19 November 2010

Sekarang Musim Apa?


Cuti. Biasalah, kalau dah abis exam maknanye bercutilah di rumah masing-masing. Samalah macam aku. Kali ini rasa macam cuti lama sikit. Mungkin sebab aku habis exam awal. Adalah lebih kurang sebulan bercuti di rumah. Bercuti dari assignment, bercuti dari kuiz, bercuti dari naik scoot aku. Haha. Jadi, cuti yang agak-agak tak berapa lama ini, aku harap boleh lah dimanfaatkan sebaik nye.


Aku terfikir juga, kalau aku study oversea macam ariff ataupun ayam, masa-masa cuti sem nak buat apa ye? Kalau student IPT macam aku boleh lah nak balik rumah. Dekat jelah. Tapi kalau jauh-jauh tue, macam mana lah ye? Mahunye aku meraung kat hostel sorang-sorang. Tapi ada jugak kawan-kawan cerita yang diorang pergi melancong ke negara-negara keliling. Seronok jugaklah kalau macam tu. ada kawan itu belajar kat UK tapi dah berjalan sampai Jordan, Turkey dan Spain.  Nak-nak lagi kalau musim sejuk. Mesti lagi seronok dengan salji di mana-mana.  Interesting kan?







But i still prefer to go home (noktah)

Jadi, di Malaysia ada musim apa? Tak tahu ke?sapa kata Malaysia tak ada musim. Macam-macam musim ada. Bila kita berada dalam komuniti yang besar dan pemahaman yang sama, lagilah banyak musim yang ada.  Ingat tak masa sekitar bulan 5? Malaysia dan banyak lagi negara-negara menghantar aktivis mereka untuk ke sempadan gaza.  Beberapa bulan sebelum itu, banyak dah aktiviti mengutip derma dan kesedaran dibuat. Tup-tup bile dah masa nak ke gaza kene serang dengan Israel. Tak semua barang-barang yang didermakan sampai ke saudara semuslim kite di Palestine.  Kalau ada pun kontena yang lepas ke gaza akan di tapis habis-habisan. Entah apa jelah yang lepas ke Gaza.

Cuba bayangkan, kalau permainan kanak-kanak dengan kerusi roda pun dikira sebagai  barang-barang yang boleh buat bom. Nampak tak betapa "desperate"nye orang yang takut dengan kita. Itu hal yang jadi di perairan sana. Kat facebook lain pulak yang jadi. Rata-rata semua orang tukar profile pic gambar bendera Palestine la. Gambar kereta kebal la. Gambar burung-burung bebas terbang la. Termasuklah aku.  Tapi bile habis je kisah kena serang itu, terus tak nampak dah profile pic yang macam itu. Sume dah tukar semula gambar gediks personal masing-masing .

Seolah-olah apa yang terjadi selama ini hanya mengikut musim saja. Kalau banyak dapat liputan dari media, semua orang akan alert. Semua orang seolah-olah take part dalam apa yang terjadi. Kalau ada yang terlebih hipokrit, siap berkobar-kobar lagi mengutuk kafir laknatullah itu. Padahal belum tentu tahu apa itu peristiwa Nakba. Eish, pelikkan musim di Malaysia ini? Bukanlah tak suke semua orang seolah-seolah support apa yang terjadi. Tapi kenapa perlu bermusim? Antara kita, berapa ramai je yang dah ke Maybank mendepositkan duit untuk Palestine? Berapa orang je yang menjadikan doa untuk Palestine  element wajib dalam doa harian kita?

Orang boleh jawab, “bencinye dalam hati ini tak siapa tahu”. Kan mendoakan dalam hati itu adalah selemah-lemah iman. Kenapa kita seolah-olah berbangga dengan selemah iman yang kita ada itu? Eish. Aku pandai menulis je. Macam-macam jugak aku belum buat untuk saudara aku kat Palestine itu. Sekadar nak berbincang musim-musim yang ada kat Malaysia. Itu belum masuk cerita musim boikot FB sebab hina Rasulullah SAW. (^^,)V

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments