06 February 2011

Dari Mesir ke Tenang menggunakan Minyak



Banyak betul page-page yang membincangkan isu-isu ini sejak kebelakangan ini. Cuti aku seminggu ini dipenuhkan dengan hal-hal semasa ini je. Agak bosan bila masuk hal-hal politik di pilihan raya Tenang. Tapi, perkara baru pulak apabila tahu ada demonstrasi besar di mesir. Hal minyak? Aku macam tak terlibat. Setakat naik passion 125, tak kisahlah kalau RON 97 tue naik harga 10 sen. Family aku pun guna RON 95 je. However, ini kan isu semasa. Isu-isu yang akan jadi sejarah pada suatu ketika nanti, entah-entah, masa anak-anak kita kene temuduga nak sambung belajar ke, nak  mintak kerje ke, soalan-soalan pasal inilah yang akan ditanya. Kan? Yeke? Entahlah.



MESIR



Dulu masa aku kecik-kecik aku sangatlah memandang tinggi pada Mesir ini. Sebab asal aku tahu ada orang nak ke mesir mesti nanti jadi ustaz ustazahlah, tahfiz lah. Sekarang aku dah tahu, ada jugak doctor dan profession lain kat mesir tuh. Aku pun tak pernah tahu sapalah yang mentadbir mesir itu, sampailah ada nye demonstrasi besar-besaran kat Mesir tuh. Hosni Mubarak. Macam mana rakyat dah sangat jemu dengan pentadbiran beliau. Tapi, tetaplah dia tak nak melepaskan jawatan dia. Padahal Negara dah macam medan peperangan dah.

Bila melibatkan rakyat kita di sana, tu yang membuatkan Malaysia juga perlu concern dengan hal-hal ini. Dari blog ariffshah, aku agak terkejut juga dengan statement nadia tuh. Tapi, aku tak tahu kesahihan cerita itu tambah-tambah lagi bile kerajaan kita bagitau yang semua pelajar malaysia disana selamat dan dibawah perlindungan. Nie yang mula nak confius nih. Dapat jugaklah YM ngan kawan lama yang belajar di Mansuroh. Dan katanya pula, keadaan di Mansuroh itu taklah seteruk di Cairo. Pulak. Dah tu mana nak percaya ni?

Patutlah, Rasulullah s.a.w pernah bagitau, kalau dapat sesuatu berita itu, eloklah kalau kita siasat dulu sejauh mana kebenarannya. However, aku kecundang untuk menyelongkari sejauh mana kebenaran mana-mana pihak punya cerita. Tapi aku rasa, ramai dah yang lebih arif dah menulis tentang keadaan yang sangat teruk di Mesir. Barakallahu fik.

 TENANG



Yup, BN menang dengan majority yang agak besar. Satu perkara yang aku rasa unik bila adanye pilihanraya kecil ini adalah, aku dapat tahu adanya nama-nama tempat yang agak unik dan menarik. Kalaulah tak ada pilihanraya kecik kat Tenang ni, aku tak akan dan tak pernah tahu adanye kawasan nama Tenang. Setenang manalah Tenang agaknya? Ok, enough. This is not a political blog. Haha.

MINYAK



Huhuh. Isu yang tak pernah habis sejak dulu lagi. Aku bila tahu pasal harga minyak naik, aku rasa seolah-olah ada satu tanggungjawab yang besar, tiba-tiba duduk kat belakang pundak ni. Sebab, apabila semua orang berkata tentang minyak, aku cuba untuk ambil tahu. Tapi tanpa berlatarbelakangkan  ilmu ekonomi atau geologi, aku rasa payah betul nak paham. aku takut, fahaman aku tentang harga minyak ini, dipengaruhi dengan hal-hal politik. Arghh.. susahnya.

Kesimpulan


Entri kali ini agak celaru. (T____T)

1 comment:

  1. aku takde masa plak nak check sumber2 pasal nadia tu.. apapun aku post je utk memberi sedikit kesedaran..harap ada lah yg concern n hasilnya byk juga bantuan yg dihulurkan..
    Tenang, aku pun tak tau tempat tu ada..nak lagi tempat pelik kat segamat, Buluh Kasap, Jementah..hehe
    Minyak,aku isi Ron 97 kat motor sebab Ron 95 ni macam laju je habis..entah..

    ReplyDelete

Intense Debate Comments