27 February 2011

PART 1 : Kerana Cinta itu Tidak Buta




Fuh... Fuh !! Berhabuk-habuk dah blog ini! Dengan course work yang melambak-lambak, aktiviti harian yang memenuhi ruang diari, dan juga keinginan diri untuk memanjakan diri bersiar-siar buat aku terlepas pandang nak update blog ini. Aku rasa tidak berkesempatan untuk mencoretkan aktiviti kehidupan harian aku di blog ini. Pada hal, banyak saja hal-hal semasa atau pengalaman yang memang aku hendak share. Tapi tulah, manusia kalau diberi beluang untuk memberi alasan, memang boleh tulis kamus banyaknya. 

Walaubagaimanapun, kali ini entri aku adalah untuk menunaikan janji dan cita-cita aku untuk menceritakan perihal perkahwinan abang aku Disember yang lalu. Dapat orang baru dalam family. Macamana? Aku tak pernah rasa ada kakak. Aku tak pernah berkongsi bilik. Aku tak pernah dapat baju “second hand” dari adik beradik perempuan. Aku tak pernah beli baju buy one free one dengan adik beradik. Dan segala perihal dapur, masak, hiasan rumah dan kecantikan mesti umi bertanya pada aku. Tapi sekarang, ianya seolah-olah satu turning point untuk aku hadapi dalam hidup ini. Adanya seorang wanita lain yang mencampuri urusan harian aku di rumah dan yang paling significant, sedikit sebanyak mencuri kasih sayang abang kepada seorang adik.  Hahaha. Macam drama tak? 





            Dan turning point ini jugalah aku mula belajar. Aku belajar bagaimana nak basuh pinggan berdua, macam mana nak membahagi tugasan mengemas rumah, macam mana nak menyesuaikan diri dengan stranger dalam rumah sendiri. Bagaimana nak berkomunikasi dengan orang yang kita tak pernah kenal. Dan yang aku rasa paling penting, bagaimana nak bertolak ansur dengan perhatian yang mula berkurang diberikan oleh umi dan ayah kerana dibahagikan-bahagikan.

“ayah dah ada anak perempuan baru..”

“nanti umi dah ada kawan kat dapur yang baru”

“lepas ini, ain tak payah penat-penat dah kat dapur”

Arrgghhh, menusuknya.

            Aku tahu, inilah keindahan Islam. Dengan akad nikah yang sekali lafaz, menjadikan yang haram kepada halal. Yang batil kepada yang hak. Indahkan? Menjadikan wanita ini mahram kepada ayah aku. Menjadikan abang aku taraf ketiga untuk dia taati. Jadi apa masalah aku? 







            Sememangnya tiada masalah. Apabila terlafaznya akad nikah, maka menangislah semua syaitan-syaitan kerana terhindarnya manusia ini dari zina yang dimurkai ALLAH. Terlafaznya akad ini, terlangsailah separuh daripada agama mereka. Berkembang-biaklah pewaris agama Islam. Berbanggalah Nabi Muhammad dengan zuriat yang ramai. Dan terjalinlah suatu ikatan dua buah keluarga sejauh Kelantan dan negeri Sembilan.   




 

Barakallahulakum. Apa yang sangat tersirat menjadikan ibu adalah manusia biasa yang paling utama kepada seorang lelaki dan suami adalah manusia biasa paling utama untuk seorang perempuan? Inilah segala penyelesaian untuk masalah “suami isteri gaduh kerana balik kampung” ,“menantu ke hantu” dan seribu masalah lagi. Seorang isteri seolah-olah harus mengangkat bendera putih kepada ibu mertua kerana Islam menggariskan seperti itu. Jadi? Terlepaslah beban aku sebagai seorang anak perempuan untuk bertanggungjawab menjaga umi kalau suatu hari nanti aku pula yang bernikah. Adanya abang aku yang dah halal menjadi seorang suami kepada seorang wanita menjadikan tanggungjawab aku beralih pada ibu mertua. InsyaALLAH. That is the best side. Bukanlah bermakna aku tak nak menjaga umi suatu hari nanti, tapi andai kata tak berkesempatan atau tiada keizinan, kebajikan umi masih terjaga. Itu yang paling penting. Yup, Islam indah.






So, welcome to the club! Dengan segala hikmah disebalik mendirikan masjid, siapalah aku untuk mengadu. Inilah hidup. Bukan semua yang kita tak suka tak elok untuk kita. Aku yakin. Dengan keberkatan perkahwinan sejoli ini akan berkekalan hingga akhirnya. Menjadikan sinar dan episode baru dalam keluarga aku. InsyaALLAH.





            Aku jealous ? Mestilah ! Tapi itu bukan bermaksud aku benci !.Sayang aku pasti untuk mereka. Doa kebahagian abang aku dan isteri sentiasa mengakhiri bait-bait doa selepas solat. 









Alhamdulillah, bulan September ini, seorang bayi kecil pula akan menyinari hidup kami sekeluarga. (^^,) V

insyaALLAH…… 






No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments