20 October 2011

Untuk Yang Rasa-Rasa Tak Nak Menyesal Belajar Engineering







Siang tadi midterm untuk subjek Genetic Engineering. Macam biasa, sebelum dan selepas exam, aku seolah-olah tak ada perasaan sangat. Nak gelabah pun tak sesuai, nak tenang lagilah tak sesuai kan? Jadi aku buat-buat cool je masuk kelas untuk exam.

Subject ni antara yang awal exam berbanding dengan subjek-subjek lain mahupun, majoring lain. Jadi feel nak midterm macam tak berapa rasa sangat. Perlu ke? Ada satu benda yang aku perlu tahu tapi aku tak ambil tahu sebelum aku betul-betul decide nak belajar engineering ni. Apatah lagi Biotechnology Engineering. Tapi, dulu aku tak kisah sangat. Tak pernah risau pun tentang apa yang akan aku lalui dan apa yang akan aku hadap selama 4 tahun di university.

Sebelum masuk university dulu, selalu lah akan dengar orang cakap,

 “di university lah tempat paling best masa remaja nanti”

“di university lah nanti korang boleh buat macam-macam”

“kat U nanti korang dah bebas, tak kisah pun nak keluar pukul berapa, balik pukul berapa”

“kat U nanti ko boleh je nak buat assignment ke, tak nak buat ke, ikut suke je. Tak de dah cikgu cikgi nak anta ke guru besar kene sebat”

“seronok time kat U nanti. Boleh pergi jalan-jalan, join program macam-macam. Dah masuk barulah dapat rasa.”

“dah tak de uniform dah kat U nanti, pakai lah baju hapa yang korang nak. Jangan tak berbaju sudah”

“masa U nanti masing-masing dah besar, tue yang memang boleh bebas”




Memang betul belakalah apa yang aku dengar sebelum aku masuk UIA dulu. Semua rumors yang aku dengar tu memang terjadi. Memang macam-macam boleh buat, memang boleh ikut suka hati je kalau-kalau tak nak buat assignment, tak nak pergi kelas. Nak-nak lagi kalau di UIA ni, untuk kulliyyah engineering, kedatangan ke kelas dah tak di ambil kira pun untuk sit for exam. Jadi, kalau satu sem tuh nak datang hari pertama kelas dengan hari terakhir kelas pun boleh je.

TAPI! Semua rumors tu bersyarat. Dan syarat-syarat tu lah yang tak dinyatakan oleh orang-orang sekeliling.

Boleh je kalau nak jalan-jalan, melancong sana sini. Tapi, kena fikir sendiri hal kewangan. Kalau setakat dapat duit PTPTN je, pandai-pandailah nak jimat sana sini. Duit kena save untuk tampung perbelanjaan jalan-jalan tuh. Kalau dah namanya “keluar” setiap meter perjalanan kena bayar. Tapi lainlah kalau mak ayah kaya raya boleh support “jalan-jalan” tu. Itu kes lain.

Yup ! tak ada dah cikgu-cikgi nak check sorang-sorang punya buku latihan. Buat kerja ke tak. Buat latihan ke tak. Lecturer pun memang tak bagi homework hari-hari. Tak payah risau. Tapi nanti kita sendiri akan sedar, yang sebenarnya betapa perlu latihan dan homework hari-hari tuh. Sebab hanya orang genius tambah bijak+cerdik+pintar ALONG je yang tak perlukan latihan atau homework hari-hari tapi score melambung-lambung dalam exam. Dan hanya dengan homework atau assignment saja yang membuatkan kita sendiri revise apa yang kita dah belajar. Dan bila dah sedar tu, barulah kita dengan sendirinya akan cari latihan sendiri untuk excel dalam exam. 

Haha. Sekarang aku seolah-olah rasa nak ada uniform sendiri untuk ke kelas hari-hari. Senang. Tak payah nak pikir nak pakai baju apa hari-hari. Tak perlu juga nak fikir, nak draw and match kan baju aku dengan tudung, dengan stoking, dengan anak tudung, dengan beg dan dengan-dengan yang lain. Tue tak masuk lagi nak kene follow the flow, yang shawl-shawl lah, high heels lah. Dan kalau adanya uniform untuk student university, aku rasa tak ada dah masalah fesyen atau pengaruh budaya barat dalam pemakaian hari harian kita. Kan..kan?

Dah lama tak tulis entri panjang-panjang.

Tulisan ini hanya reflect back apa yang aku dah lalui selama 2 tahun bergelar mahasiswa. Setiap gerak geri, tindak tanduk kita akan diperhatikan seluruh masyarakat. Bergelar mahasiswa bukan saja nak pergi jalan-jalan, bukan saja ada sikap tak buat assignment, bukan saja ada rasa benci dengan uniform sekolah. Tapi lebih dari itu. Lebih dari hal-hal kecik itu. 

Jadi mahasiswa seolah-olah kita pulak suatu hari nanti yang harus pikir “apa alternative assignment?” “apa cara nak keluar berjalan-jalan tapi jimat kos” dan sebagainya. Belum masuk lagi bab-bab yang mahasiswa ini perlu cakna dengan isu semasa, agama dan politik. Haa… ada berani nak bergelar mahasiswa?

Apa je yang terjadi di dunia ni, masyarakat anggap, mahasiswa perlu tahu. Kalau lah tiba-tiba bila di tanya tentang sesuatu perkara kemudian kita jawab 

“eh, yeke? Tak tahu plak …!” 

ha… anda bersiap sedia dengan respond 

“huh ! nama je belajar tinggi-tinggi sampai ke university, tu pun tak tahu!” 

Padahal, mana ada bilik kat hostel tv sorang satu. Ok, dunia memang tak adil.

 Mungkin tak semua mahasiswa setuju dengan apa yang tulis, tapi aku peduli apa kan? Blog aku. #eh.

Mungkin juga semua ini hanya applicable untuk mahasiswa yang belajar kos seumpama Engineering. Disebabkan kesibukkan dunia dan kesusahan belajar membuatkan sesetengah orang seperti aku tak dapat nak catch up enjoynya belajar pada masa yang sama pentingnya isu semasa. 

Dan kata-kata akhir kepada semua adik-adik yang agak-agak terhingin nak bergelar mahasiswa, nak-nak lagi dalam bidang Biotechnology Engineering, perlulah tahu bahawa, untuk score high mark dalam midterm subject Genetic Engineering, anda perlu baca+paham+menguasai+jelas SETIAP patah kata dalam buku teks “An Introduction to Genetic Engineering” third edition, tulisan Desmond S.T Nicholl.










Ok, jelas tak kat mana yang membuatkan aku ada idea untuk entri kali ini?? Sekian ~~









    

4 comments:

  1. salam sis.just wanna ask u bout the biotechnology engineering course.what will we learn bout this?do we need to learn biology again? n apa eh job opportunities if we take this course? sorry banyak tanya.huhu saya teringin sangat nak tahu tentang biotechnology engineering

    ReplyDelete
  2. owh.. banyak nye soalan.. kene explain detail jugak ni, ke awak nak tgk transkrip subject2 saya selama 4 tahun ni je.. hehe... anyway.. just give me ur email, i'll text u an explanation.. :)

    ReplyDelete
  3. im interested too on knowing more about biotech cuz im thinking about furthering my study in that course TQ

    ReplyDelete
  4. do email me, and we can discuss further...
    ain9989@hotmail.com.
    thank you..

    ReplyDelete

Intense Debate Comments