18 January 2011

Jom Review izwanyusof[dot]com




 Contest Pertama Dalam Hidup Blogging




Aku rasa ini adalah post yang paling ditunggu-tunggu oleh kawan aku sorang ni. Walaupun dah banyak yang aku kritik pasal blog dia, tapi nak juga join sokong contest yang dia buat nie. So, entri kali ini memang khas ditujukan untuk kau wahai izwan yusof.



Kehadapan izwan yusof. Aku bukan nak sangat RM50 tu, macamlah layak dapatkan? walaupun aku selalu je kering bab-bab kredit ini. Lagipun, kalau betul ko nak aku kritik review blog ko, boleh je. Free of charge kot! Heee.. aku kan memang suka kritik-kritik ni. Jangan bagi peluang je. Hahaha.  Ok, walaubagaimanapun (skema je ayat) aku dah spend masa dah bukak blog ko satu persatu page seperti mana aku buat kat blog yang menjadi idaman aku. Blog ariffshah dan ezhan artwork. By the way, aku rasa nak naikkan ezhan first ar. Jatuh hati gile dengan artwork dia. Hahah. Ok, engineering student, by points numbers.
     
     1)  Header 

Start from the top. Kalau pasal header dah banyak dah yang aku komen. Aku ok je dengan gambar kartun yang membelakangi pembaca. Seolah-oleh dia kata, “look at my best back side”. Antara lain, kartun itu jugak memberikan maksud tersirat supaya orang ikut dia dari belakang menyelami apa yang ada dalam blog. Anyway, aku rindu pada font tulisan dulu yang agak mysterious untuk dibaca. Sekarang lebih jelas dan sangat senang untuk difahami. “refleksi dari pengalaman” dan pokok tebu aka pokok buluh tu simple dan kemas. Ala-ala jepun pun ada. Haha. enough!  





     2)  Entri 

Aku rasa entri yang paling aku suka, adalah entri yang pasal tulis pasal robot tuh. Memang terbaik. Mana  dapat fact pasal robot-robot tue aku pun tak tahu. Robot yang aku paling suke mestilah Mahru-z. maka mudahlah kerja-kerja suri rumah tangga pada zaman ini. Haha. Entri yang paling aku rasa bosan, adalah entri yang cerita pasal robot-robot budak mechatronic. Mungkin sebab aku sedikit assobiah. Hahah. Banyak gambar, tapi tak describe. Just want to know more. Anyway, banyak juga entri yang berguna untuk aku. Macam tutorial buat widget like, terbalikkan tajuk entri dengan nama blog, dan juga tutorial tukar template. Banyak juga yang aku refer kat page ko. Arigato! Sorry, tak reti plak nak komen banyak-banyak pasal gaya penulisan ke, gaya bahasa ke, simpulan bahasa ke, almaklumlah, aku amatur kot! Dan aku baru perasan, kita ada tajuk entri yang sama. Homesick dan homesick ?. sorry ye, aku dah publish baru perasan. enough! (P/S : lain kali pilih gambar mark yang handsome dan macho sikit,ok!)




    
     3)  Comment

Ini dah lama nak tanya. Tapi malas pula nak dengar penjelasan. Heee..” You may use these HTML tags and attributes:” tak tahu apa fungsi details ni kat ruang komen. Aku agak untuk tinggalkan link page commenter kan? Tapi arahan tak berapa jelas la. Tak tahu pun untuk apa. Tapi mungkin aku je yang tahu.  Bukan semua orang tahu coding macam budak mechatronik, cik abang. Enough!

     4)  Cliché

Tak rasa ke template yang digunakan macam agak cliché dengan blogger otai yang lain? Cuba ko plak review blog ariffshah. =p macam sama ar. Banyak yang sama. Memanglah tak seratus peratus sama. Tapi lebih kurang. Apa kata cari identity sendiri macam ezhan (ezhan lagi). yang rasa lain kat Home dengan dia ada tweet je. Pastu dia guna innity tapi ko guna nuffnang. =P kalau ada kelainan baru ar ada branding sendiri. Nanti kalau blog dah terkenal orang akan cop plagiarism pula. Enough!

5) widget
kenapa tak ada widget untuk post-post lama? kat sitemap tue macam tak teratur. redundant. satu tajuk keluar berkali-kalilah. kemas, memang kemas. tapi agak tersorok. senang cerita macam tak mesra pengguna. kalau boleh categories kan betul-betul setiap entri, will be better. tapi ok, macam isi kandungan. hee..



Cukup tak 4 je? Haha. Penat dah perah otak nak review blog ni. Kalau tak publish ok lagi. nie kene publish pula. Nanti reader buat comparism dengan chempakaberbisik. Nanti orang kata “cakap tak serupa bikin” pula. Saya budak baru belajar. Anyway, best of luck, sifu! Semoga dapat mencari semula follower yang hilang. Ingatlah kata pepatah “patah tumbuh hilang berganti”. Haha. Semoga terus istiqamah dalam berblogging menyampaikan kata-kata yang baik.


Ok! That’s it review aku buat untuk contest pertama aku dalam dunia maya ini. Sebenarnya tak berani pon lagi nak join contest. Tak tahu nak expect apa bila join contest. Tapi, oleh (kerana member yang dah banyak ajar mengenai blog ini) yang buat contest, aku jadikan ianya platform percubaan pertama aku. Dan, aku dapat info untuk contest ini adalah dari tuan punya blog sendiri. (^^,)

3 comments:

  1. penyertaan diterima.. sila semak nama anda di sini - Senarai Peserta Jom Review Izwanyusof[dot]com

    *psstt, template baru,header tu kecikkan sket.. hehe

    ReplyDelete
  2. dah tambah hadiah..edit sikit entri ni dah tambah satu ayat lagi.. Peluang Untuk Menang Top-Up Rm 50 + Pakej Hosting dan Domain dari FIVO Enterprise di IzwanYusof[dot]com.. kot2 ada peluang dapat hadiah misteri..hehe

    ReplyDelete
  3. hadiah misteri?? waallaahhh... huhuhu.. okies.. bleh kasi tambah gempak sket..huhuhu

    ReplyDelete

Intense Debate Comments