Perkara yang aku nak sangat buat pada tahun baru ialah sama-sama turun ke KLCC ke, dataran merdeka ke, tak pun bukit bintang. Tempat-tempat yang sangat ramai orang turun yang konon nya untuk meraikan tahun baru. Dulu aku pernah ke dataran merdeka untuk 31 Ogos. Tapi itu masa umur 6 atau 7 tahun. Dengan ayah dan umi. Masa itu tak tahu apa-apa lagi. tahu nak tengok bunga api je. Cabarannya lain kalau aku pergi sendiri dengan umur sekarang dan pemahaman tentang hidup yang jauh berbeza masa aku umur 6 atau 7 tahun.
Aku bukan nak buat apa pun. Aku cuma nak memerhati. Memerhatikan gelagat manusia yang sememangnye datang ke tempat yang ramai-ramai orang untuk bersama-sama melaungkan Happy New Year. Itu saje! Tak pun, untuk tengok bunga api. Itu je ke? Mungkin pada aku itu saja. Mungkin ada banyak lagi sebab yang aku tak tahu. Sebab itulah aku nak sangat rasa berada dilautan manusia tu!
Tapi, tapi, tapi… banyak sangat faktor-faktor yang membuatkan aku tak sampai-sampai ke sana pada waktu-waktu seperti ini. Tak apa lah. Mungkin suatu hari nanti bersama suami. Barulah rasa secure sikit. Haha. Jadi apa yang aku buat masa tahun baru? Ada ke orang nak tahu? Catatan aku, suka hati aku. Haha.
Maggi. Sebenarnya, bukan celebrate pun. Lebih pada makan malam yang berlarut-larut berborak sampailah ke tengah malam. Tapi yang istimewanya maggi ini apabila boleh siap dengan ramuan telur dan cili api potong. Eerrmm…. Sedap sangat dah maggi yang macam itu kat dunia hostel ini. Selalunye dapat maggi yang rendam air panas je. Itu yang membuatkan maggi kali ini lebih istimewa. Dan kebetulan pula pada malam tahun baru. Sedap sangat makan maggi, tak sempat countdown pun. Haha.
Esoknya aku lebih pada mengadap computer dan assignment yang melambak. Oleh kerana weekend ini cuti berlebih 1 hari, aku dengan konon-kononnye menyiapkan rangka kerja aku selama 3 hari ini agar aku tak membuang masa aku dengan perkara-perkara tak berfaedah. Tapi, setakat ini, tak sampai 50% pun aku ikut jadual itu. But at least, I’ve tried. :(
yang ada nama subjek study, adalah dalam satu dua je aku follow. hehe |
Salah satu aktiviti yang aku rasa agak berguna adalah rehlah aku bersama kawan-kawan ke Ampangan Batu siang tadi. Kali in, ajakkan kawan-kawan aku ini tak membuatkan aku untuk fikir panjang pun untuk join. Aku rasa lapang dada je nak ikut. Di sana, kitorang memanjat bukit yang sangatlah curam untuk sampai ke ampangan itu. Dan di tepi ampangan itu kami berkongsi ilmu masing-masing yang serba sikit tapi cukuplah untuk bagi sorang sikit.
Point yang aku cuba nak sampaikan, kami bersusah payah untuk mendaki bukit itu, tapi habis saje dakian, saujana mata memandang ke arah sebuah tasik yang sangat luas terus hilang penat lelah mendaki tadi. Seolah-olah tak puas mata meratah setiap inci tasik itu untuk terus menjamu mata dengan keindahan dan ketenangan yang ada di tepi kesibukan KL ini. Kalau tengok tasik yang tenang itu, tenang lagi hati ini yang tak sangka ada habuan disebalik susah payah mendaki tadi. Subhanallah.
inilah tasiknye.. |
semasa sesi berkongsi ilmu, sempat juga berangan sikit.. |
Tapi macamane nak turun? Bahaya kot! Kalau salah langkah mahunye tergelongsor terus ke bawah. Rupa-rupanya, ada je jalan yang kurang curamnye untuk naik mahupun turun. Kawan yang menjadi tunjuk arah ini, saje nak kami rasa bersusah payah mendaki bukit yang curam itu untuk kami rasa lebih dan sangat menghargai nikmat mata melihat tasik itu. Betul! Kalau aku ikut jalan yang mudah itu, tentulah aku rasa biasa. Dan tiada penat yang perlu dihilangkan dengan pemandangan itu.
gune camera handphone je.. bukan DSLR, harap paham... |
Tasik yang aku pergi tiadaklah sehebat tasik kenyir. Bukit yang aku daki pun taklah sehebat gunug ledang. Mungkin sebab aku pun taklah sehebat orang-orang yang mampu mendaki gunung-ganang tu kan? Tak apa, this is just an leisure activity. Leisure ke aku?
Satu je pengajaran yang aku nak cerita kat sini ialah, Sesuatu perkara itu akan lebih dihargai kalau kita bersusah payah untuk mendapatkannya. Kalau lah kita dapat dengan senang je, mesti kita mudah untuk lupakan. Kalau kita tak study tapi dapat dean list, nak cerita kat orang pun belum tentu seronok. Kan? Dah, jom sambung study! (^^,)V
No comments:
Post a Comment