Jutaan terima kasih kepada semua pemain bola sepak Negara yang menang piala Suzuki semalam. Memang aku tak pernah pun appreciate player bola sebab aku bukan minat atau menonton bola. Tapi, oleh kerana diorang menang hari itu membuatkan satu Malaysia cuti hari Jumaat ini!
“eleh, setakat cuti satu hari, tak effect pon hidup aku”
Mungkinlah, mungkin ada juga yang cakap macam ni kan? Biasa lah, mulut orang, kalau mulut tempayan boleh gak nak tutup. Haha. Jangan main-main. Dek kerana cuti satu hari inilah yang membuatkan, si ayah boleh habiskan masa bercuti dengan anak-anak yang sedang menghabiskan sisa-sisa cuti sekolah ini. Dek kerana cuti satu hari inilah, kawan-kawan kita yang belajar jauh-jauh boleh balik rumah hujung minggu jumpa keluarga. Dan dek kerana cuti satu hari inilah membuatkan aku ada masa lapang untuk update blog ini. Haha.
Bila semua orang menulis dan berkata-kata mengenai bola, membuatkan aku juga nak bercereka mengenai bola. Tak banyak yang aku tahu. Tapi ada sedikit info yang aku boleh kongsi. Tapi kesahihannya aku tak dapat nak pastikan. Sorry.
Dulu semua orang sibuk bercakap pasal pemain bola, Ronaldinho. Ada seorang penceramah yang menjadikan dia sebagai contoh. Aku dengar ceramah ini masa program kepimpinan di university aku. Masa mula-mula start ceramah ini, aku main-main je. Berangan sana-sini. Bile dengar nama mamat negro ni, segar sikit aku. Tapi itulah, aku tak dapat nak pastikan kesahihan cerita aku ini. Tapi boleh diambil sebagai iktibar. Kata penceramah ini, “orang Islam ni sebernanya hebat-hebat belaka. Pemain bola Negara Brazil, Ronaldinho adalah beragama Islam, tapi cuma dia tak praktikkan je keIslamannye itu.” Itulah kata-kata penceramah yang masih terngiang-ngiang di telinga ini. Sekali lagi, aku tak tahulah kesahihan kata-kata ini. Tapi kata-kata ini membuatkan aku terfikir sampailah sekarang. Adalah dalam 2 tahun dah berlalu.
Kenapa? Kalau betullah dia orang Islam, maknanya, Islam itu bukan terletak pada ustaz je lah kan? Bukanlah Islam itu pada pakcik-pakcik yang ulang alik ke surau tiap-tiap Maghrib itu kan? Bukan jugaklah terletak pada student yang belajar ilmu wahyu je kan? Dan juga, bukan terletak pada student UIA kan? Hahaha.
That’s it! (^^,)V
No comments:
Post a Comment