09 January 2011

Kami Prihatin, Anda Bagaimana?




Hari ini aku terpaksa ke satu seminar atau lebih tepat lagi pelancaran kempen “Kami Prihatin, Anda bagaimana?.”  Seminar ini diwajibkan untuk semua student yang amik subjek Cocuricular Parenting kat uia. Adoii.. Macam tak ihklas je ke seminar itu, sebab “credited” kan? Whatever it is, aku cuba untuk ikhlaskan hati ke majlis ilmu itu.




Firstly nak cerita pasal apa maksud prihatin sebenarnya? Ada penceramah yang datang,kata, perihatin adalah singkatan daripada “peri hati ini”. Peri itu apa pula? Peri itu maksudnya cantik. Jadi, konklusinya, kami menunjukkan hati kami yang cantik ini dengan kesedaran tentang masalah semasa sekarang. Itulah kempen yang dilancarkan siang tadi.

Kempen ini mostly adalah tetang kesedaran kita mengenai masalah buang bayi, anak luar nikah, pergaulan bebas sampailah ke masalah dera dikalangan kanak-kanak. Dan oleh kerana kempen ini launch kat university aku, RM50 k telah disumbangkan untuk university aku untuk teruskan kempen ini di sini. Dan catatan aku kali ini tak dapat sesen pun daripada RM 50k tuh! Tapi tak apa sebab, aku perihatin, anda bagaimana? Hahaha.

Pada aku kempen seperti ini sangatlah berguna. Kesedaran itu perlu untuk dihayati oleh semua lapisan masyarakat. Daripada kerajaan, pendidik, remaja, ibu bapa malah mahasiswa sendiri. Kenapa? Seperti dalam entri aku sebelum ini, agama bukanlah terletak pada ustaz je. Ataupun pada orang tua ke masjid tiap-tiap maghrib je. Tanggungjawab agama terletak di bahu semua orang. Kalau semua orang alert, hal ini dapat dibanteras. insyaALLAH.



Banyak dah usaha yang dilakukan, sama ada untuk mencegah mahupun merawati. Ada satu cara ini, namanye baby hatching. Kelakar juga. Rasa macam tak patut pun ada. Tapi, kalaulah cara itu yang berkesan buat masa ini, nak buat macam  mana? Baby hatching itu dah biasa dah ada di negara-negara barat. Sebuah rumah yang ada sediakan peti di luar rumah untuk sesiapa sahaja meletakkan atau secara kasarnya, membuang bayi mereka. Peti itu dilengkapi dengan camera dan bertutup rapi. Jadi, ibu bapa yang terdesak boleh letakkan anak mereka di situ. Kemudian tuan rumah akan ambil bayi tersebut dan dijaga atau diserahkan kepada pasangan yang nak sangat anak angkat. Nak anak, tak dapat anak. Dapat anak, letak kat baby hatching plak.. Ini adalah salah satu cara untuk mengelakkan pembuangan bayi merata-rata. Tapi mungkin ini juga memudahkan pasangan menyelesaikan masalah anak luar nikah ini. Mungkin?

Yang aku rasa nak “hoyeay” masa dengar forum siang tadi, imam muda, Mohd Asyraf setuju dengan entri aku yang kita tak sepatutnya terus terusan menyalahkan wanita dalam masalah-masalah ini. Bukan masalah gender pada hari ini. Tapi kedua-dua jantina yang bernama perempuan dan lelaki adalah bersalah. HOYEAY! Mungkin dia baca entri aku? Mungkin? Hahah. Perasan!

dah kawin, ok!


Itulah serba sedikit review satu kempen yang aku setuju. Tapi aku masih mencari kepincangan. Entahlah. Hati ini masih tak setuju dengan orang yang melaksanakan. Eish! Bila sesuatu hal itu dikaitkan dengan kementerian atau politik, ini sedikit sebanyak mempengaruhi sokongan daripada orang ramai. Aku tak bijak nak berceloteh mengenai politik. Tapi, aku tahu. Ini fenomena biasa di Malaysia. Eish! Bilalah politik di Malaysia ini nak aman. Selagi pemerintah tak dapat tackle segenap rakyat, macam mana kita nak bersatu kan?  

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Kalau generasi sebelum kita ini banyak masalah, dari segi ekonomi ke, social ke, politik ke, jom ar, kita generasi baru, remaja malah mahasiswa bersatu tanpa masalah-masalah ini. Cukuplah kita kutuk mengutuk, salah menyalahi. Menyebarkan aib orang lain. Janganlah kita terikut-ikut mengutuk parti politik yang kita tak suka. Terus menyebarkan kesalahan atau kebodohan pihak politik lain. Tapi, kita bertukar daripada blaming to teaching. Don’t just assume everybody knows what is right and what is wrong, sometimes they don’t know or they just forget things. (^.^) 


inilah pembentung yang popular diperkatakan itu!


No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments