28 March 2011

Plagiarism: Dia yang Bagi Tengok !







Sementara menunggu baju di mesin basuh, sementara tunggu gap 4 hari sebelum next exam paper, sementara tunggu waktu asar, baru pukul 2.30 kot ! adalah sikit masa untuk aku update blog yang dah bersarang semut nih. Semut ? Ok, kalau aku tengok blogger lain suke betul update mengikut isu-isu semasa. Aku suka je follow isu-isu semasa tapi tak ada masa pulak nak update kat blog nih pasal isu-isu dunia. Utusanonline.Com kan ada. Lagipun aku tak reti pulak nak buat skrip berita kat blog nih. Haha. Padahal ada je satu entri aku pasal isu semasa. Hee.. No offence. Lain orang lainlah caranye. Terpulang.

 Plagiarism ? (entri terikat pada maksud meniru kawan sekelas untuk hal-hal kerja kuliyyah)

“Plagiarism is defined in dictionaries as "the wrongful appropriation, close imitation, or purloining and publication, of another author's language, thoughts, ideas, or expressions, and the representation of them as one's own original work." The modern concept of plagiarism as immoral and originality as an ideal emerged in Europe only in the 18th century, particularly with the Romantic movement, while in the previous centuries authors and artists were encouraged to "copy the masters as closely as possible" and avoid "unnecessary invention”. ”

Ini definition yang dapat dari Wikipedia. Kalau nak dapatkan definition dari orang lain, bermacam-macam definisi boleh dapat. Dan aku pula tak berpegang pada definisi ini saje. Macam aku cakap tadi lain orang, lain caranya.

Masa sekolah rendah dulu, meniru ini sangatlah taboo di kalangan pelajar atau murid. Aku rasa dulu susah nak meniru sebabkan takut kat cikgu. Tak pun, takut kat mak ayah. Atau sebab yang paling jujur, kawan tak bagi tengok. Yelah, kalau masa darjah 1 atau darjah 2 dulu suci lagi diri masing-masing. Jujur, amanah, dan segala sifat terpuji ada. Kalau tahu ada murid yang meniru, macam jahat jahanam sangat dah budak tu. 

Naik sekolah menengah, lain pula rasanye. Meniru hanya pada homework atau kerje khusus je. Exam atau ujian bulanan pun payah nak meniru. Cikgu pula sangat particular. Saja nak train student seolah-olah exam sebenar. Kalau dapat cikgu yang sangat cerewet, homework pun dapat kesan tiru ke tak. Rasanye kalau ada cikgu yang dapat tangkap budak meniru masa exam atau ujian bulanan, mesti gempak kat bilik guru. Black list budak yang meniru tuh, confirm !


 
Bila masuk pengajian tinggi? Ini salah satu status kawan aku kat FB @ classmate. Tak tahulah kalau dia memang tak pernah meniru. Tapi, bila ada invigilator yang sangat particular pasal tiru meniru ni sampai buat status kat FB. Maknanye, sapa yang memainkan peranan dalam isu tiru meniru ini? Orang meniru? Orang yang ditiru ? Atau orang yang membenarkan peniruan berlaku di mana-mana.? Heish ! Tak tahulah tempat belajar orang lain. Mungkin budaya berbeza. Tapi di tempat aku belajar, atau lebih specific lagi, course engineering hal tiru meniru ini hanya sensitive pada student yang 4 flat each semester je. Meniru exam, assignment, kuiz, projek, atau pop kuiz macam satu keperluan yang sangat perlu. Errkk..  Student sampai dah berani jawab “aku tak siap lagi assignment, kat kelas nanti sempat je copy”. Ermm.. salah satu cara untuk siapkan assignment….. janji siap !......




Yang ini pulak, ada dua pendapat yang berbeza pasal tiru meniru ini. Mungkin mereka ini adalah dari dunia yang berbeza. Ermm..

Aku pun meniru jugak. Opps.. Tapi terikat lah pada assignment dan kuiz saje. Kalau dah memang kawan tuh bagi tengok kan? Bak kata salah seorang lecturer aku, “dah terang-terang boleh tengok, bodohlah kalau tak tengok”. Jadi sapa yang salah? Orang yang meniru, orang yang ditiru atau orang yang membiarkan peniruan berlaku dimana-mana? Tapi, kalau meniru untuk exam, pada aku memang tak patut. Buat apa datang ke kelas setiap hari, lastly meniru jugak masa final exam, kan? Baik datang masa final je, sebab boleh tiru jugak, boleh lulus jugak, kan? 

Arghh.. ! Panjang sangat dah entri kali ini. Banyak nak cakap pasal isu harian meniru ini. Meniru dalam isu blogging pun banyak juga. Copy paste sana sini. Apa-apa pun, hal meniru ini memang dah jadi lumrah kat mana-mana. Sama ada kita terus halalkan meniru ataupun, bermula dari kita sendiri untuk berhenti meniru. talk to myself. Anyway, haram ke meniru? Dia yang bagi tengok !






No comments:

Post a Comment

Intense Debate Comments