05 October 2011

Anak Perempuan Lebih Mencabar





Pergi ke staff room cari Mdm Dzun untuk consultation subjek Seminar, tiba dapat tazkirah pendek dari Mdm Dzun. Dahlah tak cari bahan untuk consultation tu, selamber je buat muka tak malu mintak Mdm bagi bahan. Suka suki.

Tengah tunggu-tunggu sambil madam cari bahan untuk di emelkan ke emel kitorang, tiba-tiba mdm keluar tajuk tentang kegusaran dengan masalah anak-anak perempuan sekarang.

“macam manalah ye masalah social sekarang, makin menjadi-jadi. Buang anak sana sini. Takut jugak mdm kalau-kalau di turunkan bala, kan kalau bala turun semua dari kita akan kena.”

“tulah mdm, nak dapat anak tu tak senang, boleh je buang sana sini”

“tulah, kan memang kalau jaga anak perempuan ni lebih susah. Dosa ditanggung oleh ayah sampailah disambung ke suami. Tapi kalau dah sekali tegur tak dengar memang tanggung sendiri. Tapi kalau ayah/suami tak tegur…hurrmm.. ”

“perempuan kan macam punca pada kemaksiatan”

“haa, tulah. Kalau perempuan yang buat masalah nih, akan melarat. Melibatkan keturunan. Entah-entah, generasi kamu nanti ada masalah kawin dengan adik beradik sendiri. susah tuh.”

Aku lebih pada mendengar. Sebab nak cari isi-isi untuk entri kali ni. #eh.

“moga-moga kita dijauhkan dari masalah ni. Tak naklah nanti ada pula pada keturunan kita.”


“amin”



Rupanya mdm baru je lepas habis bercuti panjang bersalin. Bila anak dah bertambah, mesti rasa tanggungjawab yang dah semakin bertambah. Memikirkan masalah atau cabaran yang akan di hadapi oleh anak atau mak itu sendiri. Sampaikan ke kitorang yang datang nak consultation pun dapat nasihat serba sedikit.

Aku termenung juga lepas perbincangan tuh. Semakin lama, semakin aku faham kenapa “tangan wanita yang menghayun buaian itu mampu menggoncang dunia”.  Maksud yang tersirat dalam frasa itu lebih meremangkan bulu roma berbanding dengan maksud tersurat sahaja. 

Wanita tak perlu jadi body builder kuat-kuat untuk mengertak isi dunia. Wanita tak perlu buat FB atau pengasas Twitter untuk menghancurkan isi dunia. Wanita juga tak perlu jadi pencipta bom nuclear untuk rosakkan bangsa. 

Atas kelembutan dan ketenangan seorang ibu itu, mampu untuk melahirkan anak-anak pejuang yang mampu buat semua benda yang payah-payah yang aku sebut tadi. Atas sifat semulajadi seorang wanita itu jugalah mampu merosakkan satu keturunan tok iman atau tok bilal. 

Setakat FB tuh, ada je beberapa wanita letak gambar manja sana sini, mata bulat-bulat tambah pulak ala-ala comel. Comel ke? Berapa ramai lelaki yang patut lebih bertanggungjawab pada keluarga atau anak isteri tergugat imannya dan memporak porandakan rumah tangga sendiri. 

Bila wanita mula bergaya seksi lepas tu upload gambar di FB, ramai ustaz-ustaz dan golongan yang masih mejaga agama ni sibuk mencari fatwa dan berbahas sana sini. Hah! Mudah kan ? bila ada program reality tv yang melibatkan wanita semata-mata, pasti ramai orang pertikai dan terus mempertahan maruah dan kesucian wanita.

Wanita kalau melakukan kerosakkan, ianya melibatkan orang ramai dan banyak pihak. Sedangkan kalau lelaki yang melakukan kerosakan, ianya tidak terlalu melibat ramai orang. Contohnya merempit, kalau apa-apa jadi, accident atau meninggal, jenayah itu akan terhenti di situ. Tapi, letaklah seorang wanita di belakang mat rempit itu. Pasti permasalahan itu boleh diungkaikan hingga ke anak cucu. See? 

Marilah mengembalikan ketinggian budi dan maruah wanita. 

Hanya wanita hebat melahirkan lelaki yang hebat. 

Peringatan untuk diri sendiri.
  








Hormoscilla pringsheimii


Tajuk presentation aku dalam subjek Seminar “Productin of Anticancer Agent Using Cynobacteria”. Aku pun tak berapa nak faham lagi tajuk ni. Subjek yang sepatutnya belum ambil lagi. So, new things will make me better, perhaps ! 

















No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments