang sangat penting sebagai orang Islam. Tapi kalau puasa tak solat? Mana yang datang dulu? Ibu bapa benarkan anak-anak keluar berdua-duaan lelaki dan perempuan ke sana ke sini, risau anak dara seawal usia 15 tahun belum ber “boyfriend”. Tapi bila dah terjadi masalah anak luar nikah, barulah nak menyesal dan marah-marah anaknya. Jadi, apa asal usul segala masalah ini? Adakah kerana kurang nya didikan seks? 

Pada aku, hal ini orang yang tidak ke sekolah pun tahu bagaimana, dan kenapa. Adakah zaman nenek moyang kita yang mempunyai zuriat hingga ke belas-belas orang ada subjek ini?  Kalau betullah pendidikan seks ini akan dijalan mengikut pahaman aku, ini hanyalah akan mengajar masyarakat untuk melakukan seks selamat berbanding yang halal. Hal ini dah banyak dibincangkan oleh orang-orang yang lebih cerdik pandai dari aku. Mungkin kebolehan aku menganalisis hanya setakat ini. Kalau refer pada website ini, pasti membuka minda kita lagi. Namun, aku sangat pasti, didikan agamalah yang sangat penting pada zaman ini.



Aku sangat berharap. Subjek yang dimaksudkan bukan terlalu jelas seperti nama subjek itu. Kita cuba tolak tepi, “takkan la kanak-kanak nak cuba” atau pun “ibu bapa malulah nak ajar” tak pun “guru-guru pasti bertauliah untuk ajar, nama pun cikgu” dan yang paling best “ini mesti ada hal politik ini, semua nak dipolitikkan”. Semuanya alasan dari mulut tanpa sebarang tindakkan. Terus terusan menunding jari siapa yang bertanggung jawab. Sampai bila nak selesai. Hal tunding menunding ini, aku dah tulis dalam entri lepas. Sampai sudah, kalau tak ada kesedaran diri sendiri, masalah masyarakat seumpama ini takkan habis malah lebih parah kot. 



Wahai pencinta Islam, bangkitlah sekarang untuk mencegah. Janganlah suatu hari nanti kita terus terusan bermasyarakatkan manusia yang tidak pasti keturunan nya. Polis yang tiada keturunan, peguam yang dulunya dijumpai di tong sampah. Doctor yang diselamatkan dari hanyut sungai. Ataupun cikgu yang ditinggalkan di surau subuh hari. Janganlah dah rosak baru hendak di baiki, pasti sudah tidak sesempurna dulu.   

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments