02 October 2011

Tak Nak Biar Tak Terluah. #KitabTerfaktab





Hari ni balik dari subang pkul 10.30 malam. Tak pernah lagi setakat outing dengan member dari siang sampai pukul 10.30 malam baru sampai bilik kat UIA ni. Kalau dengan family tu ada gak sampai pukul dua pagi baru sampai bilik. Semuanya sebab semangat nak ke launching kitab terfaktab

Aku nak bagi impression sebelum aku mula baca buku ni. At least boleh aku reflect semula lepas aku baca. Yelah, kan orang selalu kata, don’t judge a book by it’s cover. Setakat tengok muka depan buku ni, buat aku terfikir “lelaki ke perempuan yang jadi cover page nih?” “budak ke orang tua yang jadi cover page nih?” 

Anyhow, on the way balik dari event tu, dalam KTM memang aku tak bukak lagi buku tu. Aku nak merasai setiap patah kata dalam buku tu dengan penuh perasaan. Ececeee….

Yup, buku indie pertama yang aku beli seumur hidup ni. Apa yang aku expect ada dalam buku itu adalah satu penulisan yang sejajar dengan life sekarang. Aku nak baca something real yang diambil dari pemerhatian keadaan sekeliling. Yang praktikal dan tidak hanya pada teori. Dan ianya di harap menjelaskan aku pada keadaan remaja sekarang yang kadang-kadang terlalu taksub dengan cinta. Walaupun apa-apa penulisan pun hanya terkesan pada certain people yang membaca, tapi aku harap kitab terfaktab ni boleh di aplikasi pada apa-apa keadaan. 

Wah ! Macam tinggi sangat expectation aku. Adil tak nih?

Suka hati lah nak expect macam mana macam mana pun kan? Hahaha..



Aku beli tiga buah semuanya. Mulanya tekad nak beli Kitab Terfaktab je. Tapi sangat tak boleh kalah dengan “ Awek Chuck Taylor” dan “Sperma Cinta”. Bila agaknya nak habis baca semuanya, tak tahulah. Takut workload belajar yang menimbun-nimbun ni mengganggu gugat aktiviti pembacaan aku.

Sedikit keadaan masa kat Uya Bistro tadi. 

Naik teksi dari KTM stesen ke Uya Bistro itu sangatlah merugikan. Boleh jalan kaki je, aku pergi bayar RM15 untuk teksi. Ah ! Sampai-sampai je, macam rasa salah tempat sebab ala-ala sunyi. Tapi sampai depan tangga ke Uya Bistro tu tanya pada sorang mamat baru keluar dari situ.

“ni, Uya Bistro ke? Yang ada launching buku tuh?”
“ha, yelah. Naiklah atas.”
“dah start ke?”
“oh, belum lagi. tapi dah ada orang dah. Cuma tak ramai. Naik lah, tunggu kat atas.”
“oh, ok”





Ok, tenang. Rupa-rupanya, mamat nih Mr.K. 

Bila dah setengah jam kat dalam tu, barulah tahu. Hahaha..

Agenda mengikut je tentative yang dirancang. Tapi start lambat sikit sebab tunggu orang datang ramai kot. Banyak pada dendangan lagu ala-ala cool je.

Tapi part yang aku paling suka masa perkenalkan penulis. Ada seorang skuad terfaktab yang beri kata-kata ala-ala jiwang karat sambil tangan terketar-ketar. Haha. Tapi best je quote dia. Aku balik awal. Tak tunggu sesi photography pun. 

Make things clear. Aku bukanlah hard die fan nak mati pada terfaktab nih. Aku hanya cuba mengambil peluang untuk merasai apa yang sangat mengujakan pada aktivit seperti ini. Apa yang membuatkan sebuah blog boleh menerbitkan buku secara indie dan membina sebuah persahabatan antara mereka. Apa yang membuatkan orang muda remaja sebaya aku ada kekuatan untuk perkara-perkara seperti ini. Tidak hanya pada kebiasaan dan peraturan. Dan aku rasa, pada level aku sebagai blogger baru...


aku dapat rasa.


Aku tidak mengatakan sangat menyokong atau tidak menyokong. Namun pada amatan aku, ada beberapa nilai yang perlu lebih dijaga. Selebihnya, aku sangat hormat dan kagum dengan semangat dan idea yang ada. Syabas !

Layak ke aku yang nak bagi syabas nih?


Kalau boleh nak pergi lagi ke Uya Bistro untuk beli buku-buku indie yang lain. Oh, duit !

  







   

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments