Siang tadi sempat tengok ulangan “The Best of Nabil” masa zaman kegemilangan dia di Raja Lawak. Sekarang tak tahu lah sama ada gemilang lagi atau tak. Bila diperhatikan kenapa dia boleh menang, memang nampak bakat melawak yang dia ada. Bukan senang nak buat orang ketawa kan? Dia ada idea baru. Idea asli yang tak perlu ikut orang. Bila tengok persembahan dia, kita tak terbayang pun pelawak-pelawak lain. Itulah maksudnya identiti sendiri. Dia memberi nafas baru pada dunia melawak di Malaysia ni. Tapi sekarang? Lu pikir la sendiri!
Salah satu persembahan dia yang agak menarik perhatian aku adalah masa dia bercerita pasal tabiat-tabiat orang kita. Maksudnya, orang melayu lah. Yang pertama dia sentuh mengenai melatah. Dari dulu memang aku pun pelik. Melatah ini seolah-olah penyakit orang melayu sahaja. Dulu masa sekolah, ramai juga kawan-kawan cina. Tapi memang tak pernah dengar sorang pun yang melatah. Tapi kalau kalangan orang melayu dan selalunya perempuan tua, ini perkara biasa. Kenapa agaknye ye? Kadang-kadang tue apa yang dilatahnye mesti perkataan yang pelik-pelik dan tak senonoh. Teringat ada ustaz dulu pernah berpesan untuk orang yang suka melatah ni, katanya apa yang keluar dari mulut itu, datang nya dari hati. Kalau keluar dari mulut itu perkara-perkara baik, insyaALLAH baik lah kat dalam hati tu.
Next. Pernah tak kawan-kawan kita bila dia nampak kita tengah basuh baju, nanti dia tanya kita “basuh baju ke?” Kalau jumpa di pasar, “pergi pasar ke pagi-pagi ni?” Perkara biasakan? Nak-nak lagi kalau jiran sebelah rumah. Nampak kita tengah sidai baju pun dia tanya “sidai baju ke?” Haha. Kenapalah ditanya kalau dah tahu kan? Pada aku, memang dah adat orang melayu yang ramah tamah dan mesra. Kadang-kadang, ayat-ayat inilah yang menjadi permulaan borak antara kita. Kalaulah tak ada pertanyaan-pertanyaan "klise" ini, mesti dapat label sombong kan? Inilah uniknya orang kita pada pandangan aku. Jadi, kalau lain kali ada orang yang tegur kita macam ni, jawab sajalah seikhlas hati. Mungkin they just try to be nice. Janganlah jadi jiran yang macam hari ini. Kalau nampak jiran sebelah nak keluar rumah, kita pun cepat-cepat tutup pintu. Boleh gitu?
Haha. Yang last sekali nak kupas, cara mamat mengorat minah. Memang standard orang-orang bujang melayu lah. Suke betul “phewwitt-phewwitt”. Tak pun ada satu lagi jenis bunyi yang macam tikus tu. Ini pada aku agak sensitive. Sebab aku tak suka kalau orang buat macam ini. Women are human being with name. Not an animal to call with whatever does it means. Sampai sekarang aku tak sure sama ada ini adalah signal serius dari lelaki untuk ngorat ataupun saje je test suara, boleh atau tak buat bunyi macam itu. Seriously, annoyed. Mungkin tak semua lelaki buat bunyi-bunyi macam itu bila nampak perempuan, tapi selalunya yang duduk lepak tepi jalan tak ada kerja lain nak buat. We are not impressed with that act. Haha. Agak emo perenggan ini. Kita ada garis panduan yang lebih sopan dan manis untuk tegur atau so called “ngorat” perempuan. Tabiat ni macam tak selari dengan tabiat yang nombor dua tadi. Eish!
That’s it entri kali ini. Banyak lagi tabiat orang melayu yang agak unik dan pelik ada kalau kita perhatikan sekeliling. Tapi perlu banyak pengetahuan tentang budaya lain kalau nak tahu yang kita ni berbeza dengan oang lain. Aku masih lagi mencari-cari apa sebenarnya ‘tebiat’ yang orang maksudkan bila ada frasa ‘dah buang tebiat nak mampus agak nye orang tua tu!’ Agak kasar kata-kata ini. Selalunye dalam cerita P.Ramlee banyak juga menggunakan frasa ini. Any idea? (^^,)V
No comments:
Post a Comment