12 November 2010

Lelaki yang bodoh atau perempuan yang bijak?



Tidak tahulah kenapa. Sejak dua menjak ini, suka betul menggunakan alphabets saja untuk describe entri. Mungkin lebih catchy senang. Kali ini tajuk lebih panas dan mendalam. Ini soal hidup. Haha. Boleh gitu?





Masa hendak start menulis blog ini, aku tengah semangat meningkatkan aktiviti blogwalking aku. Dan antara blog yang aku jumpe, menegur atau mengeluh perihal bloggers yang selalu dapat rank atau follower tertinggi dalam dunia ini. Beliau seakan-akan merasakan tidak kisah ada atau tidak follower dalam blog beliau. Pada beliau, kalau rank or traffic tinggi pun, dia tidak jejas apa-apa Antara kata-kata beliau, “yang mendapat nama Matt Mullenweg juga bukan? Yang membesarkan empayar adalah Google juga. Yang bertambah kuat pengaruhnya adalah Nuffnang juga”. Serius down bile baca statement dia ini.

Secondly and mainly, aku ada juga blogwalk di pages yang empunya nye si gadis atau si wanita. Dan kebanyakkan si gadis ada kelebihan tersendiri kenapa blog mereka ramai menarik perhatian. Aku akui juga. Kebanyakkan blog si gadis yang top-top ini, mesti mengandungi banyak gambar mereka sendiri. Dan gambar-gambar yang diambil pose bukan main “daring”. Itu antara elemen yang klise ada pada blog anak gadis. Tapi kalau perhatikan blog yang dimiliki oleh lelaki pula, tidak banyak pun gambar mereka. Kalau ada pun gambar yang sempoi saje. Gambar baru bangun tidur je aku rasa. Tapi gempak juga. Rank tinggi juga. Berbalik pada blog si anak gadis. Agak-agak nye lahkan. Golongan mana yang membuatkan rank dia tinggi? 

Tak percaya ke? Saje aku tak nak link kan blog mereka kat dalam entri ini. Eish takut aku pun dapat saham sebab war-warkan pendedahan aurat dan sebagainya. Ada blog anak gadis ini, siap dapat best blog award lagi dekat Singapore. Nasib baik lah dia bukan Islam. Tapi, kalau baca pada entri nye, tak berisi pun. Boleh gitu? Hanya laporan setiap saat activity hidup dia dan orang-orang sekeliling dia dan juga gambar-gambar xsenonoh dia . Jadi agak-agak la kan, sapa yang bertanggungjawab melayakkan dia dapat award macam itu? Dan persoalan berbalik pada tajuk entri, si anak gadis ini yang bijak atau lelaki yang bodoh? Mungkin terlalu subjektif untuk megatakan siapa salah dan siapa benar. Dan bukan matlamat aku dalam blog ini nak cari pesalah atau pembenar. Haha.. sekadar ingin berbicara tanpa suara.. (^^,)V         

No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments