15 November 2010

Siapa kamu?

pic from drumah.com

Antara sebab kenapa aku ceburi bidang blogger ini, aku nak lari dari dunia reality. Macamlah blogging ini tak real kan? Dulu masa sekolah rendah sampai sekolah menengah aku selalu berpindah-pindah rumah. Secara tak lansung, bertukar-tukar sekolah. Yang seronoknye bertukar-tukar sekolah ini ialah, kite boleh jadi orang lain di setiap sekolah. Sampaikan nama panggilan pun lain di setiap sekolah. Setakat ini aku ada 6 dah koleksi sekolah rendah campur sekolah menegah campur sekolah tadika. Haha. 

Tapi takkan nak tukar pusat pengajiaan tinggi selang setiap 2 tahun kan? Bile pula nak abis degree aku. Jadi, diluar kebiasaan untuk aku menjadi diri aku yang sama selama 6 tahun dengan kawan-kawan yang sama, kasut kulliyah yang sama, beg kulliyyah yang sama, bangunan kulliyyah yang sama, parking skuter aku yang sama, pensel box aku yang sama, dan kalkulator yang sama. Eish, PC yang sama tak apa. Boleh gitu?  Aku inginkan perubahan. Perubahan untuk diri aku. Kan kita dibentuk melalui persekitaran kita,kan?


Oleh kerana aku tak mampu untuk ubah system yang dah lama ada kat Malaysia ini. Aku terpaksalah mencari alternative lain dalam diri aku sendiri untuk berubah dan membuat perubahan untuk aku sendiri. Contohnye, pinjam kalkulator yang lebih canggih dari member, park skuter jauh-jauh sikit, takpun, cadangkan kat lecturer buat kelas kat KLCC. Boleh gitu?  Kalau betullah persekitaran yang membentuk seseorang, maka aku sanggup memainkan peranan sebagai “persekitaran”. Jadi, siapa nak jadi aku?

Si dia pernah berpesan kepada aku “mukmin kan kene semakin baik setiap hari,berubah”. Jadi, takkan kita masih ditakuk lama selepas 6 tahun kan? Nanti masa interview untuk dapat kerja boleh cakap macam ini, “saya seorang yang focus, saya boleh duduk diam belajar engineering selama 6 tahun, dan result saya gempak”. Boleh focus gitu? Kalau lah aku betul-betul beriman dengan kata-kata si dia, mesti KFC  ataupun Nasi Lemak Antarabangsa dah offer aku untuk iklan kan product terbaru diorang kat blog aku ini. (^^,)V

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments