Showing posts with label palestin. Show all posts
Showing posts with label palestin. Show all posts

06 January 2012

Gelabah



Ada kawan aku ni suka cakap aku gelabah. Padahal aku cool je.  Tapi ye ar, kadang-kadang bila kita malu ke, bersalah ke, dalam keadaan dengan ego yang tinggi ke, memanglah nampak gelabah sikit. Tu pun dah puas cover dah tuh.

Tak adalah gelabah sangat sebenarnya.  

Gelabah ni macam ala-ala melatah kot. Ataupun tak keruan. Ye ke? 

Pointnya nak cakap,mungkin gelabah ni macam perlakuan kita yang tak terkawal. Dalam keadaan gelabah tu, perlakuan kita kadang-kadang tanpa sedar pun kita buat. Kadang-kadang terlebih. Kadang-kadang over. Kadang-kadang terus senyap, gelabah nya pasal. Ni play safe lah.

Tapi aku tak kisah pun kawan aku nak cakap aku cepat gelabah. Sebab tengok je zaman sekarang nih, berapa raaaaammmaaaiii lagi yang lagi teruk gelabahnya dari aku. 

2 3 keping gambar kecederaan pelajar-pelajar UPSI, macam-macam andaian ada dah. Pastu ramai pulak siap emo-emo. Baru dengar cite Adam Adli kat café meja sebelah borak, terus dah update status FB kutuk sana sini. Padahal tak tahu cerita sebenar.

Macam exaggerate pula aku. Ke gelabah. Mana ada.. 

Ini antara analogi untuk orang ramai je.

2 3 keping gambar amalina che bakri tersebar, ramai betul yang emo. Ni lagi aku tak paham. Lifestyle dan pendidikan agama adalah agak personal bagi aku. Kita sebagai orang luar memang tak ada hak untuk kutuk atau mengata.

Perlu sedar hidayah hanya untuk orang yang terpilih. Nikmat ALLAH adalah untuk semua. Tak semestinya pandai dapat hidayah. 

Sebab pandai adalah nikmat. Sebab tu orang yahudi, kristian, tamil, hindu, Buddha, sawai, kadazan pun ada yang pandai-pandai.

Duk ngata kat FB atau blog, bukan friend pun dengan amalina che bakri tu. Bukannya amalina che bakri tu follow pun blog korang. 

Andai kata menasihati, biar lah sampai kepada tuannya. Jangan sampai jatuh mengumpat plak.
Jangan terlalu gelabah mencari publisiti blogger terhebat dengan menjual pendapat yang lebih kurang je.

Jangan terlalu gelabah nak LIKE dan comment yang banyak dari friend buat status terkejut dengan perangai orang lain. (baik buat statement “hot” pasal diri sendiri..ketawa sikit)

Jangan terlalu gelabah nak bagitahu semua orang yang awak tu up to date dengan current issues. 

Tanya siapa duta Malaysia kat afganistan kang tak tahu jawab pulak.

Tanya berapa banyak bom kat Palestine kang tak reti jawab pulak.

Aku rasa macam aku pulak gelabah kutuk-kutuk orang lain gelabah… alahai… 






25 January 2011

Kita Hina Islam?



Ada baca berita pasal laungan azan perlu di'slow'kan atas alasan menggangu ketenteraman orang awam? Pelikkan? Macam mana ni? Apa tanggungjawab kita bila tahu hal-hal yang macam ini? Lepas saja kejadia itu, lebih 100 umat Islam berhimpun di perkarangan masjid berkumpul menunjukkan bantahan itu kepada pihak berkenaan selepas solat jumaat. Kita tergolong tak dalam 100 orang tu? Kalau tak tergolong, apa yang kita buat? 

Lepas saja dapat aduan itu, pihak masjid guna speaker dalam masjid saja untuk laungkan azan. Semua ini terjadi bila ada seorang peguam yang membuat aduan kepada pihak atasan tentang azan yang kuat di tempat tinggal dia yang majoritinya orang melayu. Hah! Orang melayu pun. Dulu ingat tak kes di Pulau Pinang kot yang tak mahu dah ada sign board yang bertulisan jawi? Lupa dah apa alasannya. Apa kesimpulan yang boleh dibuat sekarang? Kita diancam!! Hahaha. Nampak macam semangat sangat. Tapi. Aku masih di depan pc, menulis, menaip dan membaca.   Cukup ke?


Intense Debate Comments