11 November 2010

A atau D, nak yang mana satu?

Hooyeay, next entri. Excited juga hendak menulis entri-entri berikutnya ini. Tapi, itulah, aku harap aku tidak overexcited hinggakan semangat itu habis di awal-awal entri saja. Biarlah semangat itu sikit pada bila-bila masa tapi kekal sampai entri ke 390. Bukankah Rasulullah suka amal yang sikit tapi istiqamah. Eish, tiba-tiba rasa nak dengar lagu ‘semangat yang hilang’. Boleh gitu?  
  
Seketika aku menulis entri ini aku sedang menunggu next paper exam. Math 3. Eish, Engineering student, subjek math je sampai lima. Tapi tidak tahulah, sementara menuggu hari-hari peperiksaanlah, idea untuk menulis datang mencurah-curah.Tapi kalau dah sibuk menulis entri, nanti result aku A ke D? Nauzubillah. Lepas tulis entri ini, aku struggle lah untuk result yang baik.

Apa yang aku nak bicarakan pasal A atau D ini, bukanlah pasal result math 3 aku yang belum keluar pun. Tapi aku hanya men‘shortform’kan tajuk kali ini. Activate atau deactivate. Semuanya gara-gara facebook. Satu dunia dah tahu pasal facebook. Malah semalam masa blogwalking ada yang bagi info, facebook menjadi ranking ke dua top selepas google dan youtube di ranking ke 3. Tapi tidak tahu lah maklumat ini pada tarikh bila. Dan untuk makluman semua, aku adalah pengguna facebook tegar. 24 hours facebook itu on di PC aku. Memang tidak boleh lekang. Rasanye aku ber‘facebook’ lagi lama dari tidur. Kadang-kadang memang ganggu study. Suka betul selongkar facebook itu sampai tidak sedar masa untuk study berlalu macam itu saje. Almaklumlah, semestinya PC atas meja study.  





Tapi itu dulu. Mood exam ini, aku sedaya upaya untuk ignore facebook. Dah nak masuk dua minggu aku deactivate facebook. Tuhan saja yang tahu betapa aku sangat rindu nak update wall facebook aku. Tapi tidak mengapa. Untuk A atau D dalam result slip sem ini adalah lebih penting. Dan oleh kerana mengabaikan facebook juga lah aku menjumpai dunia baru dalam screen PC acer aku ini. Kalau aku mampu menggabungkan Facebook dan blogging ini, mesti mantap lah. Macam otai-otai blogger lain dah sedia buat.

Ada fakta yang kelakar dalam hidup aku pasal facebook. Ada classmate ini bertanya pada ustadz dalam kelas. “sir, people said that FB is haram, is it true sir?”. Eish. Tidak rasa kelakar ke? FB itu kan alat. Kitalah yang mencorakkan sama ada dia haram atau tidak untuk kita kan? Kalau makan nasi ayam goreng sampai berat badan naik 152 kg seminggu, jatuh haram juga ayam goreng itu untuk kita. Ada juga pandangan dari blogger lain yang mengatakan, hasil blogwalking lagi facebook itu ibarat pisau tajam. Kita perlukan pisau itu tapi kalau tersalahguna boleh mencederakan diri kita juga. (^^,)V

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments