Kalau dikira secara purata, lebih kurang sebulan sudah aku tidak menulis. Siap buat entri untuk rehat lagi. Haha. Chaos. Banyak sangat yang chaos masa aku bercuti di rumah. Tapi, aku memang dah bersedia untuk menghadapi kesibukan di rumah. Cuma aku tidak pula bersedia untuk menulis entri semasa sibuk-sibuk itu. Al-maklumlah, menulis blog ini, suatu yang baru untuk aku. Kalau dulu, aku selalu juga ternanti-nanti update dari blogger yang aku selalu blogwalking. Kadang-kadang aku fikir, mereka yang tak update blog ini, macam bukan blogger sejati. Pada aku, kalau blogger sejati tu, bila-bila masa dan apa jua keadaan pun mesti update. Tapi bila aku dah berada dalam keadaan itu, baru aku paham. Tapi, experience is the best teacher. I’ll try my best not to repeat the same mistake.
Apa yang chaos dalam cuti aku?
Aidiladha
1st week dalam cuti aku, ari rabu. Seluruh umat Islam di dunia ini, menyambut perayaan kedua umat Islam. Pada masa itu, semua umat islam mengimbau kembali pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s menunaikan perintah ALLAH s.w.t bersama anaknya Nabi Ismail a.s. Dan pada waktu ini aku pula mengorbankan masa-masa cuti aku melayan tetamu, sepupu, dan sedara mara yang bertandang ke rumah. Nenek aku dah lebih kurang setahun meninggalkan dunia ini jadi, rumah aku seakan-akan mengganti tempat bertandang keluarga adik-beradik umie. Selaku anak perempuan tunggal merangkap pembantu kanan umie, aku bertungkus lumus melayan semua tetamu yang bertandang. Penat yang hanya boleh diceritakan dalam tidur. Haha. Dan kerenah budak berdua ini sentiasa menjadi pengubat penat lelah aku. “kak ain, jom pergi taman”. “kak ain, jom pergi kedai”. Please don’t grow up, boys.
Tgk gambar ini pun, tahu dah macam mane nakalnye awak berdua |
Wedding!
Yup. Wedding in my semester break equal to no semester break. Tapi, aku still enjoy menjadi antara orang kuat dalam menjayakan kenduri perkahwinan abang sulung aku. Tahniah! Tahniah! Tahniah! Special untuk abang aku dan kakak ipar aku. Weekend pertama dihabiskan dengan persedian kenduri “orang pangkal” atau pun dalam bahasa biasanya “berkampung”. Weekend kedua pula, rombongan cik Bedah ke kelantan untuk majlis akad nikah dan walimah di rumah pengantin perempuan.
Dan weekend yang ketiga barulah segala chaos berakhir di rumah aku. Fuhh.. alhamdulillah, segala nya sudah selesai tatkala aku menulis entri ini. Sebenarnya, wedding inilah yang menjadi chaos utama aku dalam masa cuti ini. Entah-entah aku je yang chaos sampai tak sempat menulis entri, orang lain ok jer menjalani hidup seperti biasa.
Result???!!!
Haa. Ini chaos yang aku saja buat-buat tak ingat. 5 disember 2010 kenduri di rumah aku, dan 6 disember 2010 result exam aku keluar online. Nasib baik adanya wedding itu membuatkan aku tak sempat nak risau pun result yang akan dibawa ke sem seterusnya. Kalau sem-sem sebelum ini, aku seakan-akan demam panas bila result nak keluar. Ada kalanya sampai aku berharap, server kat university aku terbakar atau disambar petir. Boleh gitu? Alhamdulillah, semua subjek aku lepas. Berbaloi dengan usaha yang tak seberapa aku beri. Malah ada jugak yang diluar jangkaan aku. All praises to ALLAH. Sekarang aku berusaha mencari sisa-sisa semangat yang aku pernah ada untuk meneruskan pengajian aku sampai tamat.
So, that’s it! Secara ringkasnya, inilah yang aku alami sepanjang cuti sem aku kali ini. Ini jugalah sebab-sebab membuatkan aku tak konsisten dalam menge“post” entri untuk blog ini. Perihal wedding akan aku kupas dalam entri yang khas. Aku akan cari selit-selit masa yang ada dalam sem ini untuk aku kongsikan pengalaman menganjurkan majlis perkahwinan. Kalau di university ini, aku sudah biasa menganjurkan pelbagai program, tapi program majlis kenduri, bukan boleh suka hati saja nak buat di university. Haha. Last but not least, welcome, new semester!! (^^,)V
No comments:
Post a Comment