Lepas je entri kerana cinta itu tidak buta part 1, aku mulalah terfikir. Aku kene update kisah abang aku nih sampai beranak pinak ke ? Sebab kalau dah ada part 1 mestilah ada part 2 dan seterusnye, kalau tak tak payahlah tulis part 1 kan? Entahlah. Ikutlah sampai mana nak cerita. Manalah tahu, nanti dapat anak buah, kegembiraan nak diungkap dalam blog ni, boleh lah teruskan numbering kat bahagian part tuh.
08 March 2011
07 March 2011
SOLD!!
Oleh kerana hari ini ada 1 kelas aku cancel, dapat lah jugak aku update blog ini. Tapi sekarang aku dah tak tension kalau tak update lama pun blog ini, sebab member aku pernah kata, “tulis blog nih ikut hati, tak perlu stress-stress”. Jadi aku rasa betul lah, selagi aku masih ada keinginan untuk update, oklah tuh. Cuma tak konsisten je. Al-maklumlah, time consuming.
Entri kali ini nak menceritakan betapa aku kagum dengan usaha course mate aku kat UIA ni. Barulah nak ngaku coursemate. Kalau tak salah, mereka berempat kot memulakan satu laman web, UNIBAZAAR yang semua orang boleh iklankan apa-apa saja yang mereka nak untuk dijual. Macam e-bay. Tapi, diorang tak ambil sesen pun keuntungan daripada penjualan mana-mana pihak. Simply daftar je dilaman web tu, kemudia kita dah boleh iklankan barangan yang kita nak jual. Tak kisah apa-apa barang. Daripada barang-barang terpakai sampailah produk-produk kesihatan. Nice kan?
27 February 2011
PART 1 : Kerana Cinta itu Tidak Buta
Fuh... Fuh !! Berhabuk-habuk dah blog ini! Dengan course work yang melambak-lambak, aktiviti harian yang memenuhi ruang diari, dan juga keinginan diri untuk memanjakan diri bersiar-siar buat aku terlepas pandang nak update blog ini. Aku rasa tidak berkesempatan untuk mencoretkan aktiviti kehidupan harian aku di blog ini. Pada hal, banyak saja hal-hal semasa atau pengalaman yang memang aku hendak share. Tapi tulah, manusia kalau diberi beluang untuk memberi alasan, memang boleh tulis kamus banyaknya.
Walaubagaimanapun, kali ini entri aku adalah untuk menunaikan janji dan cita-cita aku untuk menceritakan perihal perkahwinan abang aku Disember yang lalu. Dapat orang baru dalam family. Macamana? Aku tak pernah rasa ada kakak. Aku tak pernah berkongsi bilik. Aku tak pernah dapat baju “second hand” dari adik beradik perempuan. Aku tak pernah beli baju buy one free one dengan adik beradik. Dan segala perihal dapur, masak, hiasan rumah dan kecantikan mesti umi bertanya pada aku. Tapi sekarang, ianya seolah-olah satu turning point untuk aku hadapi dalam hidup ini. Adanya seorang wanita lain yang mencampuri urusan harian aku di rumah dan yang paling significant, sedikit sebanyak mencuri kasih sayang abang kepada seorang adik. Hahaha. Macam drama tak?
06 February 2011
Dari Mesir ke Tenang menggunakan Minyak
Banyak betul page-page yang membincangkan isu-isu ini sejak kebelakangan ini. Cuti aku seminggu ini dipenuhkan dengan hal-hal semasa ini je. Agak bosan bila masuk hal-hal politik di pilihan raya Tenang. Tapi, perkara baru pulak apabila tahu ada demonstrasi besar di mesir. Hal minyak? Aku macam tak terlibat. Setakat naik passion 125, tak kisahlah kalau RON 97 tue naik harga 10 sen. Family aku pun guna RON 95 je. However, ini kan isu semasa. Isu-isu yang akan jadi sejarah pada suatu ketika nanti, entah-entah, masa anak-anak kita kene temuduga nak sambung belajar ke, nak mintak kerje ke, soalan-soalan pasal inilah yang akan ditanya. Kan? Yeke? Entahlah.
01 February 2011
ikan terubuk goreng
![]() |
| gambar hiasan |
Dulu masa aku balik dari sekolah, aku akan terus ke rumah nenek aku. Sebab sekolah dekat la dengan rumah nenek aku. Lagipun mak ayah aku belum habis kerja lagi. Jadi, pergi mengaji al-quran, makan tengahari, panjat pokok ceri, main rounders, semuanya di rumah nenek aku. Aku panggil nenek aku, wan. Mak cik aku kata, kalau orang-orang Negeri Sembilan pendalaman, Rembau ke, Pilah ke, memang panggil nenek dengan gelaran “wan”.
Subscribe to:
Posts (Atom)


