10 October 2011

Tak Semua Yang Menanti itu Menggembirakan



Sibuk dengan convocation fiesta. Salah faham sana sini. Masalah komunikasi sana sini. Overruled, overshadow, overact pun sepah-sepah. Tak tahu nak assume apa. Bila dalam satu organisasi ada yang salah ada yang betul, tapi yang salah terus melakukan kesalahan bila yang betul tak pernah nak tegur yang salah. Sigh. Tapi of course, good values and sweet memories will never fade away. InsyaALLAH..




ok, sweet.



yg paling comel yang gigi besar pakai spec tu je. sekian.



Dalam kesibukan mempromosikan program ni, umi telefon. Aku tahu, kalau umi call dalam situasi masa bukan kebiasaan, mesti nak ceritakan sesuatu yang penting, tak pun luahan rasa. Haha.

“umi pergi melawat maksu bersalin semalam. Anak perempuan. Comel ain.. rugi ain tak dapat tengok”

“yeke? Baby girl lagi tuh… alaa… tak pe lah nanti ain balik pd ain pergi lah melawat. Tapi tak tahulah minggu keberapa.. haha”

“tapi anak maksu tak sihat.”

“errkk, nape umi?”

“doc suspect dia syndrome.”

“yeke umi ? sedihnye” *baca dengan nada sayu+sedih+perlahan

“ha’ah. Mula-mula umi pelik jugak. Nape leher dia sangat lembik bila umi kendong dia. Tapi umi taknaklah assume apa-apa. Umi pun tak tahu apa tanda awal kalau syndrome nih. Tapi maksu yang bagitahu sendiri. doc bagitahu lepas dia bersalin tuh. Sekarang ni suspect jelah. Kena tengok jugak perkembangan dia nanti.”

“macam mana boleh jadi ek umi? Lagipun, kalau dalam keluarga kita tak ada pula kes-kes macam nih. Maksu ok tak umi?”

“kes ni tak kira siapa ain. Kalau tuhan nak uji tuh, sapa-sapa pun boleh kena. Maksu ok je, tapi dia sedih lah. Sebab masa mengandung, doc tak pula cakap apa-apa. Doc kata baby sihat je sepanjang 9 bulan tuh.”

“kesiannye maksu”

“tak kesian pun tak apa ain. Kenalah bersyukur. Hanya ibu yang isteimewa dapat anak yang istimewa. Tak semua ibu dapat macam ni. Anak ini akan tunggu ibunya di pintu syurga. Tak semua ibu boleh dapat tahu. Susah memanglah susah”

“yelah umi, tapikan anak pertama, sulung. Sama-sama excited tunggu ngan cucu umi tuh”

“yelah, tapi nak buat macam mana kan. Bersabarlah, pasti ada hikmah. Tu jelah mampu umi pesan kat maksu”

Setahu aku dalam arena perubatan ni, doc dah ada cara dah nak mengesan masalah syndrome dalam kandungan lagi. Agak terkejut bila dalam kes maksu aku, tak siapa pun dimaklumkan lebih-lebih lagi ibunya sendiri. Tapi pada pendapat umi pulak, mungkin doc memang tak berapa nak bagitau pada ibu yang mengandung supaya tidak terganggu emosi atau melakukan perkara-perkara yang tak sepatutnya.

Sebab kalau kat Malaysia, bayi dalam kandungan yang sihat dan tidak mengancam nyawa si ibu, dia akan terus diberikan peluang untuk hidup di dunia. Tiada alasan untuk digugurkan. Tapi, pemberitahuan awal kepada si ibu, bolehlah agaknya membuatkan si ibu bersedia mentally dan physically.






Aku tergamamlah sikit. Disekeliling aku, manusia diuji dengan berbagai cubaan. Kalau aku yang diuji? Mampu ke? Reti ke nak redha? Ini yang aku gusarkan. Mungkin juga ujian pada aku, aku sendiri tak perasan. Boleh jadi je.


Bersyukur


Redha


Sabar


Terima kasih


Maaf





Aku mahu lebih faham perkataan mudah ini.






 maksu:: sepupu sama nenek kepada ayah aku.





No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments