Mula-mula nak letak tajuk ala-ala
“bukan mudah jaga anak”, tapi rasa macam
blog mak-mak pulak letak tajuk anak ni.
Hari selasa lepas, pengalaman
pertama mengajar anak orang di rumah orang #eh. Boleh pula lecturer ni mintak
tolong student untuk ajar anak dia. Subjek math dan tolong tengok-tengokkan
subjek yang lain.
“saya
bukan tak boleh nak ajar dia, tapi tahulah kan? Bila anak sendiri ni
bukan nak dengar sangat cakap kita. Kalau ada orang lain yang ajar, mungkin dia
akan lebih respect dan dengar kata sikit”
“owh, betul jugak tu”
“nanti kamu boleh lah
nasihat-nasihat sikit mengenai aurat ke, adap-adap belajar ke”
“insyaALLAH. Saya cuba”
Fuuhh.. konon aku nak nasihat
anak orang. Diri sendiri pun tak berapa nak betul lagi nih. Setiap hari isnin
selasa dan jumaat. Kalau petang-petang tu aku tak ada ke bilik, aku sedang
melakukan aktiviti yang murni lah sebagai seorang pendidik. Chewah !
Masa 1st time sampai
rumah tu, macam biasa lah. Rumah keluarga yang ada anak kecik. Macam-macam
barang mainan sepah-sepah. Tapi barang mainan je lah. Perabot-perabot tersusun
rapi je. Isteri lecturer ni suri rumah. Pastilah rumah dalam keadaan bersih dan
tersusun.
Aku rasa, aku rasa lah melalui
pengamatan diri sendiri terhadap masyarakat. Bila si ibu nya tidak berkerja
atau suri rumah, mesti anak-anak akan jadi sedikit manja. Ataupun memang
dimanjakan. Nak-nak lagi kalau si ibu jenis yang agak rajin dan mampu untuk
buat semua kerja.
Ermm… tue yang mula-mula nak buat
tajuk “bukan senang nak didik anak”. Manjakan pun salah, tak manjakan pulak
nanti claim kekurangan kasih sayang. Entahlah, aku yang menulis belum ada anak
dan belum bergelar ibu. Mana nak tahu. Tapi sementara aku mampu memerhati,
bolehlah aku belajar dari hidup orang lain. Ye tak ?
Yup ! pengalaman baru untuk aku
apabila menaiki motor sendiri ke rumah orang asing untuk mencari sesuap nasi
dan rezeki. Ececece… Barulah dapat rasa betapa payahnya cari duit untuk hidup
bila sampai bilik maghrib-maghrib. Rasa macam dari keluarga susah gile bila
terpaksa belajar sambil kerja.
Anyway, ini yang aku pilih. Terus
mencari seribu satu pengalaman sementara usia masih muda dan sihat. Aku ingin
merasai inpati kehidupan pada setiap penjuru dunia, agar tiada apa pun yang
mampu menghalang kesenangan aku suatu hari nanti. Ok, tetiba bersemangat
sangat. Padahal ramai dah yang buat kerja-kerja ni. Lebih teruk mungkin.
Lepas ni nak try buat apa pulak
dalam hidup?
Mak ayah aku cikgu, aku pun ke
pusat tuisyen juga. Anak-anak memang degil kot. (^^,)
Gambar: rindu pulak dekat anak
sedara sorang nih.. lama dah tak jumpa, tidur lagi kah kerje nya?
No comments:
Post a Comment