Masa nak mula-mula tulis entri ini, aku mencari-cari Mr. Google aku, untuk minta visual yang sesuai untuk aku gambarkan tajuk entri kali ini. Tapi agak hampa pula. Gambar yang diberi tak dapat nak sampaikan message aku kali ini. Mungkin, Mr.google tak berapa nak paham aku lagi. boleh gitu? tapi, yang ada ni kira oklah kan?
Alhamdulillah. Selesai exam aku untuk semester ini. Aku harap dan sangat berdoa untuk lulus dengan cemerlang kesemua subjek aku. Eish, mesti lah semua student harap macam itu kan? Sambil aku jawab exam tadi, aku terfikir ke tempat lain. Ramai betul yang pergi toilet buat aku tak dapat nak focus kat soalan-soalan dari Dr. Gharib ini. Students yang lalu lalang tepi aku untuk pergi toilet sangatlah merimaskan. Ada yang hormat, jalan slow-slow. Ada yang selamba je, jalan laju-laju sampai nak berpusing kerusi aku. Boleh gitu? Ada jugak yang sambil jalan sambil pandang-pandang answer sheet orang lain. Macam-macam ragam.
Yang sangat menarik perhatian aku adalah seorang brother ini yang dah nak masuk tiga kali dia pergi toilet. Pelik jugak. Hall pada petang itu tak lah sejuk sangat. Nak kata dia cirit birit, muka dia rilex je. Ini yang timbul rasa syak wasangka ini. Eish. Khuznuzonlah! Tapi, diri kita sendiri bertanggung jawab untuk tidak timbulkan fitnahkan? So, aku buatlah analisa aku sendiri. Dalam keadaan meja exam aku yang kecik tu, sempat lagi menerawang ke tempat lain. Sampai nak terjatuh-jatuh kalkulator. Yes, kalkulator yang dah masuk 4 tahun itu. Huhu.
Macamane nak meniru dalam exam? Mungkin sesetengah reader ada yang anggap ini boleh jadi panduan untuk meniru jugak kan? Tapi aku harap reader aku takkan dan tidak sesekali meng “apply” apa yang aku nak bagitahu ini. Aku meletakkan diri aku sebagai seorang penipu, peniru, pembohong, looser, tak malu, dan tak sedar diri. Dan situasi aku sekarang adalah aku ingin lulus dalam exam math 3. Lulus saja pun jadilah. Tapi tak sempat mentelaah beberapa topic, main topic. Jadi, macam mane? Banyak rupanye cara untuk meletakkan nota atau formula dalam diri aku. Dalam poket jeans boleh lipat-lipat nota. Dalam baju pun boleh selit di pinggang seluar. Bahagian dalam-dalam apatah lagi. Ini situasi yang pakai seluar. Kalau perempuan, pakai tudung?Nota kecik dah memadai. Takkan nak bawa satu buku teks kot untuk saat genting ini. Lepas tu boleh pergi toilet, untuk review apa-apa yang tak tahu dalam soalan-soalan tadi. Kan? Kalau pengawas ikut pon, takkan sampai dalam tandas kan? Mesti sampai bilik air je. Pastu, pengawas tak kan check-check baju kita sebelum masuk toilet kan? Ke ada jugak pengawas yang buat macam tue? Memang malanglah kalau ada pengawas yang macam itu.
Jadi, cuba bayangkan kat ruang-ruang kecil di baju kita sangatlah besar untuk kita letakkan nasib cita-cita yang kita impi selama ini kan? Dan di dalam ruang tandas yang kecil itu juga kita memperjudikan nasib kita masa belajar ini. Padahal sebelum exam dulu banyak sangat ruang-ruang tidur, ruang-ruang borak, ruang-ruang Futsal, ruang-ruang DOTA, ruang-ruang dating yang boleh kita isi dengan study kan? Tak pelah kalau fail satu paper kalau itu sahaja satu-satunye jalan untuk menyedarkan kita. Tapi kalau nak meniru jugak, lebih baik fikir kat mana nak selitkan nota-nota kecil itu masa pakai kain kafan nanti. Pastu buat wasiat siap-siap. Nanti senang nak jawab soalan mungkar nangkir walaupun soalan dah bocor, kan? Boleh gitu? (^^,)V
No comments:
Post a Comment