25 January 2011

Kita Hina Islam?



Ada baca berita pasal laungan azan perlu di'slow'kan atas alasan menggangu ketenteraman orang awam? Pelikkan? Macam mana ni? Apa tanggungjawab kita bila tahu hal-hal yang macam ini? Lepas saja kejadia itu, lebih 100 umat Islam berhimpun di perkarangan masjid berkumpul menunjukkan bantahan itu kepada pihak berkenaan selepas solat jumaat. Kita tergolong tak dalam 100 orang tu? Kalau tak tergolong, apa yang kita buat? 

Lepas saja dapat aduan itu, pihak masjid guna speaker dalam masjid saja untuk laungkan azan. Semua ini terjadi bila ada seorang peguam yang membuat aduan kepada pihak atasan tentang azan yang kuat di tempat tinggal dia yang majoritinya orang melayu. Hah! Orang melayu pun. Dulu ingat tak kes di Pulau Pinang kot yang tak mahu dah ada sign board yang bertulisan jawi? Lupa dah apa alasannya. Apa kesimpulan yang boleh dibuat sekarang? Kita diancam!! Hahaha. Nampak macam semangat sangat. Tapi. Aku masih di depan pc, menulis, menaip dan membaca.   Cukup ke?



Semalam masa blog walking mencari-cari lagi bahan untuk entri kali ini, aku terserempak dengan satu nama. Macam familiar. Tapi aku tak tahu kisah lanjut mengenai ‘tokoh’ seorang ini. Nama dia Salman Rushdie. Nama macam nama orang Islam. Yup! Memang dia dibesarkan dalam keluarga Islam. Tapi keluarga angkat. Di atas penulisan buku dia yang memburuk-burukkan Islam, suatu ketika dulu, dia di hukum dengan hukuman bunuh. Tapi, atas kepentingan sesetengah agama lain, dia di kecualikan dari hukuman itu.

 Kalau kita betul-betul baca tentang sejarah dia baru kita tahu, apabila ada nya orang-orang yang cuba mempermain-mainkan Islam, semua pihak akan alert. Semua pihak akan cuba ambil part. Termasuklah yang bukan Islam. Yang bukan Islam akan terus menyokong dan cuba memberi segala bentuk bantuan yang boleh untuk menjatuhkan Islam. Tapi, orang Islam pula akan terus cuba mendakwa agar kesucian Islam itu terjamin dan terbela. Kalau dulu, isu filem Fitna yang dalam 5 minit, hasil tangan Geeert Wilders, dari Nederland sangat sensitive kepada semua umat Islam sedunia. Karikatur Nabi yang dilakarkan dari Denmark (kalau aku tak silap) sangat menyentuh sensitivity umat Islam seluruh dunia. Tapi sekarang?

Dekat facebook je berlambak-lambak page yang mengutuk Islam. Page yang terus menghina Islam. Kalau comment-comment dari individu yang mengutuk Islam itu seakan-akan tidak terkira dah. Tapi apa tindakkan kita? Kita report abuse je kan? Atau tak buat apa-apa pun. Atau tak ada facebook pun, errk. Apa sangatlah yang mampu untuk kita buat. Kita kan muda lagi. tak ada kuasa pun nak bertindak. Kalau bersuara pun tak ada yang nak dengar. Yeke? Sultan Muhammad  Al-Fateh tawan kota konstentinopel pada usia 23 tahun tau! Kalau kes-kes yang, kita tahu ianya perbuatan orang kafir, boleh lah kita sedia maklum. Tapi, macam mana pula kalau yang menghina adalah dari orang Islam sendiri? Apa pulak hukuman dan tindakkan yang boleh kita ambil? 

Mana ada orang Islam hina Islam… 

Errkk.. Aku rasa “Mana ada orang Islam hina Islam” Haruslah diajukan kepada kita sendiri. Adakah kita orang Islam ini benar-benar tidak menghina Islam. Oklah, kalau reader rasa korang tak hina Islam, biarlah aku yang muhasabah diri. Adakah aku hina Islam? Apabila aku tak pernah mengajak kawan bukan Islam untuk menghayati Islam. Apabila aku tak pernah tegah pergaulan bebas sahabat-sahabat. Apabila aku tidak kisah kalau roommates aku tak terjaga solat subuh. Apabila aku tak berminat untuk tahu statistic anak luar nikah di Malaysia. Apabila aku tak nasihatkan kawan atau ahli keluarga aku yang merokok. Apabila aku hanya mengingati ukhti dan akhi aku di Palestine apabila ada pembunuhan beramai-ramai oleh Israel. Apabila aku meniru dalam exam. Apabila aku hanya tersenyum melihat kawan aku membonceng motor bersama lelaki yang bukan muhrimnya. Dan apabila aku hanya pandai membaca tapi tak faham al-Quran. 



Seakan-akan aku berpaling dengan ajaran Islam. Na’uzubillah. Bukankah ini semua tergolong dalam amar ma’ruf nahi mungkar yang disuruh ALLAH? Bukankah ini semua ajaran Islam kepada orang Islam? Kan ini semua berlaku dalam kehidupan kita hari-hari. Bukankah setiap orang Islam itu bersaudara? Kalau semua “apabila’ aku tadi tidak menggambarkan menghina Islam, mungkin paling tidak pun aku seolah-olah tiak mengendahkan apa yang diseru dalam Islam. Kan?  Heish! teruk betul aku nih.

Walaubagaimanapun, aku rasa, tidaklah ada pintu taubat itu, kalau memang-memang confirm semua orang tak buat salah, dan memang-memang confirm semua orang masuk syurga. Kan? Hurrm… kejap, biar aku muhasabah jap... 

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments