10 November 2010

Apple


Yes, entri kedua pula yang akan menerobos chempakaberbisik.blogspot.com ini. Sepanjang perjalanan aku menjelajah blog-blog yang aku tahu di alam maya ini macam-macam hal ada. Mungkin itu adalah perihal penulis itu sendiri atau pun penulis cuba untuk menjadi orang lain dunia maya ini. Aku pun tidak pasti. Tapi cuba bayangkan, kalaulah kita ada lima orang kawan dan   kelima-limanya menulis blog menjadi orang lain, kan dah 10 perangai ada. Eish, itu kalau lima. Kalau 50? 500? Berganda-ganda jadinya.





Tak apalah. Yang penting semua ada kata-kata baik untuk disampaikan kepada info seeker di internet ini. Kepada yang menyampaikan kata-kata yang tidak baik, tunggu sja balasan yang menanti sebelum ke syurga nanti. Boleh gitu? Aku? Aku nie memang chempaka ke kat dunia reality? Eish, ada ke orang yang nak tahu? Wat malu je tanya-tanya sendiri.



Ok, ok. berbalik pada tajuk entri kali ini. Apple. Kenapa dengan apple? Ada blogger otai ini, dia yang suggest, kalau hendak pilih nama untuk blog atau hendak letak tajuk untuk entri letak la yang boleh market. Maksudnye keyword yang selalu orang guna untuk  search kat google tu. Dengan satu-satunya akal yang aku ada ini, aku try lah guna tajuk entri kali ini APPLE. Manalah tahu orang sekarang sibuk cari iphone keluaran Apple ke. Student baru masuk IPTA hendak cari laptop brand Apple ke. Dan sebagainya. Untung kelapa timbul, untung sabut tenggelam. Boleh gitu? Tapi minta maaf lah kalau ramai info seeker di dalam alam maya ini tidak berpuas hati dengan result yang dapat. Sebab entri ini memang tidak ada kene mengena dengan handphone ke, laptop ke, headphone apatah lagi. rasa bersalah pula.Maaf..maaf.. dan maaf..saya budak baru belajar.

Walaubagaimanapun, mungkin ini boleh jadi tips untuk blogger yang baru nak belajar  buat blog. Eish, baru buat blog dah nak ajar orang pula. Boleh gitu? Pemerhatian dan ilmu perlu dipertingkatan dalam setiap perkara yang kita nak buat terlebih dahulu. Jangan main terjah atau ikut-ikut saja. Analogi yang mudah, puasa. Tertarik dengan tauladan kawan yang suka berpuasa sunat. Kita pun cuba berpuasa bukan di bulan ramadhan pada hari sabtu. Kan dah salah, berpuasa di hari sabtu sahaja bukan dari para nabi kita. Sedangkan kawan tadi berpuasa sunat isnin khamis. Jelaskan,betapa pentingnye ilmu untuk sesuatu action? Tapi, berilmu tanpa action pun tidak berguna juga. Bab tu entri lain lah. Kalau tidak, tidak sampailah 390 entri. Anyway, sama ke berpuasa dengan ber “blog”?     (^^,)V

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments