20 April hingga 23 April 2010. 3 hari di bumi Hong Kong. Berjalan di negeri orang adalah satu pengalaman yang sangat best ! bak kata abang aku, biarlah kita ke Negara mana pun, kalau dah namanye tempat orang, memanglah sangat seronok. Educational And Cultural Exchange Programme at Hong Kong, organized by Mahallah Representative Committee Mahallah Ali and Mahallah Halimatus Sa’adiah, IIUM.
27 April 2011
16 April 2011
They are Talking About Us !
Hari ini secara rasminye telah tamat semsester 2 tahun 2 aku di UIA Gombak. Bila kira-kira semula hampir 4 tahun aku bergelar mahasiswi UIA. InsyaALLAH lagi 2 tahun bergelar siswazah UIAM pula.
Semakin melepasi semua peringkat-peringkat pendidkan. Begitu jugalah dengan umur yang semakin meningkat. Untuk menuntut ilmu kejuruteraan sahaja aku akan menghabiskan sekurang-kurangnya 6 tahun. Kepada yang bijak, selama 6 tahun itu akan diisi dengan ilmu sampingan. Soft skill, bahasa ke 3 atau ke 4 dan sebagainya. Maka akan keluarlah siswazah yang lengkap dengan sahsiah diri.
Anda bagaimana?
Sebelum balik ke rumah, ayah aku singgah ke rumah kawan beliau, seorang pengusaha batik di Gombak. Terkejut juga ada orang buat batik kat Gombak ini. Ingatkan batik hanyalah di Terengganu dan Kelantan. Di pinggir kota ni ada juga orang yang masih gigih melakar dan melukis batik.
Apa yang sangat memberi kesan kepada aku adalah apabila, pakcik ini hanya mengusahakan perniagaan batik itu hanya berdua dengan isterinya sahaja. Bayangkan kalau mendapat tempahan sehingga 50 helai batik, pakcik akan melukis dan isteri nya mewarnakan. Kenapa tak ambil pekerja?
14 April 2011
Kenangan Zaman Sekolah Rendah
Entri kali ini memang dah lama terfikir nak buat, tapi asyik tangguh-tangguh sebab tak dapat feel sebenar untuk recall semula semua kenangan dulu-dulu masa zaman hingusan. Kebetulan masa blogwalking, terserempak dengan “contest Kenangan zaman sekolah rendah” yang agak menarik untuk join dan kena dengan tujuan entri. Kalau ada rezeki and dapat recall semua kenangan masa sekolah rendah dulu dengan baik, ada juga hasil entri kali ini.
Apa bezanya zaman belajar masa kecik-kecik dulu dan zaman belajar sekarang kan? Belajar jugak. Guna pencil juga. Guna buku tulis jugak. Ada cikgu jugak. Dan yang paling penting, guna juga ABC dan 123 yang sama. Tapi mungkinlah font yang berbeza. Masa sekolah dulu, tulisan buruk, sekarang dah pandai tulis surat cinta, lawa lah sikit. Ke gune emel je sekarang? Beratus-ratus font ada.
13 April 2011
Bila Kita DiUji
Lepas satu, satu hal yang perlu dihadapi. Ada orang kata, hidup ini hanyalah menyelesaikan masalah. Kalau kat dunia ini dah tak ada masalah untuk di selesaikan, tak perlu lah kita hidup. Entah. Aku tak tahu. Dengan suasana kampus yang semakin kosong, kegusaran result-result exam yang aku dah buat, keadaan yang berminggu-minggu dah tak balik rumah, dan cuaca yang selalu mendung. Aku bersedih.
11 April 2011
Brothers are not allOwed !
10 April 2011
Flaming steamboat (Danau)
Ok, entri kali ini adalah antara serangan hendap untuk saudara Izwan di atas entri beliau yang bertajuk “Gathering Mechatronics eng. student IIUM ”. Entri jelah serangan hendap, tapi tujuan utama activity kami adalah ikhlas, jujur dan amanah untuk memupuk nilai-nilai murni dan merapatkan silaturrahim di antara kami: pelajar perempuan tahun dua Biochemical-Biotechnology Engineering IIUM.
Subscribe to:
Posts (Atom)


