Oleh kerana hari ini ada 1 kelas aku cancel, dapat lah jugak aku update blog ini. Tapi sekarang aku dah tak tension kalau tak update lama pun blog ini, sebab member aku pernah kata, “tulis blog nih ikut hati, tak perlu stress-stress”. Jadi aku rasa betul lah, selagi aku masih ada keinginan untuk update, oklah tuh. Cuma tak konsisten je. Al-maklumlah, time consuming.
Entri kali ini nak menceritakan betapa aku kagum dengan usaha course mate aku kat UIA ni. Barulah nak ngaku coursemate. Kalau tak salah, mereka berempat kot memulakan satu laman web, UNIBAZAAR yang semua orang boleh iklankan apa-apa saja yang mereka nak untuk dijual. Macam e-bay. Tapi, diorang tak ambil sesen pun keuntungan daripada penjualan mana-mana pihak. Simply daftar je dilaman web tu, kemudia kita dah boleh iklankan barangan yang kita nak jual. Tak kisah apa-apa barang. Daripada barang-barang terpakai sampailah produk-produk kesihatan. Nice kan?
Faedah yang paling penting ialah, orang lain especially student boleh lah jugak jana duit daripada penjualan buku-buku teks atau uniform terpakai. Ataupun student yang suka jadi agent jualan lansung, herba life ke, EUMORA ke. At least, dah ada tempat nak diiklankan barangan. Jimat sikit pokok-pokok kat hutan itu nak potostat iklan. Then, pihak yang memerlukan pun dapat faedah juga. Contohnya junior-junior yang tak cukup duit nak sara diri kat bandar ini, bolehlah beli buku second hand dari aku. Tak perlulah beli buku baru yang beratus-ratus hengget tuh. Nice kan?
So, reader aku yang nak join unibazaar ini, sangatlah dialu-alukan. Macam mana pun, aku tak dapat apa-apa komisen pun dengan entri kali ini. Masa mula-mula join unibazaar ni pun tak tergerak nak promosikan laman web orang kat blog sendiri. Tapi bila dah rasa duit dalam tangan, rasa nak expresskan terima kasih pada founder unibazaar ini. Ini jelah kot cara yang termampu.
Tahniah dan teruskanlah usaha murni ini. Semoga dipermudahkan segala urusan. Menjadi pemuda yang membawa rahmat kepada orang ramai. Arigato.. ~
No comments:
Post a Comment